Saturday, December 18, 2010

Holiday

Salam
Punyalah malas nak cerita tapi disebabkan permintaan kawan-kawan yang nak dengaq saya cita
Maka terpaksa merajinkan diri juga untuk bercerita. heehe

Pada 30 nov yang lepas, saya dan family telah pergi berjalan-jalan di Thailand, jiran kita.
Ya la nak pi London, Korea.. saya tak mampu..pergi Thailand je yang saya mampu...iskisk
Thailand merupakan sebuah negara yang tidak pernah dijajah oleh mana mana negara pun
Selain itu, kita juga kurang didedahkan tentang negara Thailand kan
Yang kita tau, ada pengeboman, ada rusuhan dan semua yang negatif
Saya pun takmau pi Thailand masa ayah ajak mula-mula tu.takut.
Tapi pi la jugak takut sedih pulak hati mak ayah kita. takmau jadi anak derhaka.hehe
Kalau sebut Singapore, semua nak pi. Tapi kalu Thailand rasanya tak sapa kot nak p.
Patutla bila pi sana, orang Thailand diorang macam kagum ja orang Malaysia jalan jauh smpai p utara
negara depa naik reta. 
Kita perlu ubah persepsi kita, jangan dengaq orang cakap ja, cuba kita mai sini tengok macam mana negara mereka.

Perjalanan kami start 30 nov sehinggalah 13 disember.
Bermula dari selatan Thailand dari Sadao, kami berjalan sehingga ke Mae Sai, utara Thailand
Erk.bukan lah berjalan kaki, tapi menaiki kereta. hehe.

Nak cerita secara details malas, cerita ringkas ringkas aje la ye.
Mula-mula sekali kami gi Cha'am, Hua Hin, seterusnya ke Bangkok.
Seterusnya kami pergi ke Pak Chong, nak tengok kilang buat kain sutera la konon
Tapi tak kesampaian sebab tak jumpa ulat sutera. 
Pehtu pergi ke Chiang Mai, Mae Salong, Mae Sai, Chiang Rai.
Seterusnya ke Kanchanaburi. kat sini femes dengan landasan keretapi maut
ada belajaq masa sejarah Form berapa tak pasti
Dari Kanchanaburi, kami pi Phuket dan Krabi.
Dan akhir sekali sebelum balik Malaysia, singgah sat kat Hadyai.
Begitulah kisah pengembaraan kami mencari pengalaman hidup ini
sambil melihat alam ciptaan Allah :)
Beberapa perkara yang nak puji sikit Thailand ni:
1. Negara diorang bersih, susah nak tengok sampah sarap merata kat jalan atau di mana mana. 
Tapi ada la beberapa tmpat yg sampah ada gak, tapi mostly yg smpah sarap ada tu kat area selatan.Area tengah dan ke atas bersih.
2. Jalan luas 2,3 ,4 lane tapi tak ada Plaza Tol langsung. dari selatan sampai ke utara . Jimat duit!ehe
3. Pemandu kat sini berhemah, tak bunyikan hon . ada yang bunyikan hon tapi hanya 20 peratus.
4. kalau orang nak potong kereta, kereta yang arah bertentangan akan beri laluan kepada kita dengan himpit ke bahu jalan. kereta depan kita  pula akan himpit bahu jalan jugak. jadi tak la accident.
5. tak ada langsung mat rempit dan kaki kaki lepak . rasa lebih selamat
 Bangkok, ibu negara Thailand. 


 Menam Chao Phraya





Mae Fah Luang Garden


White Temple, Chiang Rai






Doi Inthanon,Chiang Mai



Bas kat sana byk lukis lukis
Thanathon Farm. Ladang buah limau



 ngantok sampai gutu.hakhak





 The Bridge Over the River Kwai, Kanchanaburi



 




*tak larat nak buh suma gmbaq.hat ni pun dah jenuh brapa jam T_T

wslm :)

5 comments:

eiymnajmie said...

beshnye...cmne bley gi sane plak?? parent asl sane ker??

lilac90 said...

hehe.tah ayah terpikir nak bawa jalan2 sini. km warga malaysia sejati.hhee

pikapongpong said...

waaaaaaahhhhhh syiokknya. tour de Thailand gitue. naik kete senirik pulak! mcm best jek senang nak pi sana .. pi sini.. tak yah susah2
cantik3!!!

syazwan safwan said...

wah!! bestnya gi thailand..
sy gi thailand aritu pon kat selatan thai je..tak sampai lagi kat atas2 nun..

lilac90 said...

salam
pikapikapong:
hehe.jum kita pi berdua pas dah masing2 keje nanti.kita gilir2 drive nak :D best jugak tgk negara orang. tak mampu pi london,thailand je yg sy mampu.. iskisk. area hat tengah2 dan atas2 thailand bes sbb sejuk sikit, tak berpeluh2.hehe

syazwansafwan: best gak, sebab suasana lain tak pernah tgk. ayah kata kalau selatan thai lebih kurg cm malaysia. org Islam pn tak rmai mcm kat selatan, nak cari kdai mkn islam,kena cari masjid dulu.sebab kdai mkn Islam konpem duk tepi masjid.lgpun kat area atas2 nampak suasana bersih.