Monday, November 23, 2026

.

 Assalamu'alaikum wbt

Sekarang 2.16 am, dan aku masih tak boleh tidoq.

Sesuatu berlaku semalam dan buatkan aku banyak berfikir, figure out dan hasilnya, tak boleh tidur sampai sekarang.

Hati aku berkecai untuk kali ketiga, setelah digam kan dua kali,

Walaupun kali ni tak berkecai teruk seperti 1st and 2nd sebab tak separah 1st,

Tapi buatkan aku terfikir dan tak boleh melelapkan mata,

Susahnya nak cuba memahami walaupun kita dah rasa macam kita dah faham,

Tapi rupanya, kita tak faham pun. Dan apabila kita cuba usaha dan segala effort untuk cuba memahami

Menyebabkan kita akhirnya lebih keliru , adakah aku lebih memahami setelah usaha untuk memahami?

Atau aku semakin keliru dan terus keliru kenapa aku tak memahami lagi walaupun aku dah usaha effort cuba untuk memahami dan difahami,

Penatnya otak aku cuba berfikir dan cuba memahami segala apa yang aku rasa aku dah fahami sebelum ni, 

Hingga aku berada di saat yang aku rasa,

Memang di dunia ini, aku ditakdirkan dan diuji untuk tidak difahami oleh sesiapa pun di dunia ini,

That's it. Aku dah penat dah usaha dan mencuba. Slowly I give up. Now I just follow the flow

Dah umur macam ni aku dah tak kuat kesabaran seperti zaman dulu, 

Dulu mungkin ya, dah tua ni dia malas nak sabar bila dah usaha cuba dan jadi malas nak layan 

Dan aku rasa dah malas nak fight for anything, just penat dengan emosi sendiri.

Sekarang, aku hanya ingin jalani sisa hidup kerana masih bernyawa dan masih ada pegangan agama.

Aku mohon maaf kepada sesiapa sahaja aku pernah buat salah, aku pun tak sempurna,banyak dosa dan aib. Mohon maafkan aku ya. blog ni aku takmau delete atau private, sebab aku harap one day aku dah tiada, family aku atau kawan-kawan boleh baca blog yang aku merapu ni sambil membayangkan aku tengah membebel depan mata diorang. 

Buat masa ni aku macam hilang jap mood nak excited bercerita apa-apa lepas apa berlaku tadi.

So, jumpa lagi semua,bila aku rasa ada mood nak membebel lagik one day okeh!





No comments: