Assalamu'alaikum wbt.
Harini aku nak share satu kisah yang aku pernah baca masa dulu-dulu di usia 20 an, novel ke apa tapi dalam internet la kisah ni .Entah kisah benar atau rekaan tapi aku ceritakan balik dengan gaya penceritaan aku. Daripada pengarah buat drama aneh aneh les la, anak ikan la kena grooming etc2, baik ambik cerita ni buat drama.
___________________________________________________________________________________
PUTERI ROS
PART 1
Di suatu masa dahulu, ada seorang remaja perempuan bernama Puteri Ros. Walaupun nama dia Ros, tapi dia tak boleh sebut huruf R. Kasihan dia, mungkin dia mengalami tongue tied dari kecik tapi mak ayah dia taktau. Dia dilahirkan dalam keluarga yang serba lengkap, bukanlah terlalu berada tapi dari segi kewangan , agak stabil.
Namun begitu, dia diuji dengan seorang insan bergelar ayah yang agak panas baran. Dia dilayan dengan kasar dan kurang kasih sayang daripada ayahnya. Setiap hari-hari yang dilalui bagaikan neraka, dan dia tidak sabar untuk menjadi dewasa supaya dia dapat keluar daripada rumahnya dan memilih sendiri jalan hidup yang diimpikan. Ros seorang yang agak pendiam, pemalu tetapi suka berkawan. Tapi disebabkan personalitinya, tak ramai jugak kawan nya. Di sekolah jugak tak berapa aktif dan kurang dikenali.
Ros suka melayari internet pada zaman remajanya. Daripada beberapa kawan internet yang dikenalinya, dia selesa berkawan dengan seorang kawan lelaki yang bernama Shafiq. Bila dengan Shafiq, dia rasa enjoy berkawan sebab Si Shafiq ni suka sembang merepek dan merapu. Dia jugak agak kelakar dan Ros selesa berkawan dengan Shafiq. Dan Ros merasakan, dia dapat menjadi diri sendiri dan dapat melupakan sedikit sebanyak rutin hidup dia yang agak tidak seronok di rumah. Dalam tempoh berkawan rapat, Ros tidak pernah sekali pun berjumpa dengan Shafiq. Mereka hanya SMS dan berhubung melalui YM.
Setelah berkawan hampir 2 tahun, di usia 18 tahun, Shafiq menyatakan hasrat untuk menjadikan Ros sebagai kekasih hati. Ros pada mulanya tidak mahu menerima hasrat hati Shafiq kerana merasakan, jika berubah status kawan kepada kekasih, nanti hubungan sebagai kawan gila-gila tu akan menjadi janggal. Tapi disebabkan Ros berasa selesa dan seronok berkawan dengan Shafiq, dia pun bersetuju.
Maka bermulalah episod percintaan mereka yang pada mulanya agak indah.
Namun bahagia yang diimpikan tidak berpanjangan, selepas 2-3 minggu, Shafiq tiba-tiba berubah menjadi agak dingin. Mesej dijawab tetapi tiada emosi, hanya sekata. Ros merasakan seperti ada sesuatu yang Shafiq sembunyikan,tapi Ros tidak tahu apakah yang berlaku sebenarnya. Tertanya-tanya juga, "Aku ada buat salah apa-apa ke?". Tapi disebabkan Ros juga seorang pendiam dan tidak pandai bermain kata-kata, Ros hanya fikir jalan terbaik supaya dia tidak lagi dalam keadaan tertanya tanya dan tiada jawapan yang pasti. Ros memberi cadangan supaya mereka menjadi kawan biasa semula dan Shafiq bersetuju.
Tapi seperti apa yang Ros jangkakan dan risaukan sebelum ini, akhirnya terjadi. Selepas mereka menjadi kawan biasa semula, Shafiq menyepi dan mendiamkan diri. Ros berasa agak sedih kerana dia sayangkan persahabatan mereka. Tapi pada masa sama Ros rasa terkilan, kecewa dan terpinga-pinga kerana merasakan Shafiq hanya mempermainkan perasaan dia, dan tidak ikhlas pun pada asalnya untuk menjadikan Ros sebagai kekasih hati Shafiq. Akhirnya hubungan mereka sebagai kawan juga terhenti setakat itu sahaja. Ros merasa amat sedih di atas hilangnya seorang kawan yang sangat dia selesa berkawan dan memahami dirinya....
bersambung........
_____________________________________________________________________
Adakah Ros mempunyai perasaan cinta terhadap Shafiq?atau hanya perasaan sayang sebagai kawan? Kenapa Ros begitu mudah melepaskan Shafiq dan tidak mengejar Shafiq jika dia memang betul mempunyai perasaan cinta kepada Shafiq?
______________________________________________________________________
No comments:
Post a Comment