Saturday, January 17, 2026

Hikmah Ujian 2025

 Assalamu'alaikum wbt

2025 adalah tahun aku paling diuji rasanya

Last paling hebat diuji ialah pada tahun 2021

Cuma bezanya, 2025 aku diuji dari kekurangan, kelemahan, kesilapan dan semua yang tak baik tak baik

Semuanya adalah berpunca dari diri aku sendiri ...

Aku menyesal tak? Ya aku menyesal sangat dengan tindakan aku pada tahun 2025. Kalau boleh diulang waktu, aku memang nak ubah balik titik permulaan tindakan aku tu, ubah kepada tindakan lain. mungkin waktu tu sebenarnya aku kena kembali pada Allah, bukan baru sekarang.

Tapi perkara tu dah lepas, tak boleh ubah dah. aku perlu redha dan berserah pada Allah swt atas apa kesan dan akibat daripada apa yang aku lakukan. Aku minta maaf banyak-banyak kepada mereka yang sangat terkesan akibat tindakan negatif yang telah aku buat. Semuanya berpunca daripada aku, tiada yang lain melainkan aku.

.................................................................

apa hikmah ujian 2025? dalam sebulan aku menyepi

aku fikir mendalam dan muhasabah diri. dan tanpa aku sedar, aku slowly berubah jugak sebenarnya.

cuma paling besar perubahan pada diri aku, ada dua


1. Kembali mengingati tentang Allah swt dan akhirat

Ini hikmah paling utama dan besar buat diri aku. kalau tak terjadi perkara ni (walaupun perkara yang tak baik), mungkin aku tak ada usaha nak banyak berdoa, zikir, cari ilmu agama balik ,dengar ceramah2.

last aku rasa macam ni masa zaman belajar. ni adalah kali kedua dan aku harap kekal sampai mati macam ni. aku kan, punya la takut mati tanpa bersedia apa-apa, sampaikan aku dok pikiaq, 

Ya Allah kau tariklah nyawa aku pada masa aku kembali mengingati mu ni..sebab aku takut satu hari aku lalai dan alpa semula,takut kalau ditarik nyawa ketika aku kembali alpa dan lalai.

2. Hilang keinginan terhadap apa yang aku suka buat sebelum ni. Contohnya:

- malas tengok media sosial seperti FB (before ni mostly sebab aku nak tengok perkembangan kawan lama). ni aku rasa sebab aku rasa malu dengan diri sendiri, dan aku rasa takmau hadap ramai manusia sebab aku nak fokus pada diri sendiri sahaja. disebabkan perasaan malu dengan kesalahan diri sendiri, aku decide untuk asingkan diri dari orang ramai. 

- hilang nafsu makan. aku tak ada nafsu nak makan sangat. asal alas perut pun ok dah.berat dah turun,tu paling best la kan. ringan je rasa badan nak jalan laju laju

- aku dah tak rasa minat nak masuk Guardian dan Watsons. hobi aku adalah cuci mata dan perabis duit masuk dua tempat ni. tapi sekarang aku dah hilang nafsu keinginan ke sana. macam plain je bila tgk watson sekarang. hm .bagusla,jimat duit aku.

3. Kurang bercakap

- ya aku rasa sekarang aku macam tak ada keinginan nak bercakap sangat. nk gelak bersungguh ka, aku cuma cakap bila perlu. aku banyak kali jugak taip status dkt wasap story tapi padam semula.taip padam taip padam then tak jadi post. sebab aku lepas taip aku akan fikir, perlu ke tak ek nk cerita mende ni dan post? perlu ke tak perlu ke tak. last2 aku akan padam dan tak post pun

4. Kurang dengar lagu faveret

- aku memang suka lagu jiwang Indo 2000's, lagu punkrock, lagu2 faveret aku zaman sekolah especially. hobi aku dengar lagu dan nyanyi sama-sama dalam kereta. tapi sekarang aku slowly biasakan bukak zikir, dan doa dalam kereta. dan nasyid lama macam Rabbani dan Raihan. aku tukar rutin ni sebab nak bagi hati aku selalu sedar diri dan ingat Allah. sebab yaa lagu-lagu sebenarnya memainkan peranan jugak untuk emosi aku selamanya. 

....................................................................................

hmm apa lagi ekkk? tapi secara keseluruhannya

aku berubah jadi kurang bercakap dan kurang bersosial.

aku rasa macam aku kena jauhkan diri dari manusia-manusia di luar sana

sebab aku risau aku akan melakukan kerosakan dan kesilapan kepada manusia lain sekali lagi

ceh macam over drama sangat. tapi itulah apa yang aku rasai sekarang

 baik tak bagi aku semua perubahan ni?

kalau tanya aku, jawapan aku ...Ya.sangat baik untuk diri aku.

aku rasa selamat bila berkelakuan macam ni

Lebih selamat untuk diri aku jadi macam ni

Dan juga selamat kepada manusia lain bila aku jadi macam ni

......................................................

apa-apa pun jangan risau, 

I am okay. 

Selamat Datang 2026 - Reset Diri

 Assalamu'alaikum wbt.

2024 & 2025 tahun yang penuh dengan emosi roller coaster

Asalnya aku ingatkan aku mengalami simptom pre menopause

Emosi yang sangat messy, berserabut dan susah nak control

Kadang emosi tu jadi intense dan out of control

Kadang rasa macam tengah masuk dalam jiwa alam kanak-kanak dan remaja

Aku tak boleh nak describe details sebab memang sangat messy

Kawan baik aku kata, apa terjadi dekat aku ni mesti berkaitan dengan innerchild aku

Yang dalam proses nak memulihkan diri, aku memang kena rasai dan hadapi semua

Semua emosi yang tak okay, yang messy, yang intense

Dia kata, aku memang kena hadap semua tu kalau nak slowly pulihkan diri

Dan kena banyak bersabar, berdoa supaya Allah swt mudahkan segala proses tu

Terima kasih sahabatku. Menangis aku membaca kata-kata comfort dari dia T.T
................................................................................................

Kenapa aku tulis semula dekat blog ni, padahal asalnya aku dah plan nak ending Dis 2025?

Sebab masa sebelum ni mungkin niat aku menulis blog ni , niat yang Allah swt tak izinkan.

Tapi lepas aku menyepi diri since 21 Disember 2025 dari jenguk blog ni

Macam-macam aku berfikir sendiri dan muhasabah. 

Ya, bukan senang dan bukan mudah untuk aku reset diri aku di kala aku berada dalam satu emosi yang sangat bercampur baur dengan sedih, takut, risau, kecewa, keliru. Aku macam tak tahu macam mana nak handle diri sendiri dan minta bantuan nasihat siapa. Aku sampai PM la member aku yang sekarang pakar psikiatri dekat sebuah hospital. Tudia punya la tak faham dengan diri sendiri 

Sampailah ada seorang hamba Allah swt ni cakap dekat aku, " saya nasihatkan awak cuba banyakkan berzikir,banyakkan berdoa, dhuha dan apa saja yang boleh dekatkan awak dengan agama". 

walaupun aku tak tinggal solat, sentiasa jugak berdoa apa-apa, tapi dengan kata-kata hamba Allah ni buatkan aku tersentap jugak la. Ya la,aku dok cari sana sini bantuan untuk pulihkan diri yang macam tak reti handle diri sendiri, tapi pernah tak aku sungguh-sungguh usaha doa pada Allah minta pada Dia?hm tidak sama sekali. waktu ni la aku rasa memang nak ke, bz ke, memang kembali pd Allah tu adalah cara yang paling terbaik.

Aku terfikir semula, Allah sayang diri aku sebenarnya. Dia selamatkan aku sebelum aku jauh lagi lalai dengan nikmat dunia ni. Dia tarik aku balik ke landasan yang betul sebab Dia sayang aku, takmau tgk aku lalai,alpa,leka dgn nafsu pada dunia, aku dah buat satu kesalahan yang besar, Dia tegur aku dengan cara yang agak keras sebab mungkin Dia tengok aku macam makin lama makin teruk lalai tu. Nasib baik aku tak ditarik nyawa saat tengah lalai dan alpa pd Dia.....

Hikmah dari semua ni, aku rasa nak berusaha untuk kembali pada Nya. dekat sebulan aku diamkan diri untuk berfikir dan bermuhasabah diri. aku kena offkan diri dari social media. FB aku dah deactivate. IG sebulan sekali ja log in tengok. 

Aku nak menyepi dari manusia dan kawan-kawan aku yang ramai. Sebab tu aku deactivate FB dan one day aku nak delete terus FB. Aku cuma nak keep in touch dengan kawan rapat aku sahaja. Mostly kawan dari sekolah rendah dan menengah sahaja. Kawan zaman maktab? Bila fikir balik, aku tak ada pun kawan zaman maktab yang aku rapat sampai ke dewasa ni. Ada la contact, tapi dah tak serapat dulu. macam just tny khabar, kadang aku rasa aku beria lebih, aku sampai tahap macam, cukuplah. aku nak rapat dengan kawan rapat yg memang aku rapat sangat dan dia ada effort nak rapat dengan aku jugak. titik.

Jadi aku decide aku akan teruskan menulis di blog ini, aku niat nak mula balik share berkaitan agama walaupun aku tak join usroh macam zmn maktab dulu, tapi aku nak tulis sini sebagai peringatan untuk diri aku sendiri. 

___________________________________________________________________

Oleh itu, aku berniat untuk melangkah ke fasa reset diri 2026 ni

Perbaiki diri dengan lebih baik

Fokus nak dekatkan diri dengan ilmu akhirat

.........

Hm. macam mode serius pulek. Padahal aku ni orangnya gila-gila jugak

Tapi tak apalah buat masa ni memang aku banyak mendiamkan diri dan berfikir.

Aku dah banyak hilang minat dan keinginan yang dulu aku suka bila aku dah start menyepikan diri sebulan lebih ni. 

Aku dah kurang rasa apa-apa keinginan, cuma aku rasa takut mati ja akhir-akhir ni

takut mati dalam keadaan yang tak ingat Allah especially kalau kemalangan

............................................................

Okaylah, itu sahaja aku nak bercerita.

Doakan aku ya supaya pengakhiran hidup aku yang baik baik sahaja. Dalam keadaan mengingati Allah.

Aku bukan meminta simpati siapa-siapa, aku cuma perlukan doa kalian yang baik-baik untuk diriku.

Aku cuma kesian kan diri aku. Yang aku rasa struggling tentang diri sendiri dan emosi

Dan aku telah melakukan satu kesalahan amat besar yang berpunca dari diri aku yang aku sendiri ..

Tapi alhamdulillah sejak slowly dekatkan balik dengan Maha Pencipta

Fokus kepada doa-doa, zikir& mathurat harian setiap hari dengan memahami maksud di sebaliknya

Aku rasa much more better dan semakin tenang ..

Dan semakin dipermudahkan segala niat baik aku

Alhamdulillah

.................................