Saturday, March 12, 2011

Kematian

بسم الله الرحمن الرحيم 

Assalamu'alaikum
Masa ondaway nak balik rumah, saya singgah kejap rmh kawan di Baling
kawan saya tak ada,tapi mak dia ja ada
tiba2 mak dia kata,"betul ke ada junior ipg meninggal dunia?eksiden kat gerik?"
ha? mende gop. taktau apa2 pun
saya pun telefon kawan saya utk kepastian
hm.mmg betul pn cerita tu.

dari rmh kawan kat Baling, sampai la ke Kulim
Kepala duk tengah memikir tentang accident tu
Walaupun mereka bukan beragama Islam, tapi saya rasa sangat sedih(walaupn tak kenai pn)
entah la,perasaan yang tak dapat digambarkan.
diorang muda lagi,19 tahun. dan bakal guru
junior saya.cam muka tapi tak kenal .
mungkin mereka bakal menjadi guru yang berdedikasi, mendidik anak bangsa
tapi takdir Allah, kita tak dapat nak elak. Allah Maha Kuasa

4 bakal guru maut di Lebuhraya Timur Barat
http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=570202




Dari Allah kita datang,Dari Allah kita kembali
Rasa tak salah kan kita cakap camni walaupun yang meninggal tu bukan Islam
tapi mereka tetap makhluk ciptaan Allah, manusia.
Sgt sedih dan pilu hati ni.entah la awat terlebih emo
tapi rasa macam takut sangat kalau berada di tempat mereka
entah apa nak jawab bila disoal kat kubur nanti? amalan pun, rasa macam satu pun tadak yg betul2
akan diterima! . . . . ... . .

MAMP*S?

Saya teringat lagi masa kecik kecik dahulu
Ada nampak van orang Cina meninggal, lepastu tanya la kat makcik pengasuh
"ada orang Cina mati ke?"
"haih. orang Cina kita takleh sebut mati. Cina mampus. " kata makcik pengasuh ku

Taklama lepas tu, saya pun tanya ayah
"Ayah,betul ke kalau org Cina kita takboleh kata mati. kena cakap mampus? (waktu ni innocent, kanak2 kan.semua benda tanya utk pemahaman diri)
Ayah jawab dengan nada yg agak marah "Mana boleh cakap macam tu. diorang tu manusia juga. siapa cakap tak boleh cakap cina mati?" kata ayah.
Alhamdulillah saya dikurniakan ayah yang mengajar saya utk menghormati agama lain.

Sekarang dah besar, saya dah boleh tafsir sendiri
orang Melayu ni mentaliti dia kurang sikit
suka hati nak panggil orang cina atau india macam tu
india panggil keling la, paria lah.
mentaliti Melayu.bukan mentaliti Islam

Islam tak ajar pun kita mencaci agama lain.tak ajar kita label agama lain
Dalam Piagam Madinah, Rasulullah s.a.w pn jaga kebajikan orang bukan Islam
kita perlu hormat mereka, selagi mereka menghormati kita
Islam sendiri tak bagi musnahkan rumah ibadat mana2 agama pun sewaktu perang
betapa toleransinya Islam


tapi kalau mereka hina agama kita,Islam, kita kena bangun menentang mereka
selagi mereka hormati Islam, kita juga hormatilah mereka kan.


KEMATIAN DAN ISLAM


Kematian itu pasti. bagi kita orang Islam, bila dengar kematian tu, kita sepatutnya takut. dan berusaha untuk cari redha Allah. bukannya hanya cakap "takut..takutt" di mulut sahaja, tapi tetap buat perkara perkara Allah tak suka.buang masa dengan hal dunia tak berfaedah, enjoy dengan kehidupan dunia, boros membeli kemewahan dunia, lalai hanyut dgn cinta dunia..itu realiti umat Islam sekarang
hanya cakap di mulut sahaja takutkan kematian, tapi manusia sgt sombong,takabur......

sebab.............

tak takut langsung dengan azab Allah..dan melakukan semua yang Allah larang walaupun tahu termaktub dalam AlQuran perkara itu dilarang.

Misalnya tutup aurat, berhias berlebihan, mendekati zina. etcetc
Sudah termaktub terang terangan dalam AlQuran Allah larang kita buka aurat,Allah larang kita berhias berlebihan utk menarik perhatian lelaki. tapi kenapa kita umat Islam still gatal nak buat jugak?

Jawapan dia... Manusia sekarang sudah tak takut pada azab Allah.
Mereka takabbur, sombong.
Manusia lupa yang dunia ni hanya tempat kita rehat ja,macam R&R
Destinasi utama kita adalah akhirat.
Dunia hanya tempat utk Allah uji dan tapis.sapa hamba dia yang betul2 beriman kpdNya

Syaitan dah ketawa berdekah dekah tengok manusia ikut jejak langkah dia. Lupa kah kita dengan janji syaitan kepada Allah?Syaitan janji nak sesatkan manusia daripada taat pada Allah

"Kahkahkahkahkahkahkahkah.aku dah berjaya pesongkan hang,manusia!hahahahahaha.. jom la kita masuk neraka sama2!!lalailah engkau. dengan cinta manusia,cinta dunia!kemewahan!enjoyy lagik.yeahhh!joget2,nyanyi2,!jom kita berhibur!jangan baca QUran.jangan solat. jom kita shopping suma barang kita nak!pakai seksi,jarang jrang, ketat2,pendek2.bagi lelaki minat kat hang wehs.yang penting,aku tak nak hang ingat Allah!lalailah hang wehh.. enjoy hidup dunia ni!selagi masih hidup!jomm,yihaa.yihaa. ikut aku.meh meh ikut aku masuk neraka. jom naik mercedes masuk neraka!aku drive, hang jadik co pilot pn ok dah.hahahahahhaa" kata syaitan keseronokan.

Takabbur.sombong. perangai syaitan yang manusia dah tiru.

Berlagak pandai depan Allah. Sombong. Hingga sangat sangat berani abaikan perintah Allah

but remember, macam omputeh cakap, What goes around comes around
kalau kita berani nak hadapi azab Allah, teruskan.teruskanlah menyombongkan diri pada pencipta anda
Ingat janji Allah.Allah akan balas setiap amalan kita. Allah akan bagi azab yang sangat pedih dengan dosa dosa kita.

Allah Maha Penyayang, masih lagi membuka pintu taubat buat hambaNya. smpai sekarang
ape lagi ,jangan bertangguh dalam bertaubat! kematian itu pasti :)


wslm
  

No comments: