بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamu'alaikum
Hari ni saya terbaca satu artikel di majalah solusi tentang memberi
Katanya kita perlu banyak memberi,memberi, memberi dan memberi
tanpa perlu mengharapkan balasan. :)
tapi dalam majalah solusi tu skop dia fokus pada isu rumah tangga
katanya kalau seorang isteri/suami tu mencintai Allah, Allah yang paling utama
dia tidak akan mengharapkan balasan setelah memberi
sebab dia yakin Allah akan membalasnya,walaupun bukan manusia yang membalas
Selepas baca topik ni, terfikir la jugak
Kita ni kadang2 kedekut sangat nak memberi kat orang
atau bahasa mudahnya, kita ni terlalu nak berkira dengan orang.
berkira nak bagi barang2 kita sayang la contohnya, sampai kan bila nak derma baju, kasi baju yang buruk buruk.macam kain buruk pun ada ( masa sem1 dulu kami kena agihkan baju2 utk kaum orang Asli, sebelum packing dan nak bagi kat diorang)
nak buat baik kat orang pun nak berkira, sebab orang tu tak baik dengan kita, jd berkira2 juga nak memberi kebaikan
dan biasanya kita akan mengharap orang balas setelah kita memberi.
tapi kalau kita letak Allah paling utama, kita tak rasa rugi pun kalau memberi kat orang
mungkin kita rasa secara zahirnya harta kita akan berkurang bila kita derma2 kat orang
tapi secara yang kita tak nampak, Allah gandakan lagi keberkatan, mungkin akan dibalas dalam bentuk lain.
Ingatlah hanya dengan mengingat Allah hati menjadi tenteram (13:28)
hati kita rasa tenang, berlapang dada. tak rasa nak dengki, bersyukur. positive thinking
nak marah orang, fikir dua kali, nak mengata orang, fikir dua kali, nak mengumpat orang fikir dua kali
nak buat maksiat fikir 2 kali, nak buang masa fikir 2 kali. nak g karaoke, fikir 2 kali,nak gi konsert fikir 2 kali.
yang pertama tu fikir nak buat jahat (nafsu)
yang kedua cepat2 fikir balik Allah (terpulang pada diri masing2.ketegasan kita utk mendidik nafsu sndiri)
tapi selalu nya kita biar ja yang pertama tu kan,biar nafsu yang kuasai diri kita. yang kedua tu kita tak buat pun. sebab kita manjakan nafsu kita. tatang bagai minyak penuh, bagi ja apa dia minta.
“We make a living by what we get but we make a life by what we give”
kita membina hidup dengan apa yang kita dapat
tetapi kita membina kehidupan dengan apa yang kita berikan.
Memberilah tanpa mengharap balasan. :)
kita membina hidup dengan apa yang kita dapat
tetapi kita membina kehidupan dengan apa yang kita berikan.
Memberilah tanpa mengharap balasan. :)
wassalam
No comments:
Post a Comment