Friday, February 6, 2026

The Road Not Taken

                               

       

The Road Not Taken
By Robert Frost

Two roads diverged in a yellow wood,
And sorry I could not travel both
And be one traveler, long I stood
And looked down one as far as I could
To where it bent in the undergrowth;
Then took the other, as just as fair,
And having perhaps the better claim,
Because it was grassy and wanted wear;
Though as for that the passing there
Had worn them really about the same,
And both that morning equally lay
In leaves no step had trodden black.
Oh, I kept the first for another day!
Yet knowing how way leads on to way,
I doubted if I should ever come back.
I shall be telling this with a sigh
Somewhere ages and ages hence:
Two roads diverged in a wood, and I—
I took the one less traveled by,
And that has made all the difference.

___________________________________________________________

bila briskwalk lalu laluan antara dua pokok ni, depan tu akan ada dua laluan.
jalan laluan ke kanan, atau kiri
aku teringat poem yang belajar masa sekolah menengah dulu.
The Road Not Taken.
scene poem tu aku bayangkan macam jalan yang aku tengah berdiri waktu tu.

aku faham poem ni tapi tak la tau betul ke tak tafsiran aku
aku google tengok analisis poem ni, macam macam versi aku jumpa.
tapi aku nak bagi pandangan aku la pulak. betul ke tak tu lantakk la
tapi aku bukan nak bagi tafsiran poem ni, tapi aku nak bagi tafsiran aku dari apa aku fikirkan setelah tengok jalan ni dan kaitkan sedikittt dengan poem ni
____________________________________________________________

dalam hidup ni, sejak kita dah akal baligh,
kita dah boleh pilih mana satu yang baik,mana satu yang tak baik
jadi dalam proses tu, kita berperang dengan nafsu dan diri kita sendiri
dan mungkin ada jugak bisikan syaitan , tapi 100% adalah diri kita sendiri yang decide

setiap apa kita nak buat keputusan , kena fikir dua perkara,
betul atau salah?
jalan yang kita nak pilih tu antara kanan, atau kiri?
aku nak buat atau tidak?
dosa ke pahala?

dua perkara tu boleh dikaitkan dengan dua jalan berbeza
kita tengah duduk dekat satu jalan yang utama,
tapi bila kita nak decide sesuatu yang sangat penting dalam hidup kita
satu jalan yang utama tu berpecah kepada dua jalan yang berbeza

macam aku sebut dekat atas tadi, satu jalan yang berpecah kepada dua tu
bergantung kepada keputusan kita

jika keputusan kita pilih tu jalan ke kanan , maka jalan cerita kita akan terus bercabang pada jalan kanan dan bercabang lagi yang perlu kita pilih lagi selepas itu, sampai la ke akhir hayat

jika keputusan kita pilih tu jalan ke kiri maka jalan cerita kita akan terus berkembang bermula dari jalan ke kiri tu sampai la dia bercabang cabang pulak pilihan seterusnya sampai la ke akhir hayat.

walaupun kita pilih asalnya jalan ke kanan atau ke kiri ,
tapi dalam perjalanan tu
ada masa mungkin kita salah pilih lagi jauh dari agama,
ada masa kita pilih jalan yang betul bersandarkan pada agama,
bergantung kepada diri kita sendiri melawan berperang dengan nafsu sendiri
tapi pilihan jalan pertama dan pilihan jalan kedua tu ,pada pendapat aku, satu hari nanti memang tak akan bertemu dah pada satu jalan yang utama

jalan yang utama tu adalah jalan yang kita berdiri awal-awal dulu masa nak pilih
jalan ke kanan atau ke kiri

jadi apa yang terjadi dan ditakdirkan dalam hidup kita ni, kalau fikir balik sedalamnya
adalah apa yang kita sendiri pilih pada awalnya.
kita boleh menyesal kenapa aku tak pilih sebaliknya,

tapi semuanya hanya tinggal penyesalan yang kita sebagai manusia
memang tak ada kuasa dan daya upaya untuk ulang balik waktu detik tu
untuk ubah balik keputusan kita pada awal dulu mahu jalan ke kanan atau ke kiri

yang boleh kita sebagai manusia sekarang ni
untuk memperbaiki diri untuk menjadi versi yang lebih baik
kepada orang sekeliling kita

begitulah apa yang aku fikirkan bila banyak berdiam dan berfikir sekarang ni

sekian.wassalam

No comments: