Sunday, May 18, 2025

Midlife Crisis. Positif atau Negatif

 Assalamu'alaikum wbt

Baru ni aku ada terbaca satu post dkt Thread tentang Midlife Crisis. Tapi midlife crisis dia positive. Aku baru sedar bahawa aku memang mengalami midlife crisis ni sekarang. Dia mula hujung tahun lepas yang aku rasa teringinnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn sangat nak cuba perkara yang baru yang aku memang teringin dr dulu. Tapi secara positif la.

Apa dia tu Midlife Crisis?

A midlife crisis for a woman is a period of transition and reflection, often occurring between 40 and 60, where individuals may question their identity, purpose, and life choicesIt can involve feelings of dissatisfaction, anxiety, and a desire for significant change, along with potential emotional and physical symptoms. 



Ni  pun aku tanya AI taksure betul ke tak. Tapi rasanya macam betul dah. Kalau midlife crisis yg negatif, contoh la ekk. Lelaki yg makin tua makin gataii kemaruk nak cari cinta dengan orang muda atau wanita lain. haha.ni hat negatif la. ala bukan laki ja,perempuan pun ada umoq2 hujung 30-an tiber berubahhh. 

Jadi kita sendiri la yang dorongkan midlife crisis kita ke arah positif ye dakk??

Seriously aku start hujung tahun lepas aku macam mengidam sangat. Teringinnnn nak try macam-macam, 
Dari aktiviti yang logik sampai la tak logik

Yang Logik : belajar gamelan, belajar ukiran kayu, swimming kelas, piano class, kelas wiring,  etc2.

Yang kurenng logik sebab hang dh tuaa: belajar main skateboard, main basikal BMX mcm dlm TV Asian 
X Games zaman kecik dlu hahahhaa, belajar buat kapal hahahha. gila sungguh dah tua2 ni

Alhamdulillah setakat ni aku dah buat 3 perkara aku mengidam sangat nak cuba

1. Bengkel Asas Gamelan 3 Jam 

Bengkel ni aku pi dekat studio Gangsapura ,KL. RM150 utk 3 jam tapi aku sangatlahh puas hati Cikgu laki muda
yang ajaq tu sangat santai, rileks dan aku tak rs stress bila salah ketuk haha. Next time aku nak pi lagi,
best sesangat.nampak simple tapi susah jugak rupanya kena banyak pakai otak kanan dan kiri.

Sapa nk belajaq basic pi la weh, recommended sangatttt

2. Bengkel Seni Ukiran Kayu ( 9pg-5 ptg)

Ni mahai weh RM250 sebab yang mengajaq tu memang di hebat sifuu dalam kemahiran ukiran kayu di 
Malaysia ni. sebab teringin punya pasal aku pejam mata ja bayaq. Totally worth it bagi aku
Sebab bila kita try buat sendiri ukir kayu ni, kita baru tahu betapa susahnya nk ukir kayuSebab tu seni ukiran kayu ni mahallllll harganya bila jualHampa jgn minta diskaun naa time beli ukiran kayu.

3. Apply HLP utk sambung master dalam bidang Psikologi Pendidikan

Yang ni sangat panjang kisahnya. Aku dh dekat 3 tahun ada niat nak sambung master tapi aku nak full time
Tak nak part time weekend sebab aku tak boleh la fokus bila part time
Lepastu aku pun takdak duit nak sambung belajar guna duit sendiri.Jadi niat dah ada Cuma aku tak pernah lagi try apply HLP(biasiswa sambung belajar utk penjawat awam)

2022 kak aku sorang sambung master dekat luaq negara. 2024 akak aku sorang lg sambung dkt johoraku time tu niat tu makin kuat meronta-ronta nk sambung master sebab teringin nak timba ilmu

Kak aku cakap 

try ja la, dapat tak dapat tu belakang kira. kalau dpt alhamdulillah kalau tak dapat pun tak rugi.

Taklama lepas tu sebulan, aku kenai dua orang insan ni dekat seminar time aku makan tgh hari, diorang rupanya HLP2023. depa ni la bg aku semangat dan tlg share group wasap dan bahan utkaku tambahkan info dan persediaan apply HLP. 

aku rs nk nangis kalu igt balik sebab

betul lah apa yg dok dengaq dkt tazkirah, bila niat kita niat yg baik,Allah akan permudahkan.

sekarang aku tengah menanti result lulus ke tak Julai akan dtg.doakanlah aku nohhhhh

ya aku tak sangka aku yg selama ni zaman sekolah punya la pemalas tahap dewa, dkt IPG pun pemalaih

asyik tdoq dlm kelas dan assignment last minit

tiber bertukar pd manusia yg sungguh bersemangat usaha siang malam cari tajuk kajian utk proposal 
siapkan proposal siang malam, tanya orang sana sini pendapat, ehh kenapa dah tua baru mai rajinnnnn

kalau aku fikir balik usaha-usaha aku tu, aku tak sangka aku boleh begitu semangatt lain macem haha


begitulah antara midlife crisis yang sedang aku alamni sekarang

doakan aku la ye !




No comments: