Thursday, February 17, 2011

Akhlak Dgn Allah dan Manusia

بسم الله الرحمن الرحيم


Salam
Saya baru baca satu buku yang dipinjam dari pustaka
bertajuk "Tips Remaja Menuju Kematangan Hidup"
Buku ni bukan cerita pasal cara-cara nak matang ka apa
Tapi buku ni cerita tentang banyak perkara
Antaranya Matlamat Hidup,Kenali diri, tanggungjawab remaja, godaan remaja, bagaimana menghadapi masalah, memilih sahabat dan remaja contoh.
Isi dia santai santai dan mudah faham.
Sini saya nak share satu daripada isi buku yang best ini
____________________________________

Tips Remaja Menuju Kematangan Hidup, Jahabersa susunan Noorhashimah Abd Rahman, ms13
- - - - - - - -- - - - - - - --- -- -
Akhlak ada dua iaitu
     1) Akhlak dengan Allah
     2) Akhlak dengan manusia

AKHLAK DENGAN ALLAH
     1. Mengenal Allah dengan yakin
     2. Merasa kehebatan Allah
     3. Merasa gerun dengan Neraka Allah
     4. Merasa sentiasa diawasi Allah
     5. Merasa hina diri dan malu dengan Allah
     6. Meredhai setiap taqdir dan ketentuan Allah
     7. Sabar atas sebarang ujian Allah
     8. Syukur atas nikmat-nikmat Allah
     9. Cinta kepada Allah
    10. Takut kepada Allah
     11. Harap dengan rahmat Allah

AKHLAK DENGAN MANUSIA


  
     1. Mengasihinya sebagaimana kita mengasihi diri kita sendiri
     2. Merasa gembira di atas kegembiraannya dan tumpang    
         berdukacita kerana kedukacitaannya.
     3. Menginginkan kebahagiaan untuknya di samping berharap agar 
         kecelakaan menjauhinya.
     4. Benci pada kejahatannya tetapi kasihan pada dirinya hingga 
         timbul perasaan untuk menasihatinya
     5. Pemurah padanya
     6. Bertolak ansur dengannya
     7. Mengenang jasanya dan berusaha membalasnya kerana Allah
     8. Memaafkan kesalahannya dan sanggup meminta maaf kepadanya  
        dan lain-lain
____________

Semoga kita dapat menjaga akhlak kita terhadap Allah dan manusia.aminn

wslm

2 comments:

etykus said...

hablum minallah dan hablum minannas. dua2nya pon kena jaga. tenkiu maya bg peringatan :)

lilac90 said...

same2 ety :)
kami selalu tulis pasal hubungan ni sebab nak ingatkan diri kami sama. sebab kadang2 kita lupa utk jaga hubungan sesama manusia.
bukan kita perlu jaga hubungan dgn sesetengah manusia ja, tapi semua. tak kira la guane perangai nya. tapi semua kita kena baik dan bersangka baik. :)