Friday, May 30, 2025

Berdua Lebih Baik - Acha Septriasa

BERDUA LEBIH BAIK - ACHA SEPTRIASA

 Lihat awan di sana

Berarak mengikutiku
Pasti dia pun tahu
Ingin aku lewati
Lembah hidup yang tak indah
Namun harus kujalani
Berdua denganmu
Pasti lebih baik
Aku yakin itu
Bila sendiri
Hati bagai langit
Berselimut kabut
Lihat awan di sana
Berarak mengikutiku
Pasti dia pun tahu
Ingin aku lewati
Lembah hidup yang tak indah
Namun harus kujalani
Berdua denganmu
Pasti lebih baik
Aku yakin itu
Bila sendiri
Hati bagai langit
Berselimut kabut
Lihatlah awan di sana
Berarak mengikutiku
Pasti dia pun tahu
Ingin aku lewati
Lembah hidup yang tak indah
Namun harus kujalani
Berdua denganmu
Pasti lebih baik
Aku yakin itu
Bila sendiri
Hati bagai langit
Berselimut kabut
Berdua denganmu
Pasti lebih baik
Aku yakin itu
Bila sendiri
Hati bagai langit
Berselimut kabut
__________________________________________________________________

Lagu faverett aku ni. Bila dengar akan mengimbau kenangan 2007 masa aku Form 5 duk hostel.
Dengar lagu ni dekat bilik study, dan aku teringat zaman 2007 dengan kawan-kawan online . 
. siap pos Kad raya dkt depa haahaa.

Thursday, May 29, 2025

Kisah Bermula Aku Join Koir

 Assalamu'alaikum wbt

Korang tau tak apa dia koir?Koir ni ala yang nyanyi ramai-ramai tu. ala jap la aku google kan utk korang, kot ada yang tak berapa jelass lagi. cikgu kan, mesti la nak anak-anak murid faham konsep tajuk utama dulu haha. 

Koir = satu penghimpunan penyanyi vokal mahupun muzik membentuk suatu ensembel yang menyanyi dengan suara yang seiring dan harmoni; pemaduan sebegini lazim terdiri daripada beberapa bahagian nyanyian (bahasa InggerispartJermanStimme) yang diketuai oleh seorang konduktor yang mengarahkan kelompok-kelompok ini menyanyi ikut cara, nada atau masa tertentu lalu segerak atau serentak.

Perjalanan aku join Koir ni bermula aku Form 4. Miss Mimi chinese music teacher (bukan nama sebenar), adalah guru muzik di sekolah ku. Sekolah nak wujudkan satu pasukan koir, jadi sapa berminat , kena la pi ujibakat. aku pun pergi la saja test sebab aku tak aktif pun apa-apa dekat sekolah. tengok2 aku antara yg terpilih. Asalnya aku bukan pandai nyanyi pun, no idea mcm mana nk nyanyi. saja try cuba nasib haha.

Banyak aku belajar la daripada join team ni, cara pernafasan breathing yang betul time nyanyi, cara control vokal, cara keluarkan suara dari perut , pitching, intonansi,tempo etc2. koir sekolah aku ada 4 je yang basic, lelaki ada 2 suara, perempuan 2 suara

Lelaki 

Tenor =  The highest male voice, often characterized by its strong, resonant sound. 

Bass = The lowest male voice, often characterized by its deep, powerful sound. 

Perempuan

Soprano =The highest female voice, often characterized by its agility and ability to reach high notes. 

Alto = A lower female voice, often characterized by its rich, warm tone. 

____________________________________

aku copy paste AI dekat google je ni hahah.
aku kategori soprano. jadi part aku suara tinggi tu yang haluihh background lagu tu. takde dah
video zaman koir. kalau ada kan best boleh tgk balikk. team kitorang sampai ke peringkat 
negeri dan dpt tempat kedua peringkat negeri. lawan dengan SMJKC okeh, mmg kalah la.
suara depa mmg power gilaaa. depa nyanyi lagu Bohemian Rhapsody. memang layak menang
aku dengar pun meremang bulu roma aku.

lepastu masuk maktab pulak, kena join koir jugakkk sebab kitorang kajian sosial,pensyarah 
muzik memang under Jabatan Kajian Sosial ni. so bermulalah latihan koir utk perhimpunan 
bulanan dan majlis-majlis rasmi maktab. penat hadap latihan sahaja. 

dekat sekolah pulak, nama aku GB bagi pulak utk koir PPD. adoiii ni bila aku dpt berhenti koir
dh tua2 ni semput la sikit suara soprano. mcm tak brp nak sampai dahhh hahaha
______________________________

Oklah aku nak cerita di sini, dari aku join koir Form 4 tu. banyak sangat hikmahnya untuk 
membantu aku dengan kerjaya aku skrg. Aku boleh kuatkan suara mengajar dalam kelas dan
tahu teknik nak keluarkan suara yg lantang dan kuat, iaitu suara dari perut. bukan suara dr 
tekak korang. 

perkara ni sangat penting bagi seorang guru sebab kalau korang guna suara
kuat dan tinggi dari tekak,trakea,kerongkong korang, lama-lama boleh rosak peti suara kita.
peti suara boleh luka dan effect korang. so ya, suara aku boleh memetir ke blok sebelah, 
volume suara aku akan berubah ikut kepada keadaan semasa ya. hahhaa

satu lagi, korang jgn ingat koir ni sama mcm nyanyi karaoke ye. tak.sama sekali berbeza.

org yg boleh nyanyi soprano koir, tak semestinya boleh nyanyi karaoke semua lagu. 
mcm aku, aku suara biasa ja kalau tgh nyanyi healing sorang sorang dalam kereta. tak sedap 
mana punn. 

so begitulah kisah macam mana aku boleh terjebak dengan dunia koir. 

sekian itu sahaja. terima kasih sudi membaca


Darkside Aku

 Assalamu'alaikum wbt

Tudia tajukk post ni, takmau kalah. Kebabom sangat kan ?kan?Hahahahaha

Saja nak cerita pasal darkside aku. Darkside ni maksudnya , jap aku tanya pakcik google

"the literal unlit side of something, like the moon, or it can be used metaphorically to describe the unpleasant, evil, or negative aspects of a person, situation, or concept."

Hah, itulah maksudnya secara ringkasan. 

Setiap orang ada buruknya, macam aku ni depan orang semua orang puji yang baik-baik. Ya memang aku baik dekat orang, tapi aku jugak selama ni tak sedar aku adalah seorang 'people pleaser' . Aku buat baik dan iyakan ja semua haha. Tapi sekarang ni aku dah berani sikit lantang bersuara kalau tak setuju. Nampak ja lembut tapi aku dah semakin bold dan strong banding dulu. So selagi org buat baik aku baik. Tapi bila dah toxic atau aku rasa not my vibes, aku slowly jauhkan diri. Kalau cari pasal jugak, haah, jangan cari pasal .Nanti aku jadi raksasa yang paling menakutkan dalam hidup korang tau. Ahahahah (evil laugh)

Darkside aku ni tak da kaitan kegiatan tak bermoral okeh! kang ada ingat aku buat kerja-kerja tak senonoh pulak zaman belajar dulu T.T. na'uzubillahminzalik! doakan la setiap hari aku dan korang dijauhkan dari maksiat maksiat dan kejahatan manusia dan jin .takutt baca kes-kes dan berita sekarang. aku bab jaga diri memang kelebihan sikit dkt aku. inshaAllah semoga berterusan sehingga akhir hayat.

Darkside ni maksudnya sisi negatif aku yang tak ramai tahu. Dan aku rasa perkara ni yang sangat mengganggu aku dari dulu, lagi-lagi bila berkenalan dengan mana-mana lelaki yang nak berkenalan dengan aku, atau yang berniat nak jadikan aku sebagai suri hidup hahahha. (ya la orang ingat aku ni,baikkkkkkkkkkkkk sangat.kan?)

ok meh aku cerita sikit darkside darkside aku supaya mana-mana lelaki yang mungkin pernah berkenan dengan aku dulu, rasa legaaa laa tak berjodoh dengan aku.korang kena bersyukur sebab aku selamatkan korang daripada menghadap manusia yang aneh lagi pelik macam aku setiap hari. tula ,lain kali jangan tengok luaran ja. tengok ada rupa, mcm baik.konfem dia baik. hahahahha

1. Acah-acah tanpa disedari (masking )

Aku tak sedar rupanya aku ni pandai 'masking.' Bila aku perasan? Bila dh dewasa ni aku cerita kisah hidup aku dekat 2-3 orang kawan maktab aku. respons dorang, semua terkejut dan jawapan diorang sama. "Eh tengok happy go lucky je dkt maktab selama ni?' " Tak sangka awak lalui macam tu, sebab tgk muka mcm tak serabut pun. nampak happy je tak ada masalah"

Apa maksud masking? nah, aku copy google jugak ni

“Masking” refers to when an individual hides or suppresses symptoms, behaviors, or difficulties they are experiencing. While it can happen intentionally, it often occurs unconsciously over time as an individual receives negative feedback for their authentic presentation.

While many think of masking as a neurodivergent behavior, particularly for autistic people or those with ADHD, people with various diagnoses mask for a variety of reasons. Learn how masking manifests for people with various mental health concerns, the problems it can cause, and how to overcome this habit.

______________________

Begitulah kisahnya, so rakan-rakan sekalian, apa yang korang semua nampak luaran aku tu sebenarnya bukan perangai sebenar aku. perangai sebenar aku jauh lagi pelik dari apa korang nampak. 

2. Emosi yang confusing

Aku ni memang perasan aku ada masalah nak kawal emosi dan aku sendiri pening dengan emosi diri sendiri. Kalau dengan orang luar aku tak tunjuk sangat, paling aku tunjuk kelemahan aku bab ni adalah dekat suami dan anak-anak. Laki aku la paling kesian (nasib laa. haha). Ada hari aku happy go lucky,ada hari gila-gila, ada hari moody tak bercakap langsung, ada hari rs semua mende aku nak marah. ni semua kadang aku rasa tak ada sebab pun. Part ni aku terima kasih dekat laki aku, bila nampak aku dah macam mood dah swing, dia bagi aku tenangkan diri aku sorang-sorang. bagi aku keluar mana-mana tenangkan fikiran. dia tak pernah nak marah-marah aku bila aku tengah pelik-pelik perangai. 

3. Malas masak

seriously aku malas masak. aku masak sedap je (angkat bakul). sebab kalau aku masak dkt rmh mertua, mertua dan ipaq semua kata sedappp hahaha. tapi dkt rumah aku tak rajin. sebab aku banyak memori buruk berlaku dekat dapur masa kecik dulu.

so aku tak boleh tgk dapur, automatik semua memori masuk balik dlm otak. ya lah aku kan jenis menyimpan emosi dari kanak2 tu, jadi bila simpan dia tak keluaq2, jadilah macam ni time tua hahaha.

so doakanlah aku rajin masak, kadang2 masak tapi simple ja sebab takmau lama2 dkt dapoq. 

4. Pelupa tahap kritikal

Ni aku memang tak dapat bantu. Otak aku mmg putus sikit,dari zaman belajar lagi. aku hilang dan lupa letak barang mcm2. laptop pernah terlupa tp jumpa bali. handphone aku 2 kali dh hilang sepanjang zaman maktab. dah kawin ni ada mcm2 aku lupa jugak. ni memang aku tak tau nak baiki mcm mana. pelupaa sangat

5. Bukan selembut yang kau sangka

"Sukanya tgk awak lemah lembut'. Hm lembut gapo diooo lah. Aku bukan lembut seperti orang lain sangka. Aku ni jenis santai santai jugak tapi aku ada line aku lukis siap-siap yang orang lain tak boleh melebihi line tu. Aku ada prinsip yang aku tak akan biarkan sapa sapa pun langgar prinsip aku. Nak join trend cikgu2 dkt tiktok?join trend joget2? nk up video ? maaf tiada dalam prinsip dan kamus hidup aku. nak buat persilakan, tp mcm biasa aku akan bg alasan "maaf suami saya tak berapa suka dan bagi" hahahahhaa.bijak kan. sebab malas orang nanti paksa paksa kita kahkah.ckp suami tak berapa bagi, siapa pun tak berani soal lebih2. muahaha. padahal aku memang tak suka. takda pekdahh! tapi aku tak sporting? aku sporting kot. tak caya pi tanya murid-murid aku, cikgu joget2 time muzik dalam kelas kan? haa sporting la tu. cuma aku takmau join yg korang akan up media sosial. taknak aku satu dunia tgk aku menggeletisss.(tapi aku ada join 2024 geng perempuan buat video raya.tp ms ni serba salah sbb akak tu smgt ajak dia nk pencen dh. kesian pulak. tp 2025 ni aku dh bg alasan dh. suami tak sukawakakakka)

6. bersambung....

nanti aku sambung. tak sempat la taip, aku nak pi tengok ejen ali the movie 2 pagi ni.  ok bye.

Wednesday, May 28, 2025

Aku dan Semangat Setiakawan

 Assalamu'alaikum 

Banyak betul ye aku nak membebel. Puas dapat membebel sini.

Oh ya aku kononnya nak deactivate FB, tak berjaya

Sebab aku nak tengok perkembangan kawan-kawan aku , life diorang

Aku suka tengok kawan-kawan aku & perkembangan diorang 

Tapiii.. jangan lupa, aku dah berjaya untuk disiplin kan diri aku dari membebel tak habis -habis dekat wall post Facebook aku!itu satu pencapaian yang sangat membanggakan okeh! (tepuk bahu sendiri)

kalau tak, tak sah aku ulas sesuatu topik tu dekat 1000 patah perkataan. aku rasa aku boleh dapat A1 kalau SPM. eh memang aku BM SPM A1 tau. bangga jap

Bagaimana aku dapat mencapai KPI dan kejayaan ini? Semuanya sebab aku dah channelkan bebelan aku dekat Blog ni laaa. lega weh dapat menulis bebel bebel cakap sorang-sorang. Satu terapi untuk aku.

Aku dah pesan siap-siap dekat laki aku, abang jangan baca naa dan jangan tengok blog ni! 

aku nak berada di dunia healing aku sendiri tanpa ada orang yang aku kenali .

__________________________________

Ok berbalik semula pada topik seperti yang tertera di atas, dalam adik beradik aku, rasanya aku ni menduduki tangga kedua yang suka jumpa kawan dan keep in touch dengan kawan-kawan lama.

Tangga pertama aku hadiahkan mahkota Queen of Friendship, jatuh pada kakak aku no 2. Aku rasa macam setiap pelusuk dekat Malaysia ni mesti wujud kawan dia. hahahhahaa. dia memang mesra alam banding aku. Aku ni mesra alam dengan orang yg betul2 aku dah rapat dan selesa berkawan ja dari dulu. 

Dekat tempat kerja aku dengan rakan sekerja lelaki memang letak boundaries siap2, kita friendly ja dengan semua tapi tak over. yang berkaitan kerja sahaja. kita kena profesional, dan paling utama kena fikir dosa pahala syurga neraka dan kesan kalau kita tak jaga bab ni. 

__________________________________

Aku dan Semangat Setiakawan. (dah macam tajuk cerpen untuk Antologi sekolah)

Aku ni sebab kurang kasih sayang agaknya dekat rumah dulu2 hahah. jadi kawan-kawan adalah orang yang paling aku hargai dan ingat.especially yang aku rapat . aku bahagikan lah kategori kawan-kawan aku dalam kamus hidup aku. 

Kawan Sekolah Rendah

Aku ada beberapa BFF dari sekolah rendah. sampai sekarang aku rajin contact. sapa yang mula contact?dengan tak malunya, akulah orang yang sentiasa terhegeh-hegeh mula kan dulu hahahaha. tapi aku tak kesah pun sebab aku sayang depa

Kawan Sekolah Menengah

Aku Form 1-Form 4 sekolah budak2 pandai yg terpilih (Tapi aku biasa ja sebab form4 aku dah ke laut habis akademik).Form 5 aku pindah sekolah lain yg jauh dr sekolah asal. Jadi budak baru

jadi dari dua sekolah ni, aku ada la ramai kawan. tapi sekolah kedua yg Form5 tu aku hanya kenal budak2 hostel dan beberapa bdk kelas lain. sebab aku bdk baru dan tak berapa kenal bdk kelas lain selain kelas aku. dan ya aku still keep in touch dgn kwn2 yang aku rasa mcm selalu ada dlm memori kenangan bersama dulu. sapa mula dulu?cuba tekaa. ya semestinya aku jugak yang tak malu akan tanya dulu kahkahkahkah. dulu pernah jgk terasa kawan mana tak layan sgt dh. tp takpala kita contact kawan yg rajin layan kita ja 

Kawan Internet/Online/Friendster

Aku start ada kawan internet/online ni start Form3 aku rasa. Mula kenal sorang ni dkt Friendster, lepastu kenal kawan dia punya kawan,lepastu kawan dia punya kpd kawan kpd kawan kpd kawan. dah mcm MLM dah aku rasa hahahah. tapi mmg aku kawan dengan diorang online dari form 3-form 5. lepas SPM ada yg aku tak contact sgt dh sebab depa pun mcm takmau contact dh. tapi ada yang contact aku jugak lah. 

owh ya lupa nak habaq kawan online ni campoq, laki ada perempuan ada. yg perempuan tu sorang tu aku still keep in touch sampai sekarang. yang laki? sorang pun dah lost contact. cuma baru ni aku tertengok dkt tiktok sorang kawan laki online ni dkt content pemaju perumahan. aku pun tak sangka aku boleh cam lagi sebab kawan internet ja tak pernah jumpa hahaha. 

mesti korang curious dah aku sembang apa dgn kawan2 laki perempuan online ni? aku sebenaqnya agak stress setiap hari dok rumah. especially Form1-Form4. jadi kawan-kawan online ni la penghibur hati aku .sembang lawak-lawak, sembang kosong. sembang pasal artis2 kesukaan emo punk rock haha.best jgk sebenarnya kawan dgn diorang. ada memori2 indah jugak dengan diorang. macam nak contact semula sebagai kawan tapi macam tak sesuai la pulak sebab masing2 dah kawin ye dak. tapi aku ni kalau kawan laki mmg aku anggap kawan, boundaries had tu aku mmg jaga betul . sebab aku takut malaikat kanan kiri dok perati ja aku setiap masa.

tapi takpalah, dah tahu diorang keje elok2, perangai pun dah berjenis tak macam zaman remaja dulu pun aku dah tumpang gembira dah utk diorang. dan sentiasa doakan yang terbaik buat kawan-kawan online ku walaupun tak pernah pun jumpa. thanks ye korang menghiburkan aku di zaman remaja aku.seriously aku hargai sangat persahabatan online kita. aku syok berkawan dgn lawak2 tak kering gusi korang tu.

Kawan Maktab/IPG

dekat maktab, kitorang akan stick pada satu kelas yang sama selama 5 tahun setengah. so memang macam adik beradik la semua ada gaduh ada baik semula. kelas aku ada laki 3 orang ,perempuan 17-18org lupa dah aku. yg laki tu 2 orang tua setahun aku dah anggap macam abang-abang aku dah. yang sorang lagi tu sama umoq tu pun anggap macam adik beradik dh. 

tapi kawan2 IPG memang special jugak di hati aku. banyak sgt kenangan bersama. rinduuu dengan suasana IPG yang tenang indah damai. "Di tepi pantai yang indah permai, tersergam institut yang megah..." arghh rinduuu tiada penghujung. aku banyak menimba ilmu di sini. ilmu dunia dan ilmu akhirat.

kitorang satu batch pun tak ramai. so memang semua kenal satu sama lain satu batch tu. hihi. 

Kawan sekerja

Yang ni aku dah slowdown sikit buat kawan. sebab aku nk privacy. tak suka hidup geng geng dekat sekolah. so aku kawannn je semua. dengan semua aku masuk je hahaha. senang bila sorang-sorang. bebas aku nk pi makan ka, nak pi sana ka sini ka. takdak yang terasa "laa awat tak ajak makan sama?" " laa tak habaqq pun".  haa kan senang sorang-sorang tak ada geng. aku bahagia ja cara mcm ni sebab aku dapat kawan semua orang. tak ada puak2. 

__________________________________________________________________________

Begitulah sedikit sebanyak kisah aku dan semangat setiakawan

Aku memang hargai kawan-kawan aku. So kalau aku rindu kawan-kawan dan memori indah

Harap tak ada yang meluattt hahaha

ok sekian wassalam

Kurang Selera Makan +tanda orang nak mati+ flashback memori

 Assalamu'alaikum wbt

Akhir-akhir ni kan , aku macam kurang selera la nak makan

Aneh-aneh ya perangai aku akhir-akhir ni

Nak makan rasa malas nak buka mulut, malas nak ngunyah, malas nak telan hahahhahhaa

Aku rasa sebab aku start minum green tea suam balik, jadi selera makan tu dh kurang.

Green tea best oo minum suam-suam. rasa badan ringan segarr jahh

Aku punya hilang selera makan tu sampai turun la berat badan aku. 

dari 60 -61 kg sekarang jadi 57 kg.

____________________________________________________

Beberapa hari lepas lalu pulak dkt IG tanda-tanda orang yang dah nak mati

ada point kurang selera makan. pendiam.etc2.sahih ke tak sumber tu mcm tak sahih

tapi buatkan aku terfikir"weyhh jangan jangan memang aku dah nak mati kot???"

sebab tahun ni aku yg aneh aneh ja, aku tahun ni dalam proses memulihkan diri dan emosi, tiber aku terflashback memori-memori lama. 

weh sedihh sebab bila ingat balik untuk aku nak kenal pasti apa setiap emosi emosi yang aku hadapi masa tu, punya la lama. rupanya aku sendiri keliru dengan emosi aku masa tu.

sebab aku dulu dah biasa dari kecik, tak boleh tunjukkan emosi sebenar sbb takut kena marah.jadi aku dah biasa simpan,pendam, supressing emosi aku ke dalam paling dalam dalm jiwa aku,sampaikan aku pun rupanya selama ni tak kenal pasti apa emosi yang aku hadapi pada waktu waktu tertentu dalam memori lepas.hahhahaah. dah tua2 ni pun kdg ada tantrum mcm bdk kecik tau. 

paling banyak ialah aku flashback moment aku dgn family la especially bapak aku. banyak gilaa aku pendam selama ni yang rupanya meninggalkan luka mendalam yang kian parah dalam emosi aku skrg sbb aku simpan je dengan muka happy walaupun sebenarnya dalam hati ni aku banyak dah luka yang tak berdarah. mostly aku flashback adalah zaman kanak-kanak aku la. memang zaman tu paling banyak meninggalkan luka dalam emosi dan diri aku, huhuhu. 

ada banyak lagi aku nak flashback memori lama untuk detect dan kenal pasti balik sebenarnya emosi apa sebenarnya aku hadapi masa tu. aku nak validate emosi aku, nak cuba lepaskan slow slow untuk aku move on.tp tula ada banyak weh, penat aku nak buat semuaa ni.ambik masa sikit. ni kira nak cuba terapi psikologi nk buat sendiri terapi ka apa ni?kahkhakah. nak pi terapi dekat luar aku takutt.

__________________________________

aku sambung balik topik tanda-tanda nak mati, aku cakap dekat laki aku. kalau aku mati, abang jadi orang kaya baru tau.hahahahah.sebab aku ambik hibah kalau aku mati,laki aku dapat RM 300k . 

lepastu aku pesan dekat laki aku, nanti kawin je la lain aku tak kisah pun sebab aku dah mati, busy nk menjawab soalan malaikat tak dan aku nak jeles kahkahkahkah. asalkan perempuan tu sayang anak-anakku macam mana aku sayang sgt dekat depa. tu ja permintaan ku.

oklah tiber aku macam dapat satu idea la, aku nak buat satu post pasal permintaan-permintaan aku kalau satu hari aku pergi dulu menghadap ilahi

laaahh dah tiberr kenapa macam konfem sangat kurang selera makan dan jadi pendiam tu sebab menepati tanda-tanda orang nak mati tu? hahaha

ok bye wslm


I Love My Cute student

 Assalamu'alaikum wbt

Aku akhir-akhir ni rasa penat ya amat dan asyik mengeluh je selepas balik dari kerja

Tahun ni aku ajar Tahun 1 full. Ya FULL TIME

Tiada Tahun 3 mahupun Tahun 2.

Dia punya penat tu ya Allah aku kadang rasa nak buat-buat pengsan terus dalam kelas

Tahun 1 energy diorang lain macam, sekelas purata 47 orang. suara tu memang aku kena volume paling semaksima mungkin. Dengan tak reti beradab dengan cikgunya, ramai okay tak ada adab

Beza sangat zaman kita dulu, Tahun 1 la paling takut dengan cikgu huhuu.

Tapi bila setiap kali balik murid-murid ni berebut nak salam tangan cium tangan cikgu dengan wajah ceria dan ikhlas, terus rasa hilang penat tu. huhu. sayu weh tengok muka setiap murid ni. setiap murid ada kisah hidup berbeza. ada yang mungkin lebih kurang dengan aku masa kecil dulu mungkin?yang dekat rumah asyik kena marah walaupun tak buat salah . masa kecilku,setiap hari rasa takut nak bangun tidur fikirkan apa pulak la nak kena hadap harini huhu.

Aku rasa aku tak akan tinggalkan kerjaya aku dkt SK. sebab aku rasa jiwa aku memang dgn budak2. bila dgn budak2 kadang terhibur, kadang geram tp mostly aku suka dengan kanak-kanak.memang jiwa ni rasa ngam, mungkin sebab perangai aku pun macam kanak-kanak juga,hahahhaa

__________________________________________

Baru ni aku pi pejabat, akak pejabat tanya aku tiba-tiba "apa Impian awak?", sebab masa tu dia suruj aku sign surat cuti yang aku apply untuk pergi temuduga April lepas. soalan dia terlalu pendek tetapi buatkan aku terfikir panjang.

Ya aku faham kenapa dia soal macam tu. Mungkin dia ingat aku nak sambung belajar ni sebab aku ada target nak jadi pensyarah IPG, atau masuk ke PPD, JPN atau KPM. Tapi aku sebenarnya tak ada plan nak masuk mana-mana IPG atau jadi pegawai dkt pejabat. Yang aku tau, aku teringin sangat nak sambung belajar sebab aku nakkkk sangat belajar psikologi untuk aku memahami diri sendiri dan murid aku.

___________________________________________

Kesimpulan di sini, aku buat masa ni tak ada perancangan nak keluar dari environment sekolah

tapi mungkin umur 45 thn ke atas aku dah tua nanti, kot la aku dah penat nak handle budak2

nanti kita tgk lg 10 tahun lg apa keputusan aku. 

kot tiber kena rasuk kerajinan lain macam nak smbung PHD pulak ke kan?muahauhaauaua

okla tu je nk sembang membebel sorang-sorang melepaskan gian nak menulis panjang panjang

wslm

Tuesday, May 27, 2025

Skincare basic ku

 Assalamu'alaikum wbt

Harini aku nak cerita pasal skincare rutin aku

Skincare basic ada 3 ja sebenarnya. Iaitu

1. Cleanser

2. Mosturizer

3. Sunscreen

Tiga ni paling malas sekali la korang kena pakai.

Lepas tu kalau hang maiii mood rajin tu, boleh la tambah-tambah step skincare. antaranya ialah

1. toner (mcm2 jenis jgk, ada utk hydrate, ada utk exfoliate)

2. serum (merawat kulit, ada mcm2 jenis cr yg sesuai dgn masalah korang hadapi)

3. sheet mask (merawat kulit jgk)

4. mask(ni merawat jgk, exfoliate pun ada)

5. exfoliate (ni untuk buang sel kulit mati ampa bg muka licinn)

etc etc etc. err banyak sebenarnya tapi aku tak rajin pun pakai banyak-banyak

Jadi ikutlah kerajinan korang. Macam aku ni memang ikut mood

Time rajin memang kulit aku glowing berseri

Time malas kulit aku nampak suram ja hahaha

Tapi yang penting kena pakai untuk lembapkan kulit muka dan jaga dia

Kulit kita ni amanah Allah swt jugak utk kita, so jaga la elok2

Aku setakat ni pakai produk pun sederhana, tak mahal tak murah.


Aku pakai campoq2 seperti berikut, kulit aku jenis combination (dry+normal)

Setiap hari

1. Cleanser = ikut mood Axis Y Quinoa Cleanser dan Skin 1004 Ampoule Foam




2. Toner = ikut mood Axis Y dan Skin 1004. pakai selepas cleanser , utk bagi kulit ready menerima mosturizer dan sebagainya







3, Mosturizer = .ikut mood jugak Hada Labo Gel Mosturizer dan Beauty of Joseon Red Bean Gel Mosturizer. pakai selepas toner





4. Sunscreen = brand malaysia Hygr Sunscreen . pakai selepas mosturizer



5. Lipbalm tinted = Hygr Lipbalm Tinted



6. Cleansing oil = Hada Labo Cleansing Oil ( pakai time balik kerja before cuci muka sahaja.pakai ni lpstu percik air bagi dia emulsify, gosok2 keluaqkan whitehead/blackhead lpstu basuh muka. lepastu baru hang pakai cleanser. cara ni nama dia Double Cleansing step)

7. Micellar water = Silky Girl Micellar water penutup pink kecik plg murah tu. tak da fragrance (aku pakai time contohnya nak solat , bersihkan muka pakai micellar water boh dkt cotton pad)

_____________________________________________________________________________

okeh ni ja rutin aku tiap hari untuk jaga kulit. lepastu yang aku dalam seminggu tu pakai sekali seminggu atau berkala adalah seperti berikut

Serum : Skinfood Carrotene Serum. 

aku suka pakai ni best, before tidoq. rasa kulit aku kalau ada jerawat dia kecut dan lembapkan kulit



Toner pad: Medicube Zero Pore Pad

ni aku pakai seminggu 1-2 kali ja time malam before tidoq



______________________________________________________________

ok setakat ni, yg ni ja yang aku rajin buat. dulu aku rajin jugak ada macam-macam lagi last2 tak guna pun sebab banyak sangat skincare hahahhaa.

so jangan la tamak nak try macam-macam lepastu tak terguna

so sekarang aku minimakan produk yg logik boleh guna tiap hari

aku memang bukan jenis make up, bukan tak pernah cuba, pernahh

tapi leceh ya amat meluat aku. lepastu tgk muka aku macam tepung gomak je warna tak ori

takmau la aku, nyusahkan diri

so aku just lepas skincare, sunscreen then lipbalm tinted . settle


amacam,? banyak tak step? renyah kan nak jaga skincare tiap minggu?hahahah. tapi nak kulit terjaga memang kena berkorban sikit setiap hari. bukan untuk orang lain. tapi utk kepuasan diri sendiri . sebab kita sayang diri kita sendiri walaupun orang lain tak sayang (tiberrh haha). 

satu lagi produk aku, mostly Japan,Korean & Malaysian skincare

aku tak prefer yg Western punya. sebab mostly tak sesuai dgn kulit aku


so, Asia untuk Asia, Dasar Pandang ke Timur ( so sejarah peopleeee)

ok wslm

Saturday, May 24, 2025

Deactivate Facebook fasa 2

 Assalamu'alaikum wbt

Alhamdulillah aku dah berjaya deactivate FB selama 11 hari

mula 5 Mei sampai 16 Mei

Dah kenapa aku activate balik FB masa 16 Mei?

sebab aku nak wish hari guru dekat cikgu cikgu aku


tapi 17 Mei aku deactivate semula FB aku sampai la ke harini

dah kenapa?

memang aku saja nak disiplinkan diri untuk deactivate FB sebab aku nak detox dr FB

macam aku cakap haritu, aku berpotensi untuk taip panjang panjang dan membebel dkt FB hahahaha

mesti orang akan meluatt kan

so baiklah aku membawa diri aku ke Blogspot di mana manusia pun

dah makin lama melupakan Blogspot

so aku rasa lebih selamat sini nak sembang sorang-sorang dengan diri aku


ok tata titi tutu

wslm

Thursday, May 22, 2025

Pengkid itu Muridku

 Assalamu'alaikum wbt

Aku nak cerita pasal kisah ex murid ku.

Murid aku ni aku kenai zaman aku praktikum di sebuah sekolah .

Aku cikgu praktikal kan. muda lagi, aku memang rapat dengan semua murid aku.

Antaranya Minah (err..bukan nama sebenar). Minah ni kadang aku lebihhh la sikit bagi perhatian sebab dia anak yatim. Pak dia dah meninggal dan dia dok rumah anak yatim. Mak dia ada lagi tapi taktau la mungkin org susah agaknya.

Minah ni agak manja dgn aku. Dia berdua dgn kwn baik dia nama Ana (bukan nama sebenar jugak)

Minah dgn Ana ni suka la ngikut aku pi sana sini mcm anak ayam hahaha. Si Minah ni rajin berutus surat bagi dkt aku. Aku pun layan la sebab dia ni anak yatim kesian tgk dia.

Minah ni kasaq jugak la, jenis kasaq mcm laki , berani ,tinggi.

So dah habis praktikum aku pun dah macam lost contact dgn dia.

Tapi lepastu keep in touch dkt FB. aku pun jarang contact dia, dok tengok perkembangan dia dkt FB ja.

yg last aku tahu beberapa tahun lepas dia kerja sebagai polis bantuan. penampilan dia?

sebijik macam laki. kira tomboy la kot . tapi tak lama tu ada awek perempuan pulak. aduhhh sedih tgk. aku nak tegoq serba salah sebab dah tak rapat macam dulu. 

sampai lah satu waktu ni entahla aku rasa teringin sangat nak jumpa Minah tu, aku rasa nak bantu dia at least dia tahu ada cikgu yang masih ambik berat tentang dia. nak dipendekkan cerita satu hari sorang lagi anak murid aku nama Ana (BFF si Minah ni)

dia mesej aku awal tahun ni. dia bagi gambaq dan kata cikgu kenaiii tak saya?dulu saya kecik macam keychain hahahaha. aku dok tengok gambaq dia sekarang. weyh aku tak kenaiii laaa sapa diaaa niiiiiiiiii

lama2 baru aku teringat si Ana ni la yg ke hulur ke hilir dengan Minah masa dkt sekolah dulu. dia memang kecik dan aku meluat sikit sebab perangai dia dulu agak annoying hahaha. 

satu hari Ana ni turun KL(odw balik Johor belajaq sana). Ana ajak Minah jumpa aku dekat Aeon Shah Alam. Aku pulak kebetulan masa tu memang nak pi library Shah Alam nak siapkan sinopsis proposal master (baru nak apply, tak dapat lagi pun haha) . So aku pun cakap la, haa jomla jumpa cikgu belanja!

So kami pun berjumpa laa. 1st time jumpa Minah & Ana, aku peluk depa . Rindduu la budak2 ni dah besaq dulu kecik2 mcm anak ayam ikut aku pi mana2 dkt sekolah hahahha.

Minah dah rupa macam pengkid+tomboy, tapi kemas penampilan dia walaupun gitu. tapi aku takmau cakap pengkid sangat sebab pengkid selalu selekeh macam mat rempit, tapi Minah ni kemas aku tengok haha. so aku prefer cakap dia lebih kepada tomboy. tapi ada awek perempuan 😓😓 sedih la aku part ni. tapi takpe aku ada plan nak cuba sikit2 slow2 menyelami hati Minah utk nasihat dia one day.

Ana ni pulak tinggi lampai sekarang dengan braces nya. mmg lain sungguh la dari zmn sekolah yg kecik pendek mcm keychain katanya kahkahkah.

Aku ajak depa makan dekat Super Saigon . dan aku belanja depa makan. sambil makan tu sambil sembang sembang. banyak rupanya aku terlepas cerita pasal dua orang budak ni

Minah ni dulu rupanya dpt tawaran masuk ke SMK sukan tapi mak tak bagi pi. dia punya la sedih memberontak tak mau pi sekolah. 2-3 bulan dia tak sekolah. entah la aku sedih sangat dengar kisah si Minah ni. dah la pak meninggal masa kecik. dok rumah anak yatim. dia rupanya da 4 orang mak dan dia anak drp mak ke 4. aku rasa dia ni kurang perhatian dan kasih syg sebab tu dia cari sesuatu untuk ubati hati dia. sekarang dia keje polis bantuan dekat mall. waktu free dia pi racing motor besaq dia tu, aku tengok moto dia tu, fuh cantik gilo.helmet dia pun smart weh. haritu dia racing accident sampai terkoyak2 kulit

kesiannya hidup Minah, aku tak boleh la teringat dia masa sekolah dulu dengan wajah polos naif.😢😢😢uwaaaaaaaaaaaaaaaaa. 

Ana ni aku rasa family dia jenis berduit . Memang orang kampung tapi org kampung yg humble, duit berkepuk2 dlm bank. sebab dia dah ada kereta sendiri Myvi walaupun tak habis belajar lagi. dengar dia cerita pun dia beli kasut beratus2 apa semua tu, aku boleh tahu dah lifestyle dia mcm mana. beli barang branded2. dia ni jenis konfiden, dan berani aku tgk. bagus2. aku suka tgk murid aku ada konfiden dgn apa yg diorang buat dalam hidup. yang pastinya konfiden yang baik baik la

begitulah kisah murid kesayanganku Minah dan Ana.

aku masih keep in touch dgn diorang. kadang2 aku tanya khabar diorang.especially Minah

aku risau dekat Minah ni. haritu aku pernah sekali sembang curhat. cuba menyelami hati si Minah ni.

aku tahu hati dia tengah memberontak dengan masalah hidup dia, dan dia try escape tapi jalan dia pilih tu agak menyimpang dr agama. ya la, bercinta dgn perempuan tu kira menyimpang la kan

aku taktau , mungkin ada sesuatu berlaku pada masa lampau yg membuatkan dia mcmtu. aku tak berani nak korek2 lebih melainkan Minah ni cerita dkt aku satu hari nanti

apa yang aku harapkan, suatu hari Minah dapat menemui sesuatu yang dapat mendorong dia berubah ke arah kebaikan. aku nk bantu  pun, bantu ikut kemampuan aku . sembang2 hati ke hati dan nasihat sikit psl agama tanpa cuba judge dia. 

dah macam guru bimbingan kaunseling dah aku ni ekk hahahaha

tapi tula,aku sayang semua murid aku walaupun mungkin ada yg tersasar dari jalan yang lurus, 

aku hanya mendoakan yang terbaik buat murid-muridku supaya membesar menjadi lelaki yang berguna pada agama bangsa dan negara dan keluarga, dan yang perempuan menjadi wanita yang kuat jati diri dan berjasa pada agama bangsa negara dan keluarga juga.

aduh pedih sayu sedih pulak aku bila cakap pasal kisah murid

_____________________________________________________________

KESIMPULANNYA

Wahai ibu bapa, anak-anak tu amanah kita tau. 

Sangat berat. ya. sangat sangat berat AMANAH yang Allah kurniakan untuk kita

kita kena bekerja keras untuk cari ilmu berkaitan agama, perkembangan kanak-kanak,psikologi etc2 ilmu yang kita perlu tahu untuk membesarkan anak-anak dengan kasih sayang perhatian dan tunjuk ajar dan didikan yang betul.

jangan rosakkan anak kita dengan sikap endah tak endah kita

kawal gajet jangan bagi anak seawal usia 1 tahun hadap gajet

effect otak depa weh. ni darjah 1 pun dah ada HP sendiri. Allahu aku tak tauuu la nak kata apa.tlg jangan rosakkan anak2 kita


Kita lah yang mencorak mereka. 

Mereka ibarat kain putih semasa lahir.

Sunday, May 18, 2025

Bila Rasaku Ini Rasamu - Kerispatih

Bila Rasaku Ini Rasamu

 Aku Memang Terlanjur Mencintaimu

Dan Tak Pernah Ku Sesali ItuSeluruh Jiwa Telah Ku SerahkanMenggenggam Janji Setiaku

Kumohon Jangan Jadikan Semua IniAlasan Kau MenyakitikuMeskipun Cintamu Tak Hanya UntukkuTapi Cobalah Sejenak Mengerti

Reff:

Bila Rasaku Ini RasamuSanggupkah Engkau Menahan SakitnyaTerkhianati Cinta Yang Kau Jaga

Coba Bayangkan KembaliBetapa Hancurnya Hati Ini KasihSemua Telah Terjadi

_______________________________________________________________________________

ok dah settle 3 buah lagu Kerispatih faveret aku 
lagu-lagu dia kalau dengaq aku sgt menghayati
boleh mengaliaq ayaq mata bila menghayati sungguh.. ok ni over sangat plak. nyampahh.
memang ni playlist karaoke Spotify , karaoke dalam reta 

tapi tak silap aku vokalis dia Sammy Sarongkir sangkir apa tah aku maleh nak google
dia dah tak jadi lead vocalist dah. tapi sejak dia bukan lead, dah takdak special dah la Kerispatih ni
dulu bagi aku special sebab suara si Sammy ni aku suka bebenoo.
Suara dia bila nyanyi macam menghayati sungguh lagu ni. 
tu extra mark aku kasi dekat si Sammy ni, intonansi, pic, emosi, tempo, lontaran suara perghhh semua terbaik la. 

oh ya aku sebenaqnya cikgu muzik jugak dekat sekolah haha. tapi cikgu muzik tahun 1 je la. tahu la sikit term2 muzik ni hahah. aku bab nyanyi lagu kanak2 ja boleh dkt kelas dan joget2 untuk murid tahun 1 macam teletubbies.

sekian sahaja sharing lagu Faveret aku drp band Indonesian Kerispatih
best kan lagu depa?kan kan?



Tapi Bukan Aku - Kerispatih

Tapi Bukan Aku - Kerispatih

Jangan lagi kau sesali keputusanku

Ku tak ingin kau semakin 'kan terluka
Tak ingin kupaksakan cinta ini
Meski tiada sanggup untuk kauterima
Aku memang manusia paling berdosa
Khianati rasa demi keinginan semu
Lebih baik jangan mencintai aku dan semua hatiku
Kar'na takkan pernah 'kan kautemui cinta sejati
Berakhirlah sudah semua kisah ini dan jangan kau tangisi lagi
Sekali pun aku takkan pernah mencoba kembali padamu
Sejuta kata maaf terasa kan percuma
Sebab rasaku telah mati untuk menyadarinya
Tapi bukan aku, uh-oh-uh
Semoga saja 'kan kau dapati
Hati yang tulus mencintaimu
Tapi bukan aku
Berakhirlah sudah semua kisah ini dan jangan kau tangisi lagi
Sekali pun aku takkan pernah mencoba kembali padamu
Sejuta kata maaf terasa kan percuma
Sebab rasaku telah mati untuk menyadarinya
Berakhirlah sudah semua kisah ini dan jangan kau tangisi lagi (kau tangisi lagi)
Sekali pun aku takkan pernah mencoba kembali padamu (kembali padamu)
Sejuta kata maaf terasa kan percuma
Sebab rasaku telah mati untuk menyadarinya
Sebab rasaku telah mati untuk menyadarinya


_________________________________________________________________________

lagu ni femes tahun 2008 rasanya ke 2009 ek?
lagu fav aku jugakk. Kerispatih memang tak pernah mengecewakan telingaku
 
lebih kpd aku suka lagu ni dgn susunan muzik, lirik dan  penghayatan penyanyi menyampaikan lagu ni dengan penuh emosi dan rasa. hati aku tersentuh dengan penceritaan lagu ni. 

nampak tak betapa seni nya otak aku ni? hahaha
otak aku memang lebih kpd sastera, seni, warisan budaya, sejarah ,geografi


Mengenangmu - Kerispatih

Mengenangmu- Kerispatih
Takkan pernah habis air matakuBila ku ingat tentang dirimuMungkin hanya kau yang tahuMengapa sampai saat ini ku masih sendiri

Adakah disana kau rindu padakuMeski kita kini ada di dunia berbedaBila masih mungkin waktu berputarKan kutunggu dirimu …

Reff:Biarlah ku simpan sampai nanti aku kan ada di sanaTenanglah diriku dalam kedamaianIngatlah cintaku kau tak terlihat lagiNamun cintamu abadi …



__________________________________________________________________
Kerispatih band dari Indonesia yang memang kegemaran aku dari 2007 lagi.Aku Form5.Aku suka betul suara lead vocalist dia, sebab dia nyanyi dengan penuh penghayatan, dan aku dapat rasakan emosi lagu ni melalui suara dia. fuhh memang best betul lagu2 Kerispatih.
ni antara lagu faveret aku. Mengenangmu-Kerispatih. ni zaman aku budak2 remaja baru nak up wakakkazaman kuat berangan kahkahkah. zaman ni aku takdak pun bercinta tapi dok berkawan online tu  kawan2 gitu ja kawan sembang2 dkt SMS buat lawak2 bodo takdak reja. 
Tapi lagu ni sampai sekarang aku suka, sekarang memang wajib playlist karaoke Spotify aku dalam reta odw p sekolah dan balik sekolah. 

Selamat Hari Guru 2025

Assalamu'alaikum wbt



Selamat Hari Guru kepada semua para guru di Malaysia especially guru-guruku, kawan-kawan IPG ku dan kawan-kawan sekerja di sekolah tempat ku berkhidmat.

2025 adalah tahun ke-11 aku menjadi seorang guru. sekejap sahaja kan masa berlalu? 

Daripada suara aku slow tak kuat kepada suara jadi sekuat kuat la singa. ni kena praktis, hang kena keluaqkan suara dari perut hang.hahaha. aku dah pandai menjerit dari hujung bangunan ke hujung bangunan sana.kahkah.

Daripada selalu kena buli kepada guru yang berani menyatakan pendirian sendiri. Ya aku sekarang bukan aku yang dulu. Aku sekarang berani dan rsnya tak ada siapa berani ambik kesempatan atas kebaikan ku sekarang. Aku nampak ja lemah lembut ayu tapi aku tegas okeh. melawak ramah ya jugak tapi time aku tegas, nasib la hang. dengan cikgu laki pun aku berani haha

Okla sempena tahun ke 11 ada guru ni, banyak sangat aku belajar. Aku share sikit apa aku belajar dari pemerhatian dan beberapa pengalaman aku. 

1. Zaman digital, kita pun kena siapkan diri dengan ilmu baru

Zaman sekarang ni zaman digital. Kita tak boleh harap kita dpt bengkel digital etc2 dr PPD. semua tu ada tapi setiap sekolah sorang ja depa panggil. lepastu kalau sekolah tu rajin, depa akan buat latihan pada guru-guru. Macam sekolah aku, makmal komputer yg ada LCD projektor tu kami semua dok pakat berebut nak masuk. murid beribu2 tapi makmal ada dua ja. bilik SAL satu lagi ada projektor. tapi hang kena berebut la. sehari sekali je. then jangan la muka hang ja asyik book bilik tu, kena bg peluang orang lain sama.

Macam aku, last-last aku beli sendiri LCD Projektor. Tak payah dah berebut. Puass hati aku hahahaha. Aku bayar ansuran bulan2. RM350 x 12 bulan. perittt tapi aku sanggup demi anak didik aku belajar dengan lebih menarik. aku jugak dalam proses updgrade diri dengan ilmu aku cedok cedok cari ilmu tentang Canva dan chatgpt. ada webinar berbayar, ada free. semua tu memang kena usaha cari sendiri.

Kira gaji aku dapat tu tiap bulan, invest la utk murid2 aku jugak. bukti guru ibarat lilin . memang jadi guru ni hang kena bakaq duit sendiri demi murid

2. Nak ikut tema ke idokk

Aku ni jenis pemalas nak habiskan duit semata-mata nak ikut tema contohnya Hari Guru hang kena cari baju tema silang budaya, tema negeri kelahiran etc2. Aku akan sesuaikan tema dengan baju apa yang aku ada, kalau warna senang. ni tema yang kena beli hat baru, semata-mata nak ikut tema. Lepastu sekali tu ja pakai, tak pakai terus lepas tu. rugi kann?rugi dakk?sangatlah rugi duit aku membaziaq!

Bukan tak sporting, tapi aku bab2 tema ni aku tak letak sebagai keperluan utama aku habiskan duit. Aku bukan berkira, tapi aku sanggup habiskan duit kalau ia memanfaatkan murid-murid aku. Biaq la duit aku habis dekat murid2 banding diri aku sendiri. tu ha aku cita tadi aku sanggup bayaq ansuran LCD semata2 utk murid aku naaa. ni bukan bangga tapi sebagai guru aku rasa, duit tu aku takmau perabih semata-mata nak ikut tema dan puaskan hati semua orang. sebab lepastu aku konfem dah tak pakaii .membaziaqq sungguh !!

3. Parents bukan untuk dimanja tapi untuk sama-sama berganding bahu demi anak didik

Aku tau ada parents ngade-ngade. Tapi aku senang ja, parents yang baik aku layan baik friendly. Selagi dia hormat aku aku pun hormat. Aku memang friendly dgn parents sebab aku pun ada anak. Kita pun nak cikgu2 anak kita layan anak kita helok ye dak. Parents minta tolong apa-apa aku layankan aje dan cuba tunaikan mana yang aku mampu. Kalau tak boleh aku habaq maaf tak boleh. Murid lupa bawa duit ka, apa ka, aku layan ja. Sebab apa? Bukan manjakan parents. Tapi aku harap dengan memudahkan urusan parents dan murid aku, nanti suatu hari Allah memudahkan jugak urusan aku. Ni bukan nak tunjuk baik okeh,hahha. tapi ni ja cara kita boleh cari pahala, nak bgn tahajud ka,berdakwah ka,pi masjid selalu ka , jaaauuhhhhhhh sekali. ni tggu aku pencen baru boleh fokus betul2 aku rasa. Aku sayang parents2 murid aku depa baik baikk. hat tak baik pun ada tapi takpa aku dah siap bergaduh dah hahha.

4. Kawan ja dengan semua, dan belajaq sesuaikan diri

Aku zaman sekolah dan zaman maktab/IPG dulu aku ada geng. tapi hujung2 belajaq tu kadang aku lone ranger. entah la aku selesa sorang-sorang sambil banyak berfikir. Lepastu  sejak reja ni , sejak tahun 2014 aku reja, aku tak ada geng yang betul geng pi sana sini sama-sama. Aku kawan ja dengan semua orang. Senang , tak terikat dengan sapa-sapa hahah.

Setakat ni aku sangat selesa mcm ni. Tak payah pikiaq gosip2, etc2. Aku ok ja boleh blend ini dgn semua. Tadak masa nak bergeng2 dkt tempat reja ni dah tua2. Tapi kawan2 baik aku still keep in touch still org sama aku baik dr zmn sekolah dan IPG. tu xboleh ubah dah. depa kawan terbaikk pernah aku ada .

5. Set you boundaries !

Bila alam kerja alam dewasa ni. Dah masing-masing dah kawin. Tapi jangan terkejut ye ada orang dah kawin pun gataiii nak mampuihh. Aku pun tak faham sampai sekarang. Aku bini orang dia pun laki orang, melebih2 mcm nak rapat kawan dgn kita. Tapi ni bukan kawan sekerja aku dkt sekolah, ni kawan sama2 jaga UPSR. aku tak layan pun tapi entah tak faham bahasa kot. aku ignore je wasap dia masuk archive. aku habaq dekat laki aku jugak, 

Bukan tak boleh berkawan dgn rakan sekerja lelaki, aku setakat 2 sekolah ni dgn kawan2 sekerja lelaki ok ja aku friendly ja. Tapi kita set boundaries la takkan tu pun hangpa tak reti. Alhamdulillah kawan2 sekerja aku lelaki 2 buah sekolah dah aku ni, semua macam faham batas pergaulan lelaki dan perempuan. Tolong ye adik-adik yang tak posting lagi guru, ingat ni, Hang kena set batasan dalam pergaulan jgn over gedik2 terlebih mesra dgn lelaki.

Aku warning sebab ada beberapa kes sekolah lain yang cikgu laki orang bercinta dgn anak dara dkt sekolah. kalau laki orang bini orang aku pernah dgr tp aku taktau kesahihannya. Yang 1st tu aku mmg konfem sbb aku tau. 

6. Kalau burn out rasa sangat stress yang melibatkan mental, tolong berehat 

Jadi guru bukan mudah. Dan setiap guru otak depa tak sama ketahanan nak hadap stress. Jadi korang sendiri je boleh kenal pasti diri korang punya kemampuan. Macam aku ada satu tahun aku rasa sangat burn out sebab murid aku sangat la nakal lelaki semua, dan aku rasa setelah 5 tahun aku dkt situ aku dah sampai tahap yang aku tak boleh nk go dah. hahaha. aku rasa mcm nk berhenti kerja teruihhh

Tapi aku kan bijak hahaha. aku ambik cuti tanpa gaji kebetulan time tu aku pregnant anak kedua. So aku cuti tanpa gaji sambung lps aku habis cuti bersalin. Tenanggg betull dah tak sekolah yehuu. tapi tak tenang mana sebab tak dapat pegang duit sendiri kahkahakah. tapi oklah ada hikmahnya. daripada aku gila atau sakit mental sbb stress, baikla aku tarik handbrake jap.

pastu sekarang aku dah ngajar sekolah lain, selepas 5 tahun dkt sekolah ni pun aku rasa mcm nak tukaq angin. tu yang aku apply nak sambung belajaqq dan kebetulan memang impian dari dulu nak sambung belajaq full time. doakan la aku nohhhhhhhhhhhhhhhhh.ameen ameen. tapi akau takmau konpiden sangat, kang tak dapat maluuu.wkaakkakak. takpa kalau tak dapat, aku apply lagi hujung tahun ni. aku kan tengah hadapi midlife crisis ni, dia punya semangat takmau mengalah tu lain macam. nak capai target juga tak kira la gagal beberapa kali pun, aku nak cuba jugak tak kira. this is my era utk diri aku sendiri .


Apa lagi ek aku nak taip, ada banyak lagi tapi cukuplah aku rasa. 

Selamat Hari Guru semuaaa

cikgu sayangg semuaaa anak murid cikgu hat nakai ka hat nerd ka semua la sayangg

love u allllsssssss . thanks sentiasa doakan cikgu .