Monday, February 16, 2026

Servis Diri

Assalamu'alaikum wbt

Korang ingat kereta je ke kena servis? Manusia pun kena servis okeh
Aku baru start tahun lepas bulan apa ek lupa dah
Julai 2025, target sebulan sekali akan pi mengurut servis diri

Kalau tak aku rasa 2 tahun sekali baru urut hahah
Aku sangat galakkan para wanita di luar sana
Tolongla mengurut sekali sebulan.

Sebagai wanita, kita bekerja, urus anak, angkat barang itu ini, jalan banyak berdiri banyak
duduk lama depan laptop. etc2.sakit2 badan weyh, lepas tu effect jugak emosi
rasa badan penat, rasa nak marah2, lemauu ja malaih nak buat apa-apa

Aku dapat rasa kesan tiap kali baru habis urut,
 emosi kita lebih stabil, badan rasa ringan, badan bertenaga nk urus hal rumah, hal kerja
lebih rasa happy daripada nak moody. 

untuk bulan Februari ni aku tukaq pi spa lain pulak. saja nak try
yang aku biasa pi tu tukang urut aku suka dah takdak. yang tinggal tu aku trauma dengan dia sebab urut sakit giloo.hahaha. 

Untuk kali ni, aku ambik pakej sekali urut muka. Saja nak try.







Review: Aku sangatla berpuas hati. Boleh repeat lagi lepaih ni. aku sampai tertidoq masa dia urut muka. nasib baik tak berdengkoq ja la. 

Kepada semua wanita di luar sana, saya sangat sarankan anda jadikan mengurut sebagai rutin bulanan, anda akan rasai perbezaannya bila selalu mengurut, tak menyesal. banyak kebaikannya untuk wanita. penting untuk kesihatan dan kebahagiaan diri anda para wanita.

cuma kena rajin try & error spa @ tukang urut mana yang anda serasi dan suka. aku dah pernah kena yang sakit gila, tak best. dan yang best. adik yang urut aku ni dia belajaq dkt kolej vokasional, dia cerita kan, servis mengurut ni high demand, jadi banyak dah kolej dan tempat belajaq kemahiran under kerajaan yang ada kos urutan ni. universiti yang aku tau ada, UMK. so pi la suruh sapa yang tak minat sangat akademik, belajaq la urutan. lakuuuu dan high demand.

majukan urutan tradisional untuk negara

sekian bebelan ku. 



 

No comments: