PUTERI ROS
PART 2
Tidak lama selepas kejadian itu, Ros menyambung pelajaran ke Universiti. Shafiq jugak menyambung pelajaran tetapi mereka tidak berhubung dalam tempoh yang agak lama.
Pada suatu hari, selepas lebih kurang 9 bulan tidak berhubung, tiba-tiba Ros mendapat satu panggilan daripada nombor yang tidak dikenali. Oh, rupanya nombor yang tak dikenali itu adalah Shafiq
Tapi disebabkan rasa dikhianati dan dipermainkan perasaan oleh Shafiq, Ros menjawab panggilan tersebut tetapi hanya menjawab dengan nada yang agak dingin. Shafiq terus menghantar SMS kepada Ros untuk menyambung perbualan mereka. Tapi Ros masih merasakan Shafiq tidak ikhlas berkawan dengannya dan akan terus mempermainkan perasaan Ros. Mesej mereka terhenti pada hari itu sahaja dan tidak disambung di kemudian hari.
Ros menjalani hari-harinya seperti biasa tanpa menghubungi Shafiq. Selepas hampir 6 tahun di universiti, akhirnya Ros menghabiskan zaman universitinya dan mendapat tawaran kerja di KL.Shafiq? Entah apa kisah hidupnya. Ros langsung tidak mengambil tahu tentang hidup Shafiq walaupun mereka pernah berkawan baik sebelum ini.
Hari berganti hari, sehinggalah hampir 17 tahun berlalu sejak kejadian Shafiq mempermainkan perasaan Ros, satu hari Ros terjumpa satu nukilan lama di blog Shafiq. Nukilan itu bertajuk 'Ros'.
Setelah membacca nukilan itu, Ros tertanya-tanya adakah Shafiq sebenarnya selama ini menyimpan perasaan kepada Ros? bukankah dia hanya mempermainkan perasaan Ros pada 17 tahun lepas?
Persoalan itu bermain dalam fikiran Ros selama hampir sebulan. Ros kadang tak boleh tidur, kadang semasa memandu kereta juga, Ros masih memikirkan persoalan ini. Ros juga merasakan sesuatu di dalam hatinya seperti meronta-ronta inginkan jawapan kepastian. Kenapa Ros merasakan begitu?
Ros berasa keliru dan serba salah adakah dia perlu mendapatkan jawapan kepastian daripada Shafiq?Mana nak cari Shafiq ? Di alam serba moden ini, mudah sebenarnya nak cari Shafiq.
Tapi Ros jugak agak malu kerana personalitinya yang agak reserved, dia tak rasa idea untuk cari Shafiq adalah idea yang sesuai.
Namun Ros masih tidak boleh tenang selagi tidak menjawab teka teki yang bermain dalam fikirannya. Dia juga merasakan, adakah aku sebenarnya masih tidak boleh melupakan Shafiq?
Shafiq adalah lelaki pertama yang pernah menjadi kekasih hatinya. Mustahil tidak meninggalkan apa-apa kesan dalam hati Ros. Cuma Ros masih keliru adakah sayang sebagai kawan rapat atau .adakah ini sebenarnya dinamakan..
Cinta?
bersambung....
__________________________________________________________________________
Adakah Ros berjaya mencari Shafiq untuk mendapatkan jawapan kepastian?
No comments:
Post a Comment