Assalamu'alaikum wbt
Tak boleh nak berhenti bercakap dan menulis blog bila dah start mula
Lagi-lagi aku dah off social media yang lain, jadi aku tak ada tempat nak meluahkan apa yang aku rasa selain blog ni. Terketaq tangan nak meluahkan apa aku rasa, sebab sekarang aku pun dah banyak senyap tak bercakap sangat. Taktau mana nak channel emosi luahan tu. Aku nak briskwalk balik tp yang tu tunggula minggu depan kot, sekarang sibuk sikit kerja kerja berkaitan kerja.
Ok, saja sementara otak aku ni terlalu banyak mende tak dikeluarkan. Aku nak keluarkan la sikit nk bagi dia tak overload sangat
Aku ni kan sebenaqnya, terlalu la sangat menyayangi dan menghargai sebuah persahabatan, lagi-lagi yang aku rasa macam best memori berkawan tu, aku ada beberapa kategori kawan, aku bahagikan ikut fasa hidup aku, kawan sekolah rendah, kawan sekolah menengah, kawan sekolah menengah (kategori online), kawan maktab, kawan zaman kerja (hmm aku takde kwn betul2 rapat zmn kerja sebenaqnya. sebab aku malaih rapat sgt nanti dok terasa2 ka apa. so aku skrg selesa sbg lone ranger di zmn kerja.semuaa aku kawan).
Aku punya teringat memori dgn kawan-kawan kan, sampaikan aku tak move on weh dgn kawan2 aku. Aku still rindu semua tentang kawan-kawan aku, kalau korang perasaan dkt FB aku selalu up kata rinduuu sgt zaman belajar zmn sekolah,kawan-kawan sangat memberi kesan terhadap hidup aku sebenarnya. kadang2 aku rasa mesti kawan2 maktab aku meluat aih tgk aku ni,asyik up rindu2 hahha.
Oklah sambung cerita, daripada semua kawan kan, aku mmg still rapat dkt kwn baik aku dari SK,SMK. hm jap, maktab ada yg rapat jgk tp aku still rs tak serapat dulu2. so kwn rapat aku skrg yg aku kategorikan betul2 rapat ada dalam bawah 10 orang shj.
Tapi kan, disebabkan perangai aku ni jugak lah, aku terlalu excited bila lama tak contact kawan lama yg pernah berhuhahua gila-gila sama-sama, tiber terjumpa. dia punya excited tu taktau nak cakap, macam wehhhh lama gila tak contact hanngg. hang pahabaqqq?masih dgn perangai gila2 yg lama kaa atau cena?? aku kdg sampai lupa diri aku yang aku dah tua, umoq lanjut dah, kubo kata mari rumah kata pergi. so aku tersilap langkah bab ni.
kesan dia, sekarang ni kan sejak dari peristiwa (tak boleh cerita mahap), aku perasan kan, yang aku dh hilang dah perasaan nak rindu-rindu memori lalu. rindu zaman sekolah enjoy dengan kawan2, rindu dgn zaman maktab enjoy dan byk kenangan manis yang aku still tak boleh move on selama ni, ya berbelas tahun teringat kenangan2 dgn kawan2.
Aku sekarang macam, aku rasa la kan dah tak ada perasaan rindu sgt dah memori manis yg lalu dengan kawan-kawan. Hurm kenapa ek? Tapi aku rasa, ni petanda aku dah start healing part of diri aku. Aku dah start move on dengan memori lalu dan dah bersedia nak meneruskan perjalanan hidup aku ke peringkat seterusnya.
Selama ni aku statik di takuk lama, tak berkembang dalam hidup, tak dak progress ke satu peringkat lain, puncanya adalah kerana aku masih hidup dalam memori lampau. aku teringat teringat memori manis dengan kawan-kawan sebagai coping mechanism aku dan comfortkan diri. sebab aku tak berani nak melangkah ke hadapan ke fasa hidup dan fasa dunia realiti. yes, ni jawapan kepada semua persoalan aku yang tak terjawab selama ini. sebab tu agaknya perangai aku macam kebudak budakan kot kan
namun kini aku rasa, aku dah masuk fasa baru dalam kehidupan aku. fasa yang aku kena ingat dah pasal mati. aku pun dah daftar Penderma Organ minggu lepaih hahah.random betul. lepastu aku nak start derma darah semula tahun ni.
so, aku sekarang lebih matang dan rasional (kottt kan?). harap begitulah. matang lah sikitt banding dulu
No comments:
Post a Comment