Wednesday, December 22, 2010

No good

بسم الله الرحمن الرحيم

In the name of Allah, the most Gracious, the most Merciful

Salam

Tajuk No Good actually refer to perangai saya yang No Good. (abaikan grammar)
Well, udah 20 tahun hidup ni, saya menyedari beberapa perangai saya yang tidak bagus
Tidak bagus untuk dijadikan teladan mahupun ikutan anak anak murid sekalian
Dan tidak bagus untuk imej sebagai guru ...mungkin.

Antara Top 3 No Good itu adalah

Pemalas 
Sangat pemalas baca buku, malas nak turun makan, malas nak membeli, malas belajar. Kesimpulannya
PEMALAS. =.= sangat teruk penyakit ni. di mana sejak dari sekolah rendah memang pemalas buat kerja sekolah. Tapi ada certain things yang rajin, rajin baca buku yang diminati sahaja. suka baca buku yang bagi maklumat dan info baru. reader's digest,solusi.etcetc yang berpekdah. kiranya pemalas la jgak tapi rajin pun ada jugak.pelik kan.eheh~

No confidence
Saya suka tanya pendapat orang untuk membuat keputusan. Kalau di rumah, selalu tanya mama dan ayah, berulang ulang tanya. Mama boleh tak eh kalau camni? Ayah kalau maya buat camni ok tak ek?Ke camane?Nak wat camane ek? . tengok,sangat tidak confidence di situ.
Kalau di maktab, selalu la tanya kawan-kawan jugak. Kalau wat keputusan kelas(masa jadi ketua unit) pun kena tanya kawan kawan sekelas. takpe tak ek camni?eh korang rasa camne ek?ke camni,?eh ke camtu? macam mana nak jadik cikgu ,kalu smuaaa nak tny pendapat orang

Hot tempered
Panas baran~hoho. tak selalu tapi kadang2. bila mai penyakit ni,rasa nak marah yang teramat. macam jadi incredible hulk dan kadang2 tak dpt bfikir dgn waras. bahaya ni!syaitan pandai cucuk cucuk ni. astaghfirullah hal azim. berubahla. (masih dlm usaha utk menjadi seorang yg sntiasa sabar dan tenang)

adalagi rasanya perangai huduh tapi nanti bila dah ingat saya taip .

sebagai manusia kita perlu tahu potensi dan kelemahan diri kita.
ada jugak beberapa potensi saya yang telah dikenalpasti
bukan angkat bakul sendiri ya,tapi inilah realiti .eheh

Peramah
Yer saya peramah kepada kaum wanita ..sahaja. kaum lelaki kurang sedikit (bukanlah tak cakap langsung) sebab mama ayah saya pesan jangan rapat sangat dengan orang lelaki. jadi kalau orang nak cop sombong ke, tak kisah sebab pesan ayah mama saya lagi penting daripada cakap cakap orang.

Mudah adapt 
Saya mengambil masa yang pendek utk menyesuaikan diri dengan persekitaran baru. InsyaAllah campak kat mana pun boleh survive

Rajin membaca
Cewah. rajin ke?ehe.rajin la untuk mende yang disukai.misalnya, rajin membaca majalah majalah yang beri manfaat. kalau mangga,mastika,urtv,remaja tu, tak suka sebab tak berpekdah mana pun. saya suka baca something yang boleh buat berfikir tentang diri sendiri dan alam sekeliling

Mudah dikritik
mudah menerima kritikan dan nasihat. sebab sudah dididik dari kecik camtu. kalau kritikan tu saya boleh terima tapi ambil masa dalam 5 jam kot. pastu baru boleh terima. hahaks.pelik.

Berfikir
Saya suka berfikir dan monolog dalam. Cakap sorang sorang dalam hati. Suka berfikir tentang perangai saya dan sampai bila saya nak berperangai macam ni. dan juga berfikir tentang waktu akan datang.

Namun ada beberapa lagi
Ada orang kata saya ni agak pelik.
Pelik sebab tak suka frenlist kat FB beratus, lepas tu mulalah buat operasi mendelete
dan pelik sebab tak suka laptop penuh fail2 drama dan lagu yang memberatkan laptop. sebab tu laptop saya tak ada satu pun file drama, movie, atau cerita apa-apa. dan saya memang tak suka tengok movie dan drama drama dalam laptop. kalau tengok pun sekadar tengok kat tv sekali sekala.
 sebab takut nanti addicted thadap mana mana drama atau movie.

pelik? abaikan.asalkan gembira dan tenang ;)
supaya  dapat kekuatan untuk memperbaiki kelemahan .
wassalam



No comments: