Sunday, November 14, 2010

Semester 2

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam
Esok saya ada exam PJ tapi masih lagi tak ada mood nak study
Tekad nak study selepas ni.
Apalah kan. nak result bagus. A tapi tak ada usaha.
Macam mana nak berjaya.
"Pemalas"
Entah bila nak ubah perangai pemalas,
Perangai orang Melayu .Genetik Melayu yang mengalir dalam tubuh ni
Tengok, nak salahkan genetik pulak. Salahkan diri sendiri. Pemalas.Pemalas.
Semoga menjadi lebih rajin.rajin.rajin.rajin.dan rajin!Rajin 45 kali

Ah haa.di sini saya nak cerita  sikit apa yang terjadi sepanjang Semester 2 Ijazah Perguruan kat sini
Semester 2 , antara semester yang sangat menguji diri ini. sangat sangat sangat menguji .
Setiap ujian ada hikmah di sebalik nya.
Alhamdulillah terima kasih Ya Allah, banyak sangat pengajaran yang saya dapat daripada ujian ujian ini

Amanah

Semester ini saya memegang jawatan sebagai Ketua Unit (KU). Lebih kurang macam ketua kelas la gitu
Dalam sekelas ada 20 orang. Lelaki 3 orang. Saya merupakan perempuan ketiga dalam kelas menjadi KU
KU akan bertukar ganti setiap semester, untuk orang lain jugak merasa untuk memegang amanah ini.

Waktu mula jadi KU, rasa malu sangat nak cakap depan kawan-kawan.Nak beritahu apa apa ke
Tapi lama-lama dah biasa.
KU. tugas yang agak berat bagi saya.sebab kena jadi ketua untuk kelas, kelas kelas lain ketua semua lelaki. kelas saya sorang aje perempuan. Nak kena cari lecturer, isi borang itu,ini, perjumpaan, hantar buku rekod etc etc. nampak macam mudah tapi tak la semudah yang disangka.

Yang paling susah tu bila nak kena cakap kat depan tentang sesuatu
Tapi yang agak terasa hati bila cakap kat depan, kawan kawan ada yang tak dengar langsung
buat kerja sendiri,sembang sembang. sangat tak ada rasa tanggungjawab dan kesedaran
Nak tegur, tapi memikir juga. Kawan-kawan terasa pula nanti.ah terpulanglah. Kadang-kadang tertinggi jugak suara waktu kat depan kelas tu.

Hikmah
sekarang saya sedar, nak pegang jawatan bukan mudah. Kawan -kawan lain yang di JPP, Rakinah,Asraf. Mesti lagi berat dari saya. Amanah yang dipikul ini juga beri kesedaran kepada saya. Membuatkan saya berfikiran lebih matang. Alhamdulillah bersyukur sebab ada juga manfaat dapat dari jadi KU ni.

Saya juga mula untuk belajar berdikari sendiri, tak bergantung pada orang lain.
Sebelum ni saya sendiri akui, diri ni agak "manja". Bergantung pada kawan-kawan. Dan penah juga dalam family, orang cakap anak manja dalam family. Eheeh.

Buat keputusan sendiri. Saya sangat lemah dalam membuat keputusan sendiri. selalu akan tanya orang
"Em ok tak camni ek?", "Eh macam mana nak buat kalau macam ni?" "Hang rasa aku patut tak ek buat macam ni?ke tak patut."
Semua lah nak tanya orang.Tanya pendapat orang. Takut sungguh nak buat keputusan sendiri.
Sekarang still lagi macam tu, tapi dah berkurang lah. tak teruk sangat mcam dulu. Macam budak budak.

Alhamdulillah. sekarang saya belajar untuk menjadi lebih matang daripada sebelum ini.

Masalah


Masalah.Masalah. perkara biasa bagi setiap kelas. Masalah yang dihadapi kelas agak besar bagi saya.
Tertekan, tak tahu nak buat apa. Menangis. Itu ja yang boleh buat. Menangis!!?
Lemah sungguh diri ini. Menangis dan hanya berkata-kata mulut ni tapi tak ada tindakan pun.

Saya sendiri tak boleh nak selesaikan masalah ini. Tak tahu macam mana nak selesai. Masa yang diambil agak lama.Masa untuk selesaikan dan sembuh dari terluka hati.


Alhamdulillah, makin lama makin banyak aku belajar.
Belajar untuk tegur orang dengan cara berhikmah.Belajar macam mana nak berhadapan orang yang telah membuat salah yang sukar untuk kita terima. Adakah memaafkan dia,dan terima dia?atau adakah sebaliknya?ataupun adakah berdoa kepada Allah supaya Allah berikan dia kekuatan untuk istiqomah?

Hikmah
Semua ni dalam proses pembelajaran. Saya pun buat salah sebab terlalu suka menghukum .Lebih suka menghukum daripada mengubati. Diri ni pun tak bijak untuk membantu orang. Banyak sangat kelemahan dari segi nak membantu orang untuk ubah diri.

Tapi alhamdulillah timbul kesedaran tentang betapa pentingnya kita sebagai sahabat sebagai hamba Allah sebagai khalifah Allah, perlunya kita melayani orang sebaik mungkin walau sejahat mana pun orang itu. walaupun dia pernah membunuh, pernah mencuri,menipu . etc etc. jangan membenci dia, sebab selagi dia tak meninggal dunia, tak mustahil Allah akan berikan dia hidayah.

Selain itu, kalau nak menegur seseorang, tegur  yang kita nampak secara zahir. Yang kita nampak sahaja. Jangan sampai nak selidik dalam dalam, belek hp,diari, etc etc

Learn from our Mistakes

Kita belajar dari kesilapan kita yang lalu. Kesilapan kesalahan kita terhadap orang lain.
Untuk menjadi lebih baik dari diri sendiri. Walau sebaik mana pun kita dari orang lain, jangan sampai tak bergaul dengan orang lain.Nak bergaul dengan orang baik baik sahaja. Tak tegur dah orang lain.
Menegur ada caranya, tegur secara berhikmah

Dan saya sangat tak setuju bila orang kata kita tidak boleh menegur orang lain. Kita tak ada hak untuk tegur orang lain. Selagi kita hidup, kita ada hak ke atas orang lain, hak sebagai saudara seIslam untuk saling ingat mengingati supaya saudara kita tidak hanyut dalam mainan dunia.
Salah ke kalau nak tegur, salah ke ?tak salah,cuma berhikmahlah.

Dan orang yang tidak boleh menerima teguran tu, sepatutnya berlapang dadalah.terimalah sebagai satu medium untuk kita berusaha untuk memperbaiki kelemahan diri.
Bukan rasa teguran tu untuk berasa orang yang menegur tu perasan baik sangat.perasan bagus sgt. .tidak. bukan. orang yang menegur tu sebenarnya sayang kat kita. itu sebab kita ditegur.

Terima kasih Ya Allah. Jauhkan kami dari kejahatan hawa nafsu kami sendiri.Jauhkan kami dari sifat sifat mazmumah, dengki dendam, riya',ujub, mengumpat, mengata, marah, .Jauhkanlah kami dari godaan Syaitan.Amin Amin..
________________________________________________________________________

Makin lama makin skema ayat dekat blog ni . Mungkin dipengaruhi suasana exam
 Mood exam.Ayat pun dalam buku.


oklah,nak sambung study! ganbatte nehh!


wassalam

3 comments:

Anonymous said...

orang pon malas nk stdy,,hahaha
goodluck :)

pikapong said...

Mayonissss!
blog b/ground ni sangattttt lawa tahu. i like this one. tenang, je.. sbb rmput hijau tu nmpk dekat plus ada gelap2 biru sket.. oh cantek sekali!

hihi..
btw, wishing u all the best in ur exam n would like u to know that

"I'm really grateful to have u as a friend Sumaiya"

hihi..amin...

lilac90 said...

salam :)


is : hehehe.sama2 kita rajinkan diri yep :D

pikapong: pika chan! :D
hehe.tula rasa minat sangat yang ni. tak cerah sangat,tak gelap sangat. haritu background rumput gak tapi cerah,sakit mata silau.hiihi

makasih pika. gudluck to u too :)

im grateful too. to have u as my best friend. :) love u pika. hehe :D