Thursday, May 21, 2026

Maaf Dipinta daripada semua

 Assalamuálaikum wbt

Haih dok maaf maaf tak habis habis ni 

Tengah dalam proses memaafkan diri sendiri dan memohon maaf dari orang sekeliling

Yang mungkin terkesan dengan perangai aku semasa aku di fasa midlife crisis

Emosi dan perasaan berkecamuk. Jiwa macam memberontak tak puas hati macam-macam.

Kalau aku tengok balik post aku since hujung 2024-2025 memang penuh dengan emosi dan ketidakpuasan hati .Aku tak puas hati kenapa itu ini , lebih kepada pada masa lalu. Aku pikir kenapa ek aku tak spend enjoy masa zaman belajar?Kenapa aku sibukkan diri dgn usrah sampai tak ada masa dengan kawan lain eh?Macam macam tak puas hati.

Aku tak puas hati jugak ada beberapa perkara yang lalu, mungkin terlalu lama aku menyimpan dan tak react pada emosi tu, jadi bila emosi tu wujud balik, dia macam baru slowly belajar nak figure out satu persatu apakah dia , sampai aku rasa macam pemberontakan jiwa berlaku. Ni kesannya bila dulu apa-apa suka letak emosi tu ke tepi sebab malas nak layan emosi tu haha.

Tapi sekarang slowly sejak hobi aku especially dalam kereta adalah berfikir, aku suka deep thinking. Proses ni sapa pun tak boleh kacau, aku suka dok diam takmau sapa kacau. Sebab aku sedang berfikir. -

Fikir setiap kesilapan dan kesalahan aku. Dan jugak aku dapat kaitkan dengan keunikan otak aku berfungsi berbanding manusia lain. Sebab aku dari dulu suspek aku ada ADHD jenis inattentive. dan sampai sekarang aku baca list ciri ADHD tu memang sebijik sangat dengan aku. so aku macam dh boleh connecting the dot kenapa 2-3 tahun ni emosi aku sangat pelik berkecamuk dan aku tak boleh kawal kadang tu macam ada autopilot. 

Semua tu berkaitan dengan ADHD: executive dysfunction . kekurang dopamine , overwhelmed, shutdown. etc2.

oleh itu aku dalam perancangan nak tukaq matlamat blog ni dah bukan healing proses, sebab aku rasa aku dah healing beberapa perkara dah , dah letgo semua perkara aku simpan dulu,nostalgia nostalgia, zaman remaja ka zaman maktab ka, aku dah macam rasa sekarang ni dah boleh move forward dan focus perkara lain. 

fokus aku sekarang nak jadi wanita yang berusaha memperbaiki diri dalam hidup dan mencari redha Allah tapi pada masa sama nak enjoy hidup di dunia ini jugak. hahaha. aku nak jadi isteri solehah, ibu mithali dan anak yang baik, kawan yang setia . so nanti free aku nak tukaq gambaq tajuk blog ataih tu dan aku akan post apa yang aku rasa nak post, kalau menyampah atau meluat hampa tak payah la baca tau haha. 


so aku nak minta maaf kepada semua manusia yang terkesan dgn sikapku selama ini especially suami ku dan anak-anakku, dan buat kawan-kawan juga yang ada juga terkesan. aku sekarang nak usaha baiki diri, turunkan ego, dan nak kenali diri dan cara mcm mana nak handle diri sendiri

oklah itu saja adiosssss 


No comments: