Saturday, March 12, 2011

SBE SKTM2

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamu'alaikum
Alhamdulillah minggu lepas saya dan 5 orang kawan saya
telah menjalan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) atau SBE
di SK Tengku Mahmud 2,Besut

Bagi saya, SBE di sini sangat seronok dan best
sebab cikgu2 dan staff sekolah ni sangat sangat membantu dan beri kerjasama
contohnya, kami kena buat laporan tentang stor sukan, pembelian barang sukan, pengurusan rekod keluar masuk sekolah , kepala sumber kewangan sekolah.
tugasan kami ni melibatkan perkara2 urusan di pejabat pentadbiran dan juga guru sukan/pj
alhamdulillah kerani di pejabat banyak membantu kami untuk membuat tugasan ni
guru PK pun byk bagi maklumat. cikgu2 pun sama
terima kasih :)

hanya masuk kelas utk jaga exam
murid tahun 2. kesian kat diorang,ramai yang still tak reti baca
sedih tengok. masa sebelum keluar, diorang salam tangan..
rasa sayang kat budak budak ni walaupun sejam je masuk kelas.
nakal jugak budak2 ni, tapi takpe nakal comel. hehe

esok tu diorang nampak saya kat depan bilik spbt
"cikguu,cikgu!" diorang panggil sambil lambai2.
sayu je rasa hati ni, terharu sebab masuk klas diorang sejam je,tp mcm dihargai (perasan sikit.hehe)
ni yang menyuntik lagi semangat utk memikirkan cara-cara untuk bagi bdk2 ni pandai membaca
harap2 dapat buat satu inovasi baru..chewah! (angan-angan tinggi melangit)

ini beberapa gamba yang saya tangkap. tapi kat kamera kawan saya lagi banyak







rasa sangat syukur sebab masuk IPG.walaupun IPG ni kurang kemudahan tak macam IPTA
tapi kan, banyak boleh belajar kat sini.  rasa bersyukur sangat sebab Allah takdirkan duduk di ipg,bukan di uia. dah tak menyesal dah mcm dulu.h hhehehe

Siapa-siapa yang suka kutuk dan memperlekehkan IPG ,
mesti jeles sebab tak dapat pengalaman macam budak2 IPG
walaupun kehidupan kami agak berdisiplin disebabkan peraturan macam sekolah
tapi itu lah yang kami perlukan untuk menjadi guru yg berdisiplin untuk didik kanak2
supaya mereka juga berdisiplin. ecewah. tapi kita perlu berdisiplin dan juga penyayang
bukan reja marah2 budak ja. ye dak?

wslm

No comments: