Assalamu'alaikum wbt
Owh baru perasan aku dah archived semua post aku tahun lepas
Tahun lepas aku ada share yang aku apply HLP
Padia HLP tu? HLP tu biasiswa utk penjawat awam sambung belajar master atau PHD
Aku tahun lepas saja la try, tengok2 dapat la takat interview ja. lepas tu tak lulus
Tapi tidak mengapaaa aku tau ada hikmahnya. Mungkin aku tak ready lagi pun tahun lepas
Tahun lepas cuma pengalaman dan untuk aku warm up test enjin dulu .
Masuk gear 1 dulu tahun lepas. Kita cuba try and error. Dahla tahun lepas aku hantar sinopsis tu hari last dekat website epenawaran. Memang gamble sungguh, dan menggunakan konsep berani mati. Tututp 5.00 petang, aku berjaya hantar 4.15 petang hhuhuhuhuhu.
Soo tahun ni aku dah belajar dari kelemahan tahun lepas. Aku dah hantar seminggu awal dan aku rasa tenangg sungguh. dan tahun ni aku tukaq strategi, aku apply bidang yang Begaji Penuh tapi Tanpa Biasiswa. dan aku tukaq daripada tahun lepas apply Psikologi Pendidikan, tahun ni Sosiologi Pendidikan.
Kenapa aku tukar strategi ?sebab aku memang nak sangat belajaq sebelum umoq makin tua, nak belajaq sesuatu bidang yang minat aku ke arah tu, sebab aku tahu aku akan hyperfocus bila aku suka dan minat sesuatu perkara. aku akan memberi effort 99% kalau aku memang terlampau suka sesuatu tu, so aku minat bidang berkaitan sains sosial, inshaAllah aku akan put many effort nanti
dan niat keduanya aku nak free hari Jumaat supaya aku dapat hantar anak aku solat Jumaat. dia darjah 4 dah, takdak sapa boleh urus dia p solat Jumaat. kalau dia dah baligh nanti, haaa?camna kan? so aku nak train sebelum baligh.
tapi aku pilih Gaji Penuh tanpa Biasiswa. so aku dah ready mana nak korek duit nanti. hahahhaha. aku mungkin jugak berpuasa setiap hari sampai tinggal tulang kot nanti kahkakahkah. nak menyimpan duit gaji aku tiap bulan hahahaha. gilaaa tak gilaaaaa. tapi memang aku gila .
jadi sekarang kita tunggu lah keputusan lulus dipanggil untuk interview atau pun tidak lulus. kalau dapat alhamdulillah, kalau tak dapat pun , tetap alhamdulillah. ada la tu hikmah Allah nak bagi kannnnnnn
ok adios.
No comments:
Post a Comment