بسم الله الرحمن الرحيم
Mari kita baca satu kisah muhasabah buat tatapan bersama
dipetik dari Solusi Isu 26 (Apakah Nilai Kita) ms 80
--- ---- --- -- -- --- - - - -- - ---- ---- ---- ---- ---- ----
Ada suara yang mengungkapkan :
"Boring la hidup ni!"
Kalimah "bosan" dilontarkan jauh-jauh dengan harapan ia tidak akan wujud dalam kamus hidupnya
Hakikatnya itulah jiwa yang kosong. Jiwa yang sifar matlamat. Jiwa itulah yang juga nanti berpegang dengan budaya hedonisme demi menghiburkan hati dan mengisi kekosongan jiwa semata-mata
Seorang lelaki bekerjaya akan terkejar-kejar agar tanggungjawabnya sebagai khalifah dapat dilaksanakan dengan cemerlang dan pada masa yang sama juga dia sibuk mengumpul syer-syer akhirat. Dunia dan akhiratnya disepadukan.
Jiwa yang kaya akan sibuk hinggakan masa yang ada terasa tidak mencukupi. Ingatlah bahawa manusia mempunyai misi penting setelah dilahirkan di dunia.
Mereka hamba, mereka jualah pemimpin (Khalifah)
Ingatlah firman Allah s.w.t yang bermaksud:
"Tidak aku jadikan jin dan manusia kecuali untuk beribadah." (Surau Al-Dhariyat 51:56)
Allah juga berfirman yang bermaksud:
Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat:
"Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi ini." (Surah alBaqarah 2:30)
Dua MISI inilah yang membuatkan kita begitu sibuk di dunia sehingga tidak punya masa untuk bergelumang dengan maksiat
_______________________________________________
Kesimpulannya. (pandangan sndiri.hehe)
- Kita hidup kat dunia ni ada MISI. Kita bukan CIA, spy untuk jalankan Misi ala ala James Bond. Tapi kita ada misiii yang sangat penting untuk agama. Misi kita hidup di dunia ni ialah sebagai khalifah Allah dan untuk beribadah kepada Allah. dalam Usaha kita nak beribadah dan jadi khalifah Allah ni lah, kita diuji dengan pelbagai dugaan, godaan. dari sini lah kita kena berjuang dengan hawa nafsu kita untuk mengatasi semua rintangan ni.
- Misi sebagai Khalifah : kita merupakan pemimpin dunia ni. kita boleh manipulasi haiwan, alam sekitar, batu batan, minyak, dengan tangan kita. kita juga boleh memimpin manusia lain ke arah kebaikan atau kejahatan. kita ajak kawan kita untuk buat maksiat, lupakan Allah, atau kita ajak kawan kita untuk ingatkan Allah. manusia banyak pilihan untuk nak buat jahat atau baik. ujian kita sebagai khalifah bukannya mudah,
- Misi sebagai Ibadah kepada Allah: Ibadah, segala apa yang kita lakukan niat kerana Allah ta'ala, dinilai sbg Ibadah. makan kerana Allah, gi kuliah krn Allah, tlg org krn Allah.etcetc. Bagaikan usaha kita untuk beribadah kpd Allah?solat wajib,solat sunat, alQuran, ajak kawan ke arah kebaikan ingatkan Allah, menyebarkan agama Allah, bercakap perkara baik,tolong orang lain,bsedekah, jauhi mengumpat,dendam, mengejek.etcetc
- Gunakan masa sebaiknya, kerana Allah akan tanya apa yang kita gunakan dengan masa yg Dia berikan. adakah untuk buat sesuatu kerana Allah?atau buat perkara yang dia larang?
- Satu lagi peringatan utk saya dan kawan-kawan, kalau kita join orang dan bersubahat dalam membuat maksiat, ke arah maksiat, mengumpat, mengata orang, menipu, kita akan dapat saham free dengan orang yang kita join tu. jadi, jagalah diri, jangan suka suka kita nak enjoyyy sangat duk kat maktab ni sampai lupa yang kita ni buat perkara yang kurang elok. peringatan utk diri!
- kereta koop tu kalau nak sewa, pergilah dengan tujuan yang baik. destinasi yang kita nak pi tu ada kebaikan. bukan hanya buang masa nak enjoy dan berseronok.
wslm
3 comments:
subhanallah~ moga kita diperteguh.. sibuk2kan diri dengan 2 tujuan itu insyaAllah tidak kan ada istilah 'boring' dalam hidup. kerana tugas yang membutuhkan kita melebihi masa yang ada-- fillah, gerrakk ke kannannn gerak! chay0K sayangku! ayuh bangun bersama insyaAllah
cikgu maya!!! nice info...
kalau kita kawan dgn org yang jual minyak wangi kita pon akan dapat tempias wangi 2 kan..kan.. kan..
salam
kak aini: terima kasih kak aini comel :) insyaAllah sama-sama kita sibukkan diri kita! :)
linda: nurse linda! :) betoi2, kalau kawan dgn pjual durian, dpt bau durian dan mkn drian free.hehe :)
Post a Comment