Tuesday, November 17, 2026

Tragedi November

 Assalamu'alaikum wbt

Harini genaplah sudah setahun tragedi November 

Tragedi apa?biarlah aku ja yang tahu 

Aku masih ingat perasaan aku masa tu, rasa macam nak pi terjun sungai pun hado 

Selepas tragedi tu, dah macam tak tentu arah pun ada. Aku ambik masa berbulan-bulan jugak 

Awal tu dalam 5 bulan awal tu sangatlah tak okay, kadang nangis sorang-sorang teringat 

Bila fikir lagi , kesian dekat diri sendiri, tapi pada masa sama padan muka dekat diri sendiri

Sapa suruh cari masalah, kan dah mendapat

Tak ada masalah, hang pi cari masalah, dengan alasan hati hang rasa tak tenteram selagi tertanya-tanya

Lepastu?Bila dah tak tertanya-tanya , hang pulak biarkan masalah tu berlarutan beberapa bulan

Hang tak mau nak stopkan selesaikan masalah tu. Sendiri cari penyakit

Bodoh?Ya memang bodoh. Bodoh tu masih ada tapi sekarang mungkin kebodohan tu ada tinggal lagi 10%


InshaAllah satu hari nanti kebodohan tu dah hilang, mungkin aku akan jadi insan yang berbeza dengan sebelum ni. macam reboot system la kot kan, ke update sistem latest?

Cuma beberapa hari kebelakangan ni aku rasa, aku dah mula rasa pandai untuk tidak peduli

Mungkin teguran dari Allah minggu lepas, terkesan dekat fikiran dan hati aku. Terus tersentap 

Atau terus macam tersedar dari lamunan yang sekian lama aku bermimpi dekat setahun lebih

Aku nak teruskan lagi tak blog ni? Buat masa ni ya

Sebab aku rasa aku okay setakat ni since last aku deactivate blog aku

Aku rasa lebih lapang fikiran dan emosi sekarang.

Hope perkara ni kekal lah sampai bila-bila

Aku dah taknak hidup dalam emosi sendiri dah

No comments: