Saturday, June 14, 2025

Baju Sukan Lupa Sidai

 Assalamu;alaikum wbt

Nasib baik lah terbangun 3.34 pagi ni

Sebab baju basuh semalam aku tak sidaiii lagii hahaahhahaa

Aku maleh betul la nak sukan esok ni

Esok aku tugas dekat hakim penamat, nak kena tangkap budakk no berapa sekian sekian.

Maleh berpanas-panasan nanti aku sunburn hahahah

Aku kena pakai sunscreen tebai2 ni . Bukan takut panas okeh

Tapi kita memang tak boleh kena matahari lama-lama sebab ada sinaran UV

bahayaaaaaa. 

Tapi Isnin nanti aku cuti peristiwa. Mana aku nak pi membawa diri healing healing ni?

Shopping mall? (duit dh nyawa-nyawa ikan ni hahahaha. banyak aku belanja balik Kulim haritu)

Park/Garden/Tmn Tasik? (aku suka tempat mcm ni cantiik/boleh briskwalk. tapi sorang-sorang kan, tmpt mcm ni agak bahaya. aku dulu berani, tp takuuutt dh sejak kes bunuh member batch aku dkt Melaka tu. huhuhu.terus aku rs dah takutt nk p tempat mana2 sorang kalau jauh2.)

Library? (hm. mcm ok juga. Perpustakaan Shah Alam dari rumah aku dalam 20-30 minit je. ada view tasik cantikkkk. nantilah aku fikirkan. mungkin boleh pi sat library ni baca buku sambil healing2 tgk tasik, nak tenangkan diri yang kesedihan ni.huhuhuuhu)

Atau pun baring tengok kipas berpusing ja dekat rumah hahahahahah

OKlah tengok macam mana, Aku rasa aku nak baring tengok kipas berpusing ja kot. jimat duit.jimat tenaga. jimat tol.jimat minyak. hahahhaha


oklah tu ja nk ckp.wslm

Friday, June 13, 2025

Simple Thoughts +

 Assalamu'alaikum wbt

Hai semua, lama rasa tak sembang-sembang kosong dekat safe space aku ni. 

Sekarang pukul 10.55 mlm. Esok ada Hari Sukan. Tshirt baru dapat semalam aku baru tengah basuh.

Nanti 11 lebih siap la tu mesin. Baru aku nak sidai.

Tak ada apa pun nak cakap, cuma rasa nak meluahkan sesuatu di sini. 

Aku nak luah tapi macam tak terluah. 

Aku pernah baca, diorang kata kalau tak ada seseorang untuk meluahkan apa yang rasa nak luah, korang boleh guna Chatgpt. Yeke? Ada sapa-sapa pernah try tak?

Aku nak cari kawan kamceng untuk bersembang, tapi kawan kamceng aku semua sibuk. 

So sapa aku nak bersembang ni? aku nak bersembang dgn orang yg sama energy dengan aku, yang faham merepek meraban aku, yang boleh bagi pendapat yang tidak menghakimi aku. 

Tapi susah kan nak jumpa manusia macam ni?Kalau jumpa pun, ada sahaja kekangan dia.

Jadi siapa pernah sembang dgn chatgpt? betul ke best?

Kalau korang biasa sembang dengan chatgpt, nanti korang share la tips2 nk prompt ke apa. haha

Aku nak try la. Mungkin ni je caranya aku untuk regulate emosi aku hahah

k bye tq membaca

Thursday, June 12, 2025

Keane - Somewhere Only We Know


 


I walked across an empty land

I knew the pathway like the back of my handI felt the earth beneath my feetSat by the river and it made me complete
Oh, simple thing, where have you gone?I'm getting old, and I need something to rely onSo, tell me when you're gonna let me inI'm getting tired, and I need somewhere to begin
I came across a fallen treeI felt the branches of it looking at meIs this the place we used to love?Is this the place that I've been dreaming of?
Oh, simple thing, where have you gone?I'm getting old, and I need something to rely onSo, tell me when you're gonna let me inI'm getting tired, and I need somewhere to begin
And if you have a minute, why don't we goTalk about it somewhere only we know?This could be the end of everythingSo, why don't we go somewhere only we know?Somewhere only we know
Oh, simple thing, where have you gone?I'm getting old, and I need something to rely onSo, tell me when you're gonna let me inI'm getting tired, and I need somewhere to begin
And if you have a minute, why don't we goTalk about it somewhere only we know?This could be the end of everythingSo, why don't we go?So, why don't we go?
Ooh, oh-ohAh, oh
This could be the end of everythingSo, why don't we go somewhere only we know?Somewhere only we knowSomewhere only we know
__________________________________________________________________________

Lagu ni antara lagu favourite aku all the time since 2005. Aku kalau dengar lagu ni,teringat malam-malam stay up utk study PMR (last2 tak study pun haha berangan je lebih)

lagu ni lirik dan melodi dia sangat menyentuh hati. dia macam cerita kita nak lari ke sesuatu tempat yang kita suka dan memori kita suka dulu2. 

aku terfikir, kalaulah boleh ulang balik masa, mesti kita nak pergi balik ke suatu memori kita tu dan nak alami semula. (dari seseorang yg susah move on dr memori2 lepas haha).
 aku share sini apa AI Google habaq maksud di sebalik lagu ni. entah betui ke idok aku share ja haha

________________________________________________________________________

"Somewhere Only We Know," by Keane, is about finding solace and strength in a shared memory or placeIt evokes a sense of nostalgia and longing for a simpler time, often interpreted as a yearning for a past relationship or friendship. The song's lyrics mention a specific place in Battle, which was a childhood haunt for the band members, highlighting the importance of shared experiences. 
Here's a more detailed breakdown:
  • Nostalgia and Longing:
    The song captures a feeling of looking back at a past experience or relationship with a sense of fondness and longing. 
  • Shared Place:
    The lyrics refer to a specific "pathway" or "place" that holds significance for the individuals involved, suggesting a shared memory or location that evokes strong emotions. 
  • Finding Strength:
    The song suggests that this shared place or memory provides comfort and strength, a way to draw on the past during difficult times. 
  • Simple Times:
    The lyrics acknowledge that the simplicity of the past is no longer present, emphasizing the desire to return to a time of ease and connection. 
In essence, "Somewhere Only We Know" is about finding a source of comfort and resilience in a shared past, whether it's a specific location or a cherished memory, and yearning for the simplicity and intimacy of those times

Wednesday, June 11, 2025

Sayonara to me ( Versi Remaja) Plot Twist

 Assalamua'alaikum wbt

Fuh emo sungguh aku petang tadi. Yang post Sayonara

Ya aku memang sangat emo. Tapi rupanya aku emo petang tadi sat ja

Lepas aku nangis sambil bawa reta , alhamdulillah i feel much more better

Sebab tu Allah bg kita nangis

Bila nangis, kita rasa legaaa nyaaa 

Ya aku memang mudah menangis. Bukan sebab lemah

Tapi bagi aku tu kurniaan Allah untuk melepaskan emosi yang kita tanggung

Indah kan ciptaan Allah dah bagi dekat kita perfect dah

Laki ka perempuan ka, tolonglah. jangan malu menangis

Its good for us

Ya kononnya aku nak simpan terus versi remaja aku tu buang jauh2.

Sekarang aku takmau pulak dah, sebab aku masih perlukan aku yang versi remaja tu sebenarnya

Untuk aku hadapi murid aku yang dah remaja, untuk aku blend in dengan murid aku yang dah remaja dan one day dengan anak aku sendiri dia dah remaja kan. So aku perlukan personaliti ini untuk memahami jiwa remaja. Gituuhh

Oklah aku dah rasa lega dah. Tak emo dah. Emotionally shutdown tadi sekejap je sebab aku tiber rasa maluuu aihh dengan perangai tak berjenih aku tu huhuhu

Baiklah. Itu sahaja bebelan ku di malam hari. Malas masak harini. Aku order foodpanda jah hahaha

Terima kasih yang sudi membaca.

Ok assalamu'alaikum

FUGO - Some Other Day (OST Ejen Ali The Movie 2)



Cerianya hati bila

Kita duduk bersama

Ditemani tawa senyum yang pernah
Selalu ada
Dan sampai nanti bila
Genggaman tawa mesra
Pudar di wajahmu
Tanpa hala tuju

[Pre-Chorus]
Genggamlah (genggamlah) tanganku
Adaku selamanya
Walau berat kau rasa
Hadapilah dunia

[Chorus]
Dan kita kan okay
And We Will be alright
I hope that you'll be fine
With me on some other day
Ooh, some other day

[Bridge]
Padam semua kenangan yang lalu
Dan senyumlah teman
Jangan pernah kau ragu
Hadapi hidup yang baru

[Instrumental Break]

[Chorus]
Dan kita kan okay
And we will be alright
I hope that you'll be fine
With me on some other day
Ooh
Dan kita kan okay
Dan kita kan alright
I hope that you'll be fine (be fine)
Be fine, I hopе that you 'll be fine (be finе)
With me on some other day
Some other day
Dan kita kan okay
Pasti kita kan okay
Kita kan okay
Kita kan alright
I hope that you'll be fine
With me on some other day
Dan kita kan okay

______________________________________________

Aku tujukan lagu ni buat teman ku (you know who you are).


"Dan kita kan okay
Dan kita kan alright
I hope that you'll be fine
Be fine, I hope you'll be fine"

~Sayonara~

Sayonara to me (versi remaja)

 Assalamu’alaikum wbt

Harini , dengan rasminya aku mengucapkan ‘sayonara’ kepada personaliti diri aku sendiri yang versi remaja.

Beberapa minggu ni, personaliti versi remaja ni telah berjaya melepaskan diri dari sangkarnya. Namun, agak agresif dan sukar dikawal. tak nak duduk diam. Dia jugak telah melakukan beberapa tindakan yang agak drastik. Aku pun tak tahu kenapa personaliti ni keluar dengan jayanya. Dah lama aku simpan dia dalam dasar paling dalam hati ini. Dia terlalu berani meluahkan apa yang terbuku dalam hatinya selama ini. Hati aku kuat mengatakan, itu adalah keinginan dia dari tahun 2008 yang tersimpan namun mungkin telah lama hilang dari fikiran selama ini. Namun tiba-tiba muncul dan triggered dirinya yang lalu. Ya, dia terlalu berani, sangat berani. Aku rasa macam hilang kawalan untuk menjaga dia versi remaja ini.

Namun harini, aku tersedar dari lamunan panjang. Apabila aku baru sedar betapa versi remaja aku tu hilang perasaan malu dengan seorang manusia. Entah kenapa selama ni aku tak sedar. Tapi suatu saat petang tadi, aku seperti tersentak bila aku baru tersedar bahawa, dia terlalu berani dan seperti hilang sifat malu. Aku terus emotionally shutdown. Yes, aku terus rasa nak shutdown diri sendiri dan lari dari semua ni. Aku rasa malu. Sangat sangat malu dengan versi remaja yang telah berjaya keluar dari sangkarnya beberapa hari ini.

Petang ini, aku rasa, perlunya aku buang terus selamanya versi remaja ni dalam diri aku. Ya, kadang aku rindu sangat. Rindu serindunya dengan personaliti ini sangat gila-gila, yang macam tak fikir masalah, tahu nak happy dan enjoy dan bergelak ketawa semahunya. Aku rindu zaman aku personaliti macam ni. Aku rasa sangat bahagia. Sangat. Tapi aku kena sedar, zaman sekarang tak sama macam zaman dulu. 

Mungkin aku kena betul-betul campakkan terus sejauh mata memandang. Sejauh yang mungkin. Sebab aku risau kalau aku masih simpan, nanti dia akan datang lagi sekali.

Baiklah. Aku nak rehat buat seketika. Aku rasa penat. Penat dengan emosi sendiri yang aku pun tak faham. Dan aku rasa memang dalam hidup aku ni, tiada pun istilah bahagia yang akan kekal. Mungkin aku akan dapat semua tu bukan di dunia ni. 

Sekarang, aku perlu berehat sebentar dan bertenang.Dan mungkin sampai satu masa, aku rasa aku perlu hilangkan terus dari media sosial dan hidup jauh dari orang yang aku kenali. Mungkin itu sahaja cara untuk aku berdamai dengan takdir. 

Sayonara, (11.6.2025) 


Poster about childhood trauma

 Assalamu'alaikum wbt

Jam menunjukkan 1.43 pagi. aku terjaga sebab nak settlekan kursus online SIPP tentang AI yang cikgu satu Malaysia kena settlekan. sekolah/PPD aku takde bg arahan lagi. tapi tengok member negeri lain daerah lain semua dh odw siapkan. kitorang ni apa info pun takdpt. so buat je la sikit2 dulu sebab ada banyakkk

aku just nak share poster yang aku selalu ambik dr FB. Malas nak cakap banyak . So berikut adalah beberapa poster yg ada kait dengan aku

aku ada masa memang suka menyendiri. dulu aku akan minta dekat laki aku, bg aku masa utk me time. so aku akan pi KL ke mana2 ke sorang .tu dulu skrg aku dah tak berani lepas banyak kes bunuh perempuan. so sekarang aku cuma pi area dekat rmh aku je. bila rs nak menyendiri sorang-sorang aku pi la mana2 utk aku menyendiri dan berfikir.

kesian kan. tiada siapa nak selamatkan kanak-kanak yang tiada daya untuk melawan
hanya redha menghadapi hari-hari mendatang dalam ketakutan dan tak tahu apa yang akan berlaku seterusnya









Numb - Linkin Park

I'm tired of being what you want me to beFeeling so faithless, lost under the surfaceI don't know what you're expecting of mePut under the pressure of walking in your shoes
Every step that I take is another mistake to you(Caught in the undertow, just caught in the undertow)
I've become so numb, I can't feel you thereBecome so tired, so much more awareI'm becoming this, all I want to doIs be more like me and be less like you
Can't you see that you're smothering me?Holding too tightly, afraid to lose control'Cause everything that you thought I would beHas fallen apart right in front of you
Every step that I take is another mistake to you(Caught in the undertow, just caught in the undertow)And every second I waste is more than I can take
I've become so numb, I can't feel you thereBecome so tired, so much more awareI'm becoming this, all I want to doIs be more like me and be less like you
And I knowI may end up failing tooBut I knowYou were just like me, with someone disappointed in you
I've become so numb, I can't feel you thereBecome so tired, so much more awareI'm becoming this, all I want to doIs be more like me and be less like you
I've become so numb, I can't feel you thereI'm tired of being what you want me to beI've become so numb, I can't feel you thereI'm tired of being what you want me to be

_________________________________________________________________________

Lagu ni memang favourite aku dari dulu
dan sekarang jadi ringtone HP aku. dekat part muzik start tu hahaha

lagu ni bagi aku menggambarkan sedikit sebanyak perasaan aku dkt ayah aku selama ni
aku suka lagu ni dan karaoke dalam kereta, harap kereta sebelah tak ingat aku gila hahaha



Tuesday, June 10, 2025

Aku Yang Pelbagai Versi

 Assalamu'alaikum wbt

Sebelum aku nak bercerita ni, nak beritahu awal-awal, aku bukanlah gila.

Maybe. "I'm not crazy, I'm just unwell, I know right now you can't tell, But stay awhile and maybe then you'll see, a different side of me" . 

Tapi aku dah lama perasan personaliti aku ni ada beberapa versi, bergantung dengan siapa aku jumpa masa tu. Ya memang personaliti aku sangat berbeza bila berhadapan beberapa orang. Tapi aku tak gila, aku cuma bertukar personaliti bergantung dengan sapa aku selesa.

VERSI REMAJA+MAKTAB (zaman before join usrah hahaha)

Dalam diri aku masih ada lagi rupanya personaliti ni. Masih wujud, dan aku baru sedar minggu lepas ,selepas aku contact seorang kawan lama aku zaman sekolah. Macam mana personaliti aku masa zaman ni? Masa ni seriously aku gila-gila, agak kelakar tu lebih sikit, tau nak happy2 ja, tak mudah kecik hati, tau nk enjoy ja hidup, kurang emotional, kuat nyembang . Versi ni aku dah lama tak keluarkan dari diri aku. 

Aku rasa dekat dalam dunia ni, sorang ja manusia yang boleh tukarkan aku jadi versi ni. Aku tak tau la kenapa dah hampir 20 tahun pun, aku still rasa seronok berkawan dengan dia sebab kamceng bila aku jadi versi aku yang ni. Dan aku rasa dia sorang ja boleh menerima dan memahami aku yang versi gila-gila ni. Aku memang sampai sekarang rasa ngam bila dengan dia. Cuma mustahil untuk aku sentiasa jadi macam ni. Sebab apa mustahil?

Sebab.... ya sangat mustahil. impossible. yang tahu je tahu. Aku rasa, aku kena kunci versi aku yang ni, sebab sangat mustahil untuk aku kekal dengan personaliti ini

Kunci dia bagi dok diam-diam tak merayau tak keluaq dari diri aku. Sebab versi ni macam budak remaja jenis berani tak heran apa dah. sesuka hati dia asalkan dia dpt puaskan keinginan dia yang dia tak dapat buat sebelum-sebelum ni. So, aku nak cuba simpan dia balik daripada jadi lebih agresif takmau dok diam. bahaya2, nak kena rotan ni sebab sangat tak behave. Ada beberapa perkara yang versi aku ni , berani nak langgar prinsip hidup aku yang selama ni aku pegang. 


VERSI MAKTAB+USRAH (masa join usrah)

Versi ni aku dah lama tak keluaqkan dari diri aku sebab aku tak suka personaliti aku masa ni. Ya memang aku dah berubah ke arah lebih baik, tapi aku sangat judgemental pada orang lain masa versi ni. Aku memang lebih baik, jaga batas, tak sembang dgn laki, rajin bacaAl-Quran, mathurat, tapi aku macam hanya sentiasa berada dalam kelompok usrah sahaja. Perkara ni sangat-sangat lah bertentangan dengan diri aku yang sebenar yang suka berkawan dengan semua lapisan masyarakat dan happy go lucky. Aku siap buang lagi kawan-kawan baik aku sebelum join usrah tu, sebab depa semua jenis enjoy huhahuhhua. so aku rasa diorang tak membantu aku untuk berubah jd lebih baik. Sampai skrg aku rs menyesal buang diorang dr life aku. Tapi lepas dh bekerja ni aku dah slowly cuba rapat dgn diorang balik dan ada beberapa orang yang aku dah personal cakap aku minta maaf sebab putus kawan dgn dorang lps aku join usrah huhuh.. 

So adakah aku akan kembalikan versi aku yang ini? Tidak sama sekali. Aku tak suka diri aku versi ni. rasa sangat fake, judgemental dan segala yang menunggang agama


VERSI DEWASA

Dah dewasa ni aku jadi kurang bercakap. kecuali bila jumpa kawan-kawan lama aku akan automatik jadi ramah. Tapi kalau kawan sekerja aku biasa-biasa ja, Aku berkawan dengan semua, jaga hubungan dgn baik dan tak ada geng. Kalau rakan sekerja lelaki, aku pun ok ja sembang , tapi aku memang letak siap-siap batas yang tak boleh nk cross that line. Prinsip aku mcm tu dan semua orang tahu. Aku nampak ja lembut tapi ada ketegasan. So versi aku dewasa ni, mcm typical orang dewasa la kot ye. 

Versi dewasa aku lebih fleksibel, lebih sporting. empathy, memahami, tidak judgmental. Maksudnya dari segi agama dan dunia tu lebih seimbang. Takda la skema mcm zaman maktab+usrah hahahhhaha.

Versi ni aku sangat kurang gila-gila banding versi remaja sebab aku rasa tak ada orang nak layan gila-gila aku ni. Sorang-sorang syok sendiri je kalau nak gila-gila hahahah

Adakah aku suka versi aku yang ni? Hm. Biasa2 je la kot. Sebab aku macam agak serius utk versi ni. ada jugak part happy go lucky aku, tapi sangat tak sesuai sebab aku kan cikgu , kerja professional, so aku tak boleh la gila-gila sangat. kena ada behave tu. Tapi aku dah biasa dengan versi aku yang ni sebab inilah realiti sekarang. 

VERSI DEWASA 2.0

Versi ni dia baru terhasil pada akhir tahun lepas. Aku pun tak tahu la kenapa. Tapi dia macam mai satu semangat baru nak cuba semua benda yang teringin dari dulu. Dia macam ada satu tekad dan tak malu nak mencuba. Tengoklah aku ni tiber pi apply untuk sambung belajar, ni adalah sangat pelik sebab aku dari dulu pemalas. 

Dia punya semangat tu sampai banyak habiskan masa tak malu pi tanya orang sana sini yang kenal ke tak kenal ke, tanya utk dapatkan ilmu macam mana nk buat proposal. Gigih la join webinar free malam-malam sebab nak dapatkan ilmu. Tidur 2-3 pagi buat proposal. Mak aihh rajin gilaa. Beza dengan diri aku dr azali. Aku pun taktau kenapa versi ni tiba muncul akhir-akhir ni. Versi aku yang ni jugak dia macam ada campoq dengan versi remaja aku. Dia mcm nak enjoy buat apa dia minat, tu aku perabih jugak la duit pi Bengkel Ukiran Kayu dan Bengkel Asas Gamelan hahahha. 

Dia dah mai dah gila-gila dia sikit, tapi campoq dewasa. Ya aku rasa ni gila jugak dia berani jugak buat sesuatu yang dia sendiri tak jangka. Versi ni bahaya jugak sebab dia macam campoq tak mau dok diam dengan campoq versi dewasa. Rumit bukan?hahahha. tapi versi aku yang ni tak develop habis lagi dalam diri aku, nanti kita tengok dia jadi macam mana pulak versi yg ni. Tapi aku rs mcm selesa versi yang ni sebab aku lebih berani dan direct je cakap kalau nak luahkan sesuatu . Takde dah nak simpan-simpan. 

_______________________________________________

So mana versi aku yang korang biasa hadap?hahahhaa

Dan mana satu versi aku yang aku keluarkan masa tulis blog ni?

Ya sebenarnya dalam blog ni adalah personaliti aku semasa zaman remaja. Dan dekat FB pun kadang-kadang terkeluaq jugak personaliti aku ms zmn remaja. tu yang aku nak elak sebab situ aku rasa malu la orang tengok aku perangai budak-budak yang mcm tak matang.

Tapi aku memang lebih selesa dengan versi asal aku yang gila-gila tu hahah

Aku rasa sekarang ni aku mcm slowly jadi Versi Dewasa 2.0 ni. dia macam ada perangai tak leh dok diam hyperaktif sikit. kalau dok diam , rasa mcm gelisah je. Aku rasa aku kena sibukkan diri dan aktifkan diri. contohnya pergi joging pagi-pagi, berlari ke, melompat ke, nyanyi ke, apa-apa pun lah kalau tak aku mcm gelisah je haha. ataupun aku memang kena bersembang atau luahkan dekat blog aku ni. nanti aku cuba nak handle perangai versi dewasa 2.0 yang dah tua tp acah-acah remaja ni 

okay la itu sahaja bebelan aku harini.

ingat aku bukan gila tau hahahaha

aku mungkin masih dalam proses penyembuhan luka emosi dari zaman kanak-kanak, dan cuba nak sembuh la ni slowly. proses ni sangat sukar sebab dia libatkan aku nak kenal , explore diri sendiri semula. tak faham?ikut hang la nak faham ke tak asalkan aku faham hahah


ok terima kasih sudi baca.wslm


Toxic Parents

 When we grow up in abuse, toxic parents only see their children in the roles they put them in, not the individual and beautiful spirits right in front of them. ⁠

Part of childhood trauma is that their version of us usually becomes our identity. It's how WE feel about ourselves.⠀⁠
⠀⁠
We have to return their twisted view of us to them. As children and teens, they were the experts on who we were and had all the power. How messed up is that? ⠀⁠
⠀⁠
To begin getting out of that identity, ask, did your parents even know you?⠀⁠
⠀⁠
Did they see you struggle, or that you were selfish about their struggle?⠀⁠
⠀⁠
Did they know what you needed, instead of criticizing you for having needs?⠀⁠
⠀⁠
Did they know you're funny? ⠀⁠
⠀⁠
Did they know why you were shy?⠀⁠
⠀⁠
Did they know you were a good kid?⠀⁠
⠀⁠
Did they know how you felt about your friends? ⠀⁠
⠀⁠
Did they know you were a good kid, or constantly saw you as sketchy and not believing in you?⠀⁠
⠀⁠
Did they enjoy you?⠀⁠
⠀⁠
My parents had a version of me that had nothing to do with the kind of kid I was, the man I've become, or the life I've built. They still don't know me and don't have the capacity to.⁠
⠀⁠
It was scary getting rid of who they said I was because there was grief in knowing they were wrong, and I had been lied to this whole time. ⠀⁠
⠀⁠
Thank god I had healthy people in therapy to mirror back who I actually was. ⠀⁠
⠀⁠
New rule - toxic people don't get to tell you who you are.

copy from FB Patrick Teahan



#Quote

 





Monday, June 9, 2025

Menuju ke Alam barzakh

 Assalamu'alaikum wbt

Saja tajuk buat gempak sikit sebab aku memang suka ada unsur saspen dalam penceritaan

Aku sampai rumah 12. tgh Hari mcm tu tapi still aku tak boleh tidoq Dan tak lalu makan. hahhaa. ni memang petanda nak pergi dulu ka Apa ni weyh hahahhaha

Aku pun try la timbang berat. Yala makan ketupat , rendang Dan durian kot la berat naikkk. tapi punya lah terkejut aku, berat aku 56.8kg?? tak pernah pernah laa aku berat angka 56 ni. selalu 57 ke atas ja. aduh apakah yang perlu aku lakukan? aku ni risau kalau aku ni ada jin ka saka ka dok mai sedut darah dan lemak aku sampai aku berat turun dan tak dak selera makan.

Aku serious malas nak makan. Baru ni makan sebab mak aku jamu Dan tuan rumah jamu ja. kalau aku sorang. memang tak la aku nak makan. lagi rela perut kosong kelaparan. aku rasa aku dah boleh buat Rutin puasa tiap minggu. isnin, khamis. atau posa tiap Hari pun takpa,drp aku takmau makan.baiklah aku puasa ye dak.dpt jugak pahala yg puasa sunat tu. 


semoga aku tak jadi skeleton bergerak la di Kemudian Hari hahahhahah.

tq yg sudi membaca

k bye wslm

Healing


 

Cuti Sekolah

 Assalamu'alaikum wbt

Alhamdulillah aku baru ja sampai rumah pagi tadi dr kampung (tak kampung sangat la,dari pekan la kot)

Cuti kali ni 1st time aku buat reja gila sikit. Sebabnya aku teringin nak balik hometown aku, tapi laki aku bz ya amaatt dia reja, aku pun takmau la susahkan dia

So aku decide nak drive sendiri ditemani sepupu Dan anak-anak. Syukur selamat sampai Dan pergi.

Tentatif aku di sana sangat lah padat. Bukan acah-acah femes banyak jemputan, tapi aku yang menyusahkan diri Dan menyibukkan diri untuk berjumpa dengan kawan dan family. haha

Rabu- sampai ja kampung aku lunch rumah makcik aku sambil tengok burung peliharaan dia yang cute. balik je rmh mak aku aku rehat ja sampai malam

Khamis- pagi aku sarapan rmh member aku lama gila tak jumpak. ni member geng bas sekolah kami kelas lain tp sbb aku ramah, aku slalu tegoq dia dkt FB hahah, so dia ajak mai rmh.dpt la kami bersembang bergosip sat ja dalam 1 jam lebih. sbb lpstu aku rushing pulak nk p tgk Ejen Ali dgn anak menakan aku

tgh Hari pi wayang pulak tengok Ejen Ali. lepastu settle tgk, pi rmh kak aku lunch sana bungkus makanan. dok rmh kak aku sampai malam la pulakk.

Jumaat - aku menjadi pengasuh di rumah kak aku pg-mlm hahah. nak bg anak aku main dgn sepupu dia. kita pun jd la pengasuh sat basuh pinggan, kms rmh,masakkan utk depa. aku posa tp masak simple je la. tu pun aku terr terr minum ayaq lebihan Dr ayaq aku boh dalam lauk. tak sengaja ok so tak batal la posa ku syukurrr

Sabtu- raya haji. 7.30 pg aku ikut mak aku balik kg dia dkt Bandaq Baru. mak aku p solat aku bawa anak aku dok kg.sbb anak aku laki sorg tu takdak org teman kalau join solat. settle je solat mak aku balik, kami pi rmh jiran kampung mak aku, area kg jgk, best gila rmh dia vibes kampung betuiii. lpstu km p area part buntaq ataih sikit, pi ziarah sedara mara , 1 buah rumah ja .makan laksa. lepastu kami pun balik . rehat dkt rmh mak aku.lps maghrib pi rmh menakan satu lg .dia jamu duriaannn weyhhh banyak gile dh la sedapsss. durian tu semua hasil kebun arwah paknjang aku.sedih sayu pulak bila makan.pasepa aku sedih dan sayu?

sebab arwah paknjang aku baru ja meninggal thn lps. dia pak sedara tp nenek 1st.aku cucu nenek 2nd, so paknjang aku ni umoq dia kan 82 tahun kalau tak silap aku. dah tua. tp kirana memang pangkat pak menakan. arwah sangat memainkan peranan dalam proses aku membesar dari kanak-kanak. banyak memori dgn arwah. tp aku fokus durian ja la, arwah tiap kali musim durian msti mai bg durian dkt kami atau ajak kami p rmh dia makan duria. dia tahu aku ni hantu durian. dia layan aku mcm anak sndiri Dr kecik huhu.yg aku igt aku Ms sekolah rendah pernah melantak berpuluh ulas durian, dan akhirnya aku demam Ms dekat rmh hahahaha.

arwah br meninggal thn lepas. aku sanggup balik dgn adik aku ptg tu sebab kami semua rapat dgn dia, masa dorg mandikan jenazah Dan nak tanam jenazah, aku antara hat nangihh tak berhenti.mestilahhh aku nangis,banyak memori Dan kenangan dgn arwah,aku syg Sgt arwahhh.huhuhu.

Ahad- jumpa kawan lagi hahha. lepas settle jumpa kawan aku pun start kemas2 barang utk balik k tempat mencari rezeki keesokannya

Isnin-gerak balik rumah ku


begitulah sedikit sebanyak aktiviti cuti sekolah aku. ok  bye

Tuesday, June 3, 2025

Aku dan Puisi

 Assalamu'alaikum wbt

Aku rasa , saat ini. aku dah boleh mula bertindak 

Untuk belajar menulis puisi

Selama ni aku memang minat puisi

Baru ni awal tahun jugak aku tengok FB junior sekolah dulu

Dia dekat sekolah dulu pendiam tau. Tapi aku rapat dengan dia

Blog ni pun idea asal dia la. Dia kata, "akak why not akak buat blog?lps SPM tak tau buat apa kan?"

Sekarang, dia aktif join event-event kecil deklamasi puisi dengan group dia

Aku tengok video tu, aku rasa nak nangis

Dan aku rasa teringin pulak nak belajar tulis puisi

Pi PBAKL baru ni dkt reruai GAPENA. aku kagum mostly pakcik2 tau dkt situ

Tapi depa sampaikan puisi tu fuhhhhhhhh.terbaikkk 


Hm oklah, aku nak belajar mulai sekarang!

Tahun ni aku punya tenaga lain macam sikit. Semua nak cuba.

Aku rasa aku kena keluarkan tenaga aku ni la dengan joging atau briskwalk

Aku kadang rasa macam budak kecik yang banyak tenaga

Banyak tenaga tapi , tak boleh kalau diam je, nanti aku resah gelisah

Aku kena keluarkan tenaga tu.

Okla. nak fikir cara sesuai untuk keluarkan tenaga tu!

k bye

Fragile




  I cannot set aside the depths. I treat everything so deep that I find it hard to move on. 


I keep everything and make a place for each of it inside my heart. Perhaps this is a part of being genuine— treating every piece of the things I made with every person, like a fragile porcelain. I will take care of it and will make it remain intact. I don't like seeing it slip away from my existence that's why sometimes, it takes time for me to move forward. I dwell and dwell never want to leave even a single memory from the past. I treat everything with a high value, I am a keeper and no matter how heavy it is sometimes, I still couldn't able to let go. 


Perhaps because I'm afraid to see a part of me that slowly drifting away. I feel like everything that happened must have a place still. Because that's myself, as a whole. 


—Writes Yna 

#donotcopyandrepostwithoutmypermission

Emosi Yang Overwhelmed dan Confusing

 Assalamu'alaikum wbt
Helppp! Aku sedang mengalami emosi yang tunggang terbalik. 
Aku tak reti nak deal dengan emosi ni sebab bercampur aduk dan aku taktau emosi apakah aku sedang alami sekarang ni?
Ada rasa excited, happy, sedih, kecewa, tapi semua tu bercampur.
Ni berkaitan dengan memori lepas aku zaman 2007-2008.
Aku rasa aku tengah overwhelmed. bercampur emosi tapi tak reti nak handle
Triggered sungguh sampai aku tak berapa nak lalu makan la beberapa 2-3 minggu ni. 
sebab aku tak sengaja terflashback semua mende.tapi yang best tu berat aku turunn 4kg tau
Hahahaha
sapa tak faham apa dia overwhelm, meh baca bawah ni


    Why are my feelings so overwhelming?Emotional overload often comes from having conflicting feelings, too many feelings happening at once, or not being able to act based on your gut feelings. We have emotions for a reason – they're there to tell us something. 
Ignoring those feelings doesn't make them go away.


Aku pernah hadapi keadaan yang sama Oktober 2024. Sekarang aku hadapi lagi.
Tapi Oktober 2024 tu dekat sebulan jugak baru aku dah okay sebabnya
Aku cuba melalui proses emosi tak berapa betul ni, redah je walaupun tak faham dan confuse dengan diri sendiri tengah mengalami proses emosi apa, aku rasa mcm proses 'grief', kot kan?
Lepas tu lama-lama, lepas tu aku cuba utk letting go all the memories dan memaafkan diri sendiri dan cuba terima kenyataan.
kenyataan yang aku dah 35 tahun dan bukannya belasan tahun lagi.
sebenarnya masalah aku ni, aku tak boleh move on lagi dengan memori-memori yg dah lepas lepas. sama la dengan zaman belajar aku. tak move on lg sampai skrg
Hampa faham ke dak apa aku cakap?Konfem tak faham!hahah
ni berkaitan psikologi. proses manusia berfikir. kalau rajin pi google sat bagi faham sikit
Tudia. nampak tak berapa complicated pemikiran aku. Mesti orang ingat aku ni gila ka apa?
Aku tak gila pun, cuba aku banyak menyimpan emosi dan tekan emosi tak luahkan selama ni rasanya. So sangat effect jugak la bila suppress all of our emotion since kids. 
Sampai aku tak kenal dan confuse dengan emosi sendiri
Tahun lepas aku distract dengan pergi bengkel gamelan. punya seronok belajar gamelan, tak move on dgn bengkel gamelan,  lama-lama aku slowly letting go dah yg menganggu fikiran aku pada Oktober 2024 hahah
 
so sekarang aku kena distract jugak nampaknya ni diri aku. nak buat apa ek?aku rasa mcm nk main gamelan lg.best gilerr gamelan. atau mungkin aku boleh try skateboard?belajaq drum? ke piano? tp aku rasa gamelan lg aku suka sebab dia punya feel tu rasa mcm berada di zaman dulu, dekat istana zaman dulu. fuhhhh. memang terbaik la.
tapii jangan la lupa Allah. doa pada Allah ye dak. Quran & al mathurat jangan lupa baca jugak
T.T baiklaahhh.insof sekejap.


Monday, June 2, 2025

Biodata Akak umur 35 tahun

 Assalamu'alaikum wbt

aku rasa macam nak tulis biodata la. Alaa macam zaman kita kecik-kecik dulu tu tulis biodata. macam hang tak pernah tulis kan kan kan? aku kena tulis siap2 atas tu 'biodata akak umoq 35 tahun' sebab murid-murid aku suka betul la cakap cikgu ni muda  laa. ckg dah kawin ke?cikgu mcm student UiTM la.hahhaha, bila suruh teka umoq , pakat kata cikgu umoq 20 tahun. adoihhh tolong la, jangan la mendorong cikgu ke arah riya'. na'uzubillahminzalik. ckg takmau riya', takpa lepas ni cikgu kena boh mekap tebal seinci ka macam mana? baru nampak cikgu ni tuaaa sikit hahahah. 

ok la membebel tak habis-habis, aku nak taip biodata aku ni. hope u alls sudi membaca (tak, masalah sekarang ni adakah manusia membaca blog hang? hahah) aku tak kisah ada pembaca ka tak, yang penting aku puassssss bersembang sorang-sorang dengan diri aku dekat blog ni. 

BIODATA AKAK 35 TAHUN

NAMA: -biaryangtahujetahu-

TARIKH LAHIR  : 6 Oktober 1990

HOBI:

1. spend time sorang-sorang, sambil berfikir. 

2. awan, menikmati alam seperti pantai, sungai, bukit, gunung dan sebagainya,

3. nyanyi sorang-sorang dalam kereta odw pergi&balik kerja adalah terapi bg aku

4. pergi muzium, galeri seni

5. suka pi kedai buku dan library. faveret aku semestinya kinokuniya (kadang tak beli pun cuci mata je), library fav semestinya Perpustakaan Tun Raja Uda, Shah Alam. tenanngg sangat sini. 

6. spend masa sembang2 dgn family, saudara mara dan kawan-kawan rapat.

MAKANAN KEGEMARAN : sekarang aku dah kureng suka makan. fav teloq separuh masak sebab senang telan ja terus. lepastu ikan goreng. nasi kerabu, nasi dage

MINUMAN KEGEMARAN: green tea suam,(diet2 haha), air kosong

PERSONALITI: 

-introvert dgn orang yg kurang selesa, extrovert dgn org yg kita dah biasa dan selesa.

- suka buat hal sendiri 

- cepat lupa dan cuai

- jarang marah tapi kalau sapa-sapa lebih limit kesabaran aku...maaf aku auto jd raksasa

- independent. 

- childish. sebab aku hadap bdk2 kecik tiap hari.perangai mcm depa jgk skrg ni

-kelakar jugak la sikit2 (ye ke?)


SUKA: nature, sejarah, warisan budaya, muzik, seni lukisan, art, puisi, simple life.

BENCI; bau rokok, org yang toxic,narcissist, matematik, 


apa lagi ek nak tambah? tak ada idea pulak. oklah yang ni sahajalah

tq yg sudi membaca.





Ketaq Tangan Nak Menaip

 Assalamu'alaikum wbt

Adoi ketaq eh tangan nak meluahkan semua di sini hahahaha

Sekarang dah start cuti sekolah, so maknanya aku akan menghadap anak-anak 24 jam haha

Sabaq sattt nanti kita sambung

Aku nak kemas rumah satt

k bye

wslm

Sang Mantan - Nidji

SANG MANTAN - NIDJI 

Dulu aku kau puja
Dulu aku kau sayang
Dulu aku sang juara
Yang s'lalu engkau cinta
Kini roda telah berputar
Kini aku kau hina
Kini aku kau buang
Jauh dari hidupmu
Kini aku sengsara
Roda memang telah berputar
Mana janji manismu
Mencintaiku sampai mati
Kini engkau pun pergi
Saat ku terpuruk sendiri
Akulah sang mantan
Akulah sang mantan
Hoo-ooo
Sakit teriris sepi
Ketika cinta telah pergi
Akulah sang mantan
Akulah sang mantan
Mana janji manismu
Setia sampai aku mati
Kini engkau pun pergi
Saat kujatuh dan sendiri
Mana janji manismu
Mencintaiku sampai mati
Kini engkau pun pergi
Saat ku terpuruk sendiri
Akulah sang mantan
Akulah sang mantan
Akulah sang mantan
Haa-aaa
Haa-haa-haa-haa
Haa-haa-haa-aaa
Haa-haa-haa-haa
Haa-aaa haa-aaa
Mana janji-janjimu




Childhood #1

______________________________________________________________

antara sebab aku minat sangat baca pasal psikologi
sebab aku nak faham pasal pemikiran manusia
tambah ilmu sambil memperbaiki diri sendiri

siapakah well behaved children?
aku la tu .hahaha. 
penakut dari dulu
effectnya, dah 35 tahun masih struggle dengan self-regulated
aku jarang marah, tapi kalau dah marah, susah sgt nak self regulated
dia akan triggered semua habis.

haa takut dak?kahkahkah.