Friday, July 30, 2010

Amanah Cikgu


Salam
Nak jadi cikgu bukan senang,bukan mudah
Nak jadik cikgu yang terbaik bukan mudah

Tugas cikgu lagi berat daripada doktor,engineer, etc etc
Kalau doktor tersilap dalam pembedahan, mungkin mengorbankan seorang nyawa
Tapi jikalau cikgu tersilap dan tidak mengajar murid-murid bersungguh-sungguh,sambil lewa
Maka kita akan merosakkan masa hadapan semua murid yang kita ajar
Tugas cikgu bukan mudah, jangan pandang remeh ya.

Semester ni aku suka memerhati cara pengajaran pensyarah-pensyarah aku.
Ada beberapa yang aku kagum di antara pensyarah-pensyarah ni,Antaranya:

1. Mengajar Matematik yang bagi aku sangat bosan. Tapi beliau telah mengajar kami dengan cara yang sangat menarik. sbelum memulakan pengajaran, beliau akan tunjuk video,slide show renungan untuk kami. sangat menarik dan memberi refleksi diri. lepas tu beliau ajar kami,selepas tu beliau akan buka satu game menguji minda dalam laptop. beliau juga sangat keibuan. :)

2. Mengajar aku subjek Alam Belajar.walaupun agak pening sikit, tapi aku suka cara beliau bercakap. Antara yang aku dengar ialah ketika kawan aku mengadu dibuli pelajar semasa SBE. beliau kata, "Kita nak jadi guru, yang paling utama kita kena jaga rohani kita.Dalaman kita. Solat jangan tinggal, ikut semua perintahNya. bila kita yakin dengan pertolongan Allah, jadi kita mudah untuk mengajar murid-murid" . Terfikir sejenak kata-kata beliau. Betul juga kata beliau, kita yakin sepenuh hati bahawa Allah yang memegang hati murid-murid dan juga semua manusia. Tak mustahil Allah melembutkan hati kanak-kanak yang nakal.

3. Seorang pensyarah yang sangat bersifat kebapaan. Terharu masa dia tanya sorang-sorang ,"Macammana?Ok?ada yang tak faham?". Selepas tu, beliau sangat dedikasi dan paling tersentuh hati bila tengok dia sanggup masuk ke kelas untuk mengajar walaupun keadaan yang sakit. Aku sungguh tersentuh,entahla mengapa. Mungkin sebab betapa rasa tanggungjawab beliau terhadap amanah yang diberikan oleh Allah, dia tak sanggup tinggal kelas. Hampir menitis air mata tengok beliau.begitu tabah.

Mereka telah memberi aku beberapa pengajaran. Dan aku mahu berhenti daripada mengata pensyarah. Dulu-dulu mulut terlalu capui hingga sampai mengutuk pensyarah.
Sekarang aku akan cuba sedaya upaya untuk menjauhkan diri dari semua tu. Ye la kadang-kadang mesti terkeluar jugak kan,tapi takpa, mari kita cuba sama-sama.
(Nanti murid kita pulak yang kutuk kita kan)

Tugas cikgu tak mudah, untuk mengubah anak bangsa, kita perlu ubah diri kita dulu.

Wassalam~

No comments: