Friday, January 30, 2026

Pulang Kali Ini Harus Lebih Dekat

 Assalamu'alaikum.wbt
Minggu lepas aku balik Kedah sebab nak jumpa kawan baik aku for the last time before dia sambung belajaq. Sebelum kami berpisah, beliau telah bagi aku hadiah buku kesayangan dia
Yang dia dah habis baca. sobss terharuu.terima kasih sahabatkuu huhuhu 
dan memanfaatkan segala kebaikan dari buku ni untuk diriku kelak
dan semoga pahala sentiasa mengalir buat dirimu sahabat.... sayanngg selaluuuu.huwaa sedihhh




sedih sebab dah takde kawan aku nak menyembang2 bila tiap kali balik Kedah
ada jugak yang lain tapi dia antara yang aku selesa nak sembang hati ke hati sikit
sebab kawan-kawan baik aku, ada yang aku kategorikan comfort person aku.

yang ni aku memang selesa nak share apa-apa peribadi la. tak ramai pun semua, ada kot dalam 5 orang ja aku rasa yg memang comfort person aku.
memang diorang ni mostly tau details tentang hal peribadi dan family aku.

oklah tiber aku rasa kan, aku dah makin matang kot sekarang
sebab apa?sebab isnin baru ni aku activate jap FB aku
tapi aku jadi serabut sebab niatnya nak tgk update kawan-kawan
tapiii dkt wall post dok keluaq jgk berita psl politik ,retis bergaduh, parents tak puas hati dengan cikgu
etc etc
rimaihhh aihh rasa. aku nak tengok pasal member aku jaa
so hari ni aku deactivate balik FB haha
aman pulak rasa bila dah deactivate. haha.

jadi aku rasa aku makin matang la kot maksudnya, kan?
tak boleh mende serabut otak dah skrg
tengok FB lama-lama rasa rimaih, tiktok pun sama aku tak boleh tengok lama, belek yg scholar tu ja cakap pasal agama, IG pun aku serabutt perut tengok haha
faktor usia sungguh aku ni. mungkin fasa nak cari macam nenek-nenek hahaha
blog ni pun setakat ni aku gunakan sebagai medium aku meluahkan sesuatu

Tapi. Tapiiiii..

Aku rasa kan, tak mustahil one day aku pun rasa rimas menulis membebel dekat blog aku ni
so masa tu mungkin blog ni pun akan menyepi

Dan aku pun berjaya menyepi dari semua media sosial
Dari semua manusia dan orang yang mengenali aku

Dan mungkin saat itu... aku dah sampai tahap yang aku dah tak nak ada apa-apa connection 
dengan siapa-siapa dah kecuali family aku dan sahabat baik aku ja.

fuh memang totally 180 darjah berbeza dengan diri asal aku haha
tapi tak mustahil sebab 1-2 tahun kebelakangan ni aku mengalami beberapa perubahan emosi dan mental yang sangat pelik, aneh dan tak dapat digambarkan dan aku pun tak faham haahha

oklah makin lama makin merepek.
semoga aku dapat baca buku ni sebelum hujung akhir 2026 ameennnn



 










No comments: