PUTERI ROS
PART 3
Setelah hampir berbulan hati tidak tenteram, Ros pun terus mencari Shafiq di media sosial. Dia masih ingat nama penuh Shafiq dan bin apa. Mudah saja terjumpa .
_____________
oklah malas cerita details macam novel. just habaq point point utama ja.takdak masa aku nak mengarang bagi ayat sedap dibaca
___________________________________________
Cut short , Ros pun contact semula Shafiq. depa mesej-mesej tanya kabo sebab lama sangat tak contact. hampir berbelas tahun u olls. Ros tiber rasa dirinya seperti 17 tahun lalu, punyala seronok dapat mesej si Shafiq tu. entah kenapa keseronokan tu tak dapat tergambar, sebab bila dengan Shafiq ni dia rasa kamceng untuk bersembang bermesej dan merapu. Ros merasakan " Dah lama aku tak happy go lucky macam ni".
Di saat keseronokan Ros bersembang dan mesej si Shafiq tu, dia pun mula memberanikan diri bertanya soalan yang sudah lama bermain di fikiran dia.
"Kenapa ko tinggalkan aku tiba-tiba 17 tahun lalu?, apa salah aku?ko sebenarnya permainkan perasaan aku ke?
"Apa niat ko semasa menulis nukilan bertajuk "Ros" dalam blog ? ko tujukan dekat aku ke?
Pada mulanya jawapan Shafiq adalah "oh, sebab masa tu aku ada banyak pilihan".
Hati Ros semasa mendapat jawapan itu agak terkilan sedikit, tetapi dia rasa lega kerana akhirnya , dia sudah tahu persoalan yang bermain dalam fikiran dia 17 tahun lepas.
"kuanghajo punya mamat. sesuka hati dia je sebab banyak pilihan, dia tinggal aku macam tu. nasib baik la aku tak teruskan dgn dia. tak boleh pakai punya olang" bisik Ros di dalam hati kecilnya.
Setelah Ros rasa puas berhubung dan bersembang dengan Shafiq, Ros merasakan tiba masanya dia mengundurkan diri kerana dia telah mendapat jawapan yang dia inginkan. Namun, disebabkan keseronokan bersembang dan mesej Shafiq kerana dia merasakan dirinya seperti dirinya yang asal berbelas tahun dahulu, Ros beberapa kali menangguhkan niat asalnya untuk tidak lagi berhubung dengan Shafiq. Entah apa ada pada Shafiq yang membuatkan dia bersembang dan mesej non stop merapu merepek. Nak kata kacak sangat pun tidak, entah apa agaknya yang membuatkan dia seronok begitu. Mungkin banyak sebenarnya perkara dia nak sembang dgn Shafiq pada waktu mereka berkawan dahulu tetapi tidak kesampaian.
Hingga akhirnya pada satu ketika itu, Shafiq menyatakan bahawa sebenarnya dia juga mempunyai perasaan dekat Ros. dahulu dia sebenarnya bukanlah insan yang baik, tapi bila dia berkawan dengan Ros sahaja dia akan jadi automatik behave baik. Shafiq juga menceritakan beberapa peristiwa dan dosa-dosa lampau yang telah dilakukan sepanjang usia remaja dan usia muda di universiti.
Ros tergamam mendengar pengakuan Shafiq tentang kisah-kisah silam Shafiq, kerana sepanjang perkenalan nya dengan Shafiq melalui online sahaja, dia tidak pernah berjumpa dengan Shafiq. sepanjang perkenalan mereka, Shafiq seorang yang sangat menyenangkan hati Ros, berkawan bergaduh bertikam mulut itu perkara biasa, namun Ros selesa berkawan kerana Shafiq sahaja memahami dirinya ketika zaman mudanya. Dia tidak sangka Shafiq rupanya sebegitu.
Ros tidak tahu apa yang dirasakan setelah mengetahui semua kisah silam Shafiq. Kecewa, sedih, cemburu, terasa dikhianati dan ditipu, semua perasaan ada, bercampur baur. Niat Shafiq untuk membuatkan Ros bencikan dia dan dapat berhenti berhubung. Ros pada mulanya masih tidak dapat menerima kenyataan yang Shafiq melakukan perkara-perkara tersebut pada masa silamnya. Dia rasa seperti hanya bermimpi dan bukan kenyataan. Betapa hancurnya hati Ros bila tahu semua kisah silam Shafiq. Ros cuba untuk membenci dan menjauhkan diri dari Shafiq selepas mengetahui kisah tersebut. Hatinya terlalu terluka dengan kenyataan yang tidak masuk akal.
Namun setelah beberapa hari kemudian, Ros seperti sudah melupakan semuanya dan terus ingin berhubung dan bersembang dengan Shafiq. Ros juga hairan kenapa dia boleh lupa dan memaafkan begitu sahaja, walaupun kadangkala perkara tersebut bermain di fikiran Ros dan membuatkan Ros sedih, tapi selepas itu Ros seperti terlupa akan semua kisah silam tersebut. Adakah ini sebenarnya perasaan cinta? Cinta yang terputus 17 tahun lalu dan Ros merasakan ingin menggantikan semula waktu-waktu yang itu yang mereka tidak sempat untuk bercinta dengan lebih lama. Seperti sebelum ini , Ros masih keliru dan tertanya kenapa dirinya masih berharap pada Shafiq walaupun kisah silam Shafiq agak membuatkan hatinya sedih dan terkilan.
Ros kadang tertanya-tanya tindakan berani dia untuk terus berhubung dengan Shafiq walaupun tahu risiko akan mendatang. Dia tahu ibu bapa nya pasti tidak akan menerima Shafiq kerana ibu bapanya ingin menjodohkan dia dengan anak Tan Sri Ayob, CEO Megah Holding, Shafiq hanya insan biasa dan bekerja sebagai pekerja swasta. Tapi dia tidak pedulikan semua itu kerana dia merasakan Shafiq adalah ruang selamat dia pada masa lalu dan hanya Shafiq sahaja memahami dirinya dari dahulu lagi.
Hari demi hari, mereka saling berhubung tanpa jemu, sehingga perasaan cinta antara mereka mekar kembali. Ros sangat gembira dan bahagia kerana dia tidak pernah merasa dilayan sebegitu rupa. Dipuji, disayangi,dimanjakan, diberi perhatian. Mungkin kerana telah lama Ros menjadi manusia yang berdikari sendiri, Ros sebenarnya dahagakan perhatian dan dimanjakan seperti seorang anak kecil yang dahagakan kasih sayang seorang lelaki bergelar ayah.
Mereka jugak berjumpa selepas itu dan masih menjaga batas pergaulan fizikal. Setiap kali bertemu, Ros melihat Shafiq selalu merenung Ros tepat pada matanya. Ros merasakan selama dia hidup, tidak pernah ada lagi orang merenungnya sebegitu rupa. Setiap kali mendapat panggilan telefon dari Shafiq, hati Ros sentiasa berbunga-bunga, cerita lucu Shafiq sering membuatkan dia ketawa tak ingat dunia. Makin lama, Ros merasakan satu kewajipan untuk dia bersembang dengan Shafiq melalui telefon setiap hari. Suara Shafiq membuatkan dia bahagia dan rasa disayangi. Kasihan juga pada Ros, dia seperti remaja sekolah yang dilamun cinta dan angau dengan Shafiq. semua risiko akan mendatang tidak dipedulikan langsung kerana terlalu angau dengan si mamat tu. Entah apa yang ada pada mamat tu.
Setelah berbulan lamanya mereka berhubung, satu hari ayah Ros terdengar perbualan Ros dengan Shafiq ketika Ros menelefon Shafiq.
bersambung...
___________________________
Apakah yang berlaku selepas itu? Adakah ayah Ros akan memutuskan hubungan mereka berdua?
No comments:
Post a Comment