بسم الله الرحمن الرحيم
Salam. Drp artikel yang saya post bawah ni
Saya berasa sangat terkesan dgn artikel tu.
Sebab saya rasa macam dalam artikel tu sangat sangat memberi saya semangat
Ya, saya juga perempuan.
Buat sesetengah orang, pasti rasa pelik kalau orang cakap tak boleh bercinta
Takkan la nak bcnta tak boleh?bukan pegang pun?bkn nak menghampiri zina pun.
saya lah orang tu. orang yang berfikir seperti di atas ni.
seriously, saya merupakan antara penyokong kuat couple
sebab bagi saya, ala biar la asal pandai jaga sudah la.
dan prinsip saya dahulu ,
biarlah org nak kata apa asal aku pandai jaga diri aku
peh,cam samseng kat ayat atas. hehe~
ilham. alhamdulillah akhirnya Allah mengilhamkan ku satu kefahaman yang sangat sangat ku hargai
sampai saat ini.
kefahaman bahawa aku perlu mencintai Allah dahulu.
meletakkan Allah paling utama
kerana 2 misi utama manusia seperti aku hidup di dunia ini ialah
1) Untuk beribadah kepada Allah
2) utk menjadi khalifah bumi ini
Jadi, kalau nak dapat lelaki yang bertakwa
Kita perlulah berusaha untuk baiki diri kita. Cuba untuk menjadi orang yg brtakwa
walaupun kita tahu kita tak mampu, tapi kita cuba usahakan wlaupun sangat berat.
Macammana aku nak dapat bakal suami yang baik kalau diri aku pun entah hape hape?
enjoy happy sampai tak ingat Allah, hidup aku hanya bersuka ria dgn dunia
Aku suka dengan suasana bergelak ketawa, bersembang2, gurau2
itu lah aku. waktu lapang aku akan diisi dengan bersembang dan mostly gosip
dan bila aku fikir fikir semula, aku rasa hidup aku dulu mcm tak ada makna.
tak pernah aku isi masa aku dgn mencari ilmu yang berfaedah
Yep, berat untuk meninggalkan perkara yang kita dah biasa.
Dan berat untuk buat perkara kita tak biasa.
Tapi walaupun berat, kita perlu yakin dgn janji Allah.
Janji Allah dalam Al-Quran, Dia akan membalas segala perbuatan kita yang baik mahupun buruk
lastly, satu perkara yang agak tak faham di sini.
kenapa kalau sesetengah perempuan tu jenis yang diam dan kurang bercakap dgn lelaki
dilabel sbg sombong? perasan alim, perasan bagus. dan paling ketara
anti-Lelaki?
pelik kot. sebab bagi saya, lelaki patut terima kasih kat perempuan2 hat camni
sebab depa ni nak tolong untuk jauh kan ampa suma dari fitnah dunia.
ampa taukan kami ni, perempuan, Rasulullah kata, kami ni hat banyak dalam neraka satgi
Sebab kami ni hat selalu tarik hampa masuk neraka.
Bagi ampa lalai bila kami layan ampa,bergurau senda dgn ampa, bersuara lembut dgn ampa.
ingat, kami ni fitnah dunia. kami yang byk rosakkan ampa.
jadi, salah ke kalau kami nak berusaha utk tolong hmpa?
kami tau km ni perempuan mudah terusik perasaan dengan lelaki.
jadi kami pn nak jaga diri km dari perasaan terhadap lelaki.
kepada lelaki2 yang tak faham dan membenci perempuan macam ni,
semoga Allah memberi hidayah kepada kamu.amin.
kami = perempuan. jgn salah faham, kami tu bukanlah diri ku.ehe.
Wassalam
No comments:
Post a Comment