Monday, September 7, 2026

Anxiety ka Apa ni

Assalamu'alaikum wbt

Malam tadi aku tak boleh tidoq lena,

Bangun pagi pulak rasa lain macam dan jiwa berombak

Dupdapdupdap aku rasa tak boleh nak lena

Macam anxiety pun hado

Ahh sudah apa jadi dengan aku ni. 

Menyampah betul dengan diri sendiri, 

Aku ingat aku dah kuat, tapi rupanya, tak kuat mana.

Masih ada part fragile yang tersisa dalam diri aku,

Berlinang air mata pulak tiba-tiba, keluar sendiri tanpa aku sedar

Mungkin sebab aku flashback beberapa peristiwa 2-3 hari ni,

Tapi masa flashback tu aku okay ja tak rasa macam ni,

Pagi ni pulak dahhh tibaa jadi serba tak kena. Hahhaha taktau la aku nak gelakkan diri aku ke atau aku nak kesian sedih dengan diri aku. 

Di kala aku rasa aku dah cukup kuat dan okay dah boleh lalui hari macam biasa

Aku kadang terlupa yang jauh sudut di satu ruang yang dalam kotak hati ku itu

Ada my inner child, feels like a crybaby, still fragile.

Aku rasa aku tau sebab apa, dan inshaAllah lepas ni kena menyepi balik. Itu ja cara dia. 

Kadang kita jangan menahan diri dari melalui emosi tu, rasa nak lepas, lepaskan ajar dengan cara sihat emosi tu. Jangan ditahan tahan, aku rasa sebab menahan tu yang pagi ni jadi tingtong sikit tu.kahkah

Tapi aku still nak membebel kejap maybe 1-2 hari lagi sebelum menyepi balik.

Bila lama tak menaip dalam blog ni, rasa gian pulak nak membebel sini , FB pun dah takdak utk aku membebel. 

Tapi inshaAllah aku dalam planning lepas ni nak buat blog utk perkongsian journey aku apply HLP dan journey semasa sambung master, supaya aku dapat saham kot orang lain dapat cuba tips apply HLP daripada aku yang mungkin la tak seberapa dan sehebat orang lain.

Aku memang kena sibukkan diri aku dengan perkara lain supaya aku dapat distract kan minda. inshaAllah lepas ni nak busykan diri dengan belajar dan jadi skema nerd pulonnn pakai spek hitam bingkai tebal hahahahah.

 

No comments: