بسم الله الرحمن الرحيم
Salam
Pagi jumaat dan sabtu diisi dengan aktiviti yang menyeronokkan
Pagi Jumaat, pukul 7.00 pagi saya dan Rakinah berjoging bersama.
Seronok. Sebab sejuk, udara nyaman dan tak ada orang langsung
Alhamdulillah dapat hirup udara lagi pagi tu
Lepastu, pagi hari ni, Sabtu, saya dan Rakinah pergi berjoging lagi
Tapi lambat sikit, 7.30 baru keluar.
Seronok betul jalan-jalan keluar dari bilik. Lepas satu pusingan, kami pergi pulak kat padang
depan astaka. jogging pulak situ satu round. Semangatness sungguh ! :D
Ye la jarang boleh joging dengan enjoynye. Kalau petang ramai sangat orang,takbest.
Lepas joging bergayut gayut monyet di tepi court bola tampaq.
Tiba-tiba rasa macam nak tengok laut.Lepastu, terus ke cafe utk tanya ada kereta ke tak
Malas betul nak jalan kaki gi pantai. Plus, bahaya pergi pmpuan 2 orang
Pukul 9.30pagi macam tu kami pun pergi la ke Bukit Kluang dengan Farah jugak.
Beli kat gerai tepi tu pastu makan smbil menghadap laut
Perasaan yang tenang tak dapat digambarkan.
Best kan kalau dari bilik kita terus nampak pantai
Sambil berjalan-jalan di gigi air.
Lepastu nampak dari jauh ada pakcik pakcik macam tengah menangkap ape tah kat tepi pantai
Kami bertiga pun pergi la tengok. Rupanya pakcik ni tengah tangkap anak-anak ikan kerapu
Di persisiran pantai Bkt Kluang ni.Banyak pulak tu yang dapat.
pakcik ni buat ape ye kat situ?
mcm mjlah tiga temuramah
baby ikan yg ditangkap letak dalam ni ikan kerapu. bukan baby dah
Menurut pakcik ni, ikan kerapu yang baby ni sekor jual 25 sen (kalau tak silap la)
Sekali tangkap ada kot dalam berapa ribu ekor entah. Pakcik ni kata dia jual baby ikan kerapu ni kat sesape yang menternak ikan kerapu ni sampai besaq.kadang2 kat tokey Cina,kdang2 orang Melayu
Lama jugak kami bertenggek tengok apa yang pakcik ni tangkap.Dekat jaring tu ada anak ketam,anak udang pun ada. Kami yang agak 'chewy'(excited terlebih) pun pegang sekoq2 anak udang tu
Dah puas menemu ramah dengan 2 org pakcik tersebut, kami pun pulang lah dengan hati yang gembira
Sebab dapat tengok pakcik ni tangkap ikan.
Tak pernah tengok kot,sebab alat yang digunakan pun macam pelik sikit.
Ingatkan sarang burung ke ape la depa buh.
Rupanya macam sarang burung tu depa letak kat persisiran pantai utk perangkap anak ikan kerapu ni.Waktu air pasang selalunya banyak ikan ni
-
-
Hari ini saya dapat sesuatu :)
1. Hati tenang bila kita melihat alam ciptaan Allah
(Rasa sangat tenang dan dekat dengan alam bila kita tengok laut ke,gunung ganang ke,pulau
etc etc. Jangan kita lupa, mereka juga merupakan makhluk Allah, :)
2. Ombak. Deruannya membuatkan hati yang berkecamuk, rasa bebas.
3. Carilah rezeki yang halal walau susah mana pun kita. Macam pakcik tu, walaupun hanya 25sen
sekor, tapi tak mengenal erti penat lelah utk menangkap ikan di waktu tengah hari
4. Saya sangat suka pantai! Nak tidoq tepi pantai ja ghasa! mungkin mula nk cipta angan angan,
buat rumah tepi pantai.tapi kalau takut dilambung ombak,buat rumah bgerak, boleh pergi ke
mana2
Kami pun pulang dengan hati riang gumbira ^.^ . Alhamdulillah terima kasih Allah beri kami peluang untuk hirup udara lagi hari ini. esok 6 pagi, tak tahu lagi boleh hirup ke tidak, ye dok ?
Wassalam
No comments:
Post a Comment