Assalamu'alaikum wbt
Jumaat lepas, di waktu malam around pukul 9 malam
aku dapat mesej whatsapp dari kawan sekelas aku bgtau kak chah rebah pengsan depan klinik
SPO 79, oksigen rendah, Dr buat CPR tapi masih 50-50
akhirnya Allah jemput kak chah menemui ilahi T.T
aku tergamam. terkejut. tersentak. sedih. sayu
sebab apa? sebab khamis petang ,sehari sebelum tu aku tiba-tiba teringat kak chah.
aku terus mesej dia tanya khabar dia. kak chah apa khabar?sihat ke?lama tak mesej kak chah
dia kata akak sihat je, skrg tgh sibuk urusetia bola baling.
dan...jumaat malam dapat berita kak chah dah tiada. Allahu kak chahhhhh. kak chah bukan kawan sekelas aku, tapi dia kelas lain tapi kos sama. kos aku ni ada dua kelas dan kami dua kelas ni agak rapat sebab apa-apa aktiviti luar dan lawatan, selalu gabung dua kelas. time kelas PJ pun selalunya gabung kitorang ni, time amali apa semua tu sekelas selalunya. kira macam adik beradik tiri la tapi baik ja hubungan kitorang.
sedihhh nya aku. aku sedih sebab fikir kak chah ayah mak dah takdak. dia sorang je dekat janda baik tu. sorang-sorang dia. adik dia aku tak sure rasanya 2 org laki dkt kampung. kak chah pun tak kawin lagi, dok sorang ja dia.kadang baca status FB dia macam sedih ja, dia macam-macam sumbangan dkt sekolah tapi mcm tak dihargai oleh sesiapa.
tapi kak chah ni seorang yang rajin. dia rajin cari buku, rajin p masjid hunting,ziarah masjid sekitar KL selangor, join kelas agama online, etc2 yang isi masa dengan perkara baik. kak chah ada ajak aku tapi kadang tu aku tak boleh kalau on the spot orang ajak, kena plan dulu seminggu dua awai baru aku boleh
aku rajin jugak mesej tny kabo dia , sebab aku suka bzbody dgn status wasap kawan-kawan. awal Januari dia ada buat status #azamumrah2027. aku pun komen status yang tu. bila scroll balik mesej2 dgn dia rajin jugak aku tegur dia dkt wasap. sebulan sekali mesti ada conversation aku sembang dgn dia. cuma aku terkilan tak pernah spend masa dgn dia atau ziarah dia dkt janda baik. huhuu.
refleksi untuk diri jugak, Allah jemput kita ni bila-bila masa saja. yang membezakan adalah adakah Allah jemput waktu kita buat dosa, perkara tak baik atau keadaan lupakan Allah, atau dalam keadaan kita niat nk buat baik, sentiasa memperbaiki diri sendiri dan usaha ke arah lebih baik.
bila fikir balik, aku bersyukur dan bernasib baik Allah tak tarik nyawa aku dalam keadaan aku lupa pada Allah dan buat dosa. maksudnya Allah bg peluang lagi dkt aku untuk bertaubat dan memperbaiki diri aku. aku terkesan sangat bab ni sebenarnya lepas berita kak chah meninggal secara mengejut tu. aku rasa takut dan insof sangat.
haihhh, takutnya . aku harap Allah tarik nyawa aku dalam keadaan Allah redha dengan amalan aku, usaha aku etc2. selama 2 tahun aku akan cuti belajar nanti ulang-alik, aku kena sentiasa beringat dan bersedia, tak mustahil Allah bulih tarik nyawa aku semasa di dalam perjalanan di atas jalan. tapi itulah kekadang nak jugak berkaraoke lagu merepek merepek.
nanti aku nak save sini la mesej aku dengan arwah kak chah. sebagai peringatan dan reminder untuk aku dan orang sekeliling yang baca.
Semoga arwah kak chah tenang di sana dan ditempatkan bersama hamba Allah yang beriman. Allah sygkan kak chah, moga kak chah bahagia dan bertemu mak ayah kak chah tau dkt sana. terima kasih kak chah, kak chah banyak mengajar saya tentang kegigihan mencari ilmu, dan memperbaiki diri.
No comments:
Post a Comment