Kata Buya Hamka, cinta itu hadir melalui pelbagai pintu. Ada pintu suka, ada pintu nafsu tetapi yang paling indah ialah cinta yang melalui pintu kasihan.
Kerana sifat kasihan itu adalah sifat paling terpuji dalam diri setiap insan.
Bahkan itu sifat Tuhan iaitu ar-Rahman yang bermaksud Tuhan Maha Pengasih.
Tuhan itu menitipkan sifat kasihan dalam diri manusia untuk kita saling berbudi, saling mengasihi dan saling melengkapi.
Seperti kita bertemu dengan orang dalam kesusahan. Meskipun tidak dapat membantu sepenuhnya, pasti terdetik dalam hati untuk rasa kasihan dan bersimpati dengan nasibnya.
Sama seperti kita terjumpa kucing di jalanan atau di restoran. Kita tidak sampai hati untuk mengusirnya. Bahkan jika ada makanan lebih, kita berikan kepada mereka.
Kerana dari rasa kasihan, kasih sayang dapat ditemukan.
Dengan rasa kasihan, manusia lebih bertolak ansur dan penyabar.
Dari kasihan itu, kita menjadi lebih prihatin atas masalah orang lain.
Dan, dari sifat kasihan itu, akhirnya dunia dapat didamaikan.
Maka, jadilah orang yang mempunyai sifat kasihan dalam hati. Jika tidak kepada orang lain, sekurangnya kepada diri sendiri.

No comments:
Post a Comment