Sunday, February 20, 2011

Surat Cinta

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam

Errr..Saya dapat surat cinta. Korang dapat tak surat cinta yang sama ?
Rasanya  macam korang sume dapat surat cinta sama ,
Surat cinta ni sangat banyak terkandung kata kata cinta,
Hurm. Kadang- kadang kalau rasa down, tertekan. surat cinta ni dapat menaikkan semangat kita semua
Kalau kita betul betul memahami isi surat cinta ni, insyaAllah kita rasa sangat tenang
Dan kita sedar betapa sayangnya Dia pada kita.



Seriously, tak pernah terfikir pun bahawa surat cinta ni macam buku cerita dan buku ajaib
Ada kisah - kisah tentang masa masa beribu ribu tahun lepas, ada kisah tentang masa akan datang.
Ada  kisah tentang perangai perangai kita (manusia), kisah tentang haiwan,pokok, air hujan.
Ada kisah tentang proses kejadian manusia, hujan
Macam macam ada! ada sejarah, sains, geografi, kemasyarakatan,politik,perkahwinan, etc etc
Merangkumi semua dalam hidup kita! Unik kan :)

Kadang kadang ada kata-kata yang memujuk kita supaya kuat dan mohon pertolongan Dia semasa susah dan senang. Especially nak jauhkan diri dari syaitan, yang suka sangat kacau kita kan.
Kalau kita nak jauhkan dari godaan syaitan, mintaklah kat Dia


"Dan jika syaitan mengganggumu dengan suatu godaan, maka mohonlah perlindungan kepada Allah
Sungguh, Dialah Yang Maha Mendengar, Maha Mengetahui." (41:36)
_______________________
Dia juga bagi kita nasihat dan petunjuk, supaya kita berakhlak terhadap seluruh manusia. Walau manusia ni bermacam macam ragam, tapi Islam mengajar kita supaya berbuat baik pada semua orang. Betapa pentingnya persaudaraan dalam Islam. Bersahabat kerana Allah Taala. Indahnya Islam kan ^_^


"Dan tidaklah sama kebaikan dengan kejahatan. Tolaklah (kejahatan itu) dengan cara yang lebih baik, sehingga orang yang ada rasa permusuhan antara kamu dan dia akan seperti teman yang setia" (41:34)

Ini baru sikit je kandungan surat cinta ni. ada banyakk lagi kisah dalam surat cinta ni.

Apa kata kita cuba baca kisah kisah dalam surat cinta ni, macam kita baca novel cinta.
Novel cinta Karangkraf tebal gile kan, tebal dari surat cinta ni. 
Cuba kita aplikasi kan semangat untuk menghabiskan novel cinta tu, kepada semangat menghabiskan baca surat cinta ni. InsyaAllah kita akan rasa lebih tenang setelah tahu cintaNya kepada kita  :D

Jom kawan kawan !!.kita start  dari sekarang utk baca surat cinta dari Allah! :D

wslm

4 comments:

Hayat Yahya (naNo) said...

Subhanallah~
Hasbunallahu wa ni'mal wakiil~

etykus said...

salam. eh,macam kak ijlal punya. haha. bes kan surat cinta kita. semua orang pon dapat :)

pika pongpong said...

Amin..
tenkiu maya utk sharing ni..
betoi3..
" Dengan mengingati Allsh hati akan menjadi tenang"

lilac90 said...

salam
hayat : :)
ety: wslm. mmg pn cedok idea kak ijjlal.tapi olahan berbeza.hehe.mesti byk reward kak Ijjlal dpt sebab sebarkan ilmu. :D
pika: welkam pika :)