Sunday, May 18, 2025

Selamat Hari Guru 2025

Assalamu'alaikum wbt



Selamat Hari Guru kepada semua para guru di Malaysia especially guru-guruku, kawan-kawan IPG ku dan kawan-kawan sekerja di sekolah tempat ku berkhidmat.

2025 adalah tahun ke-11 aku menjadi seorang guru. sekejap sahaja kan masa berlalu? 

Daripada suara aku slow tak kuat kepada suara jadi sekuat kuat la singa. ni kena praktis, hang kena keluaqkan suara dari perut hang.hahaha. aku dah pandai menjerit dari hujung bangunan ke hujung bangunan sana.kahkah.

Daripada selalu kena buli kepada guru yang berani menyatakan pendirian sendiri. Ya aku sekarang bukan aku yang dulu. Aku sekarang berani dan rsnya tak ada siapa berani ambik kesempatan atas kebaikan ku sekarang. Aku nampak ja lemah lembut ayu tapi aku tegas okeh. melawak ramah ya jugak tapi time aku tegas, nasib la hang. dengan cikgu laki pun aku berani haha

Okla sempena tahun ke 11 ada guru ni, banyak sangat aku belajar. Aku share sikit apa aku belajar dari pemerhatian dan beberapa pengalaman aku. 

1. Zaman digital, kita pun kena siapkan diri dengan ilmu baru

Zaman sekarang ni zaman digital. Kita tak boleh harap kita dpt bengkel digital etc2 dr PPD. semua tu ada tapi setiap sekolah sorang ja depa panggil. lepastu kalau sekolah tu rajin, depa akan buat latihan pada guru-guru. Macam sekolah aku, makmal komputer yg ada LCD projektor tu kami semua dok pakat berebut nak masuk. murid beribu2 tapi makmal ada dua ja. bilik SAL satu lagi ada projektor. tapi hang kena berebut la. sehari sekali je. then jangan la muka hang ja asyik book bilik tu, kena bg peluang orang lain sama.

Macam aku, last-last aku beli sendiri LCD Projektor. Tak payah dah berebut. Puass hati aku hahahaha. Aku bayar ansuran bulan2. RM350 x 12 bulan. perittt tapi aku sanggup demi anak didik aku belajar dengan lebih menarik. aku jugak dalam proses updgrade diri dengan ilmu aku cedok cedok cari ilmu tentang Canva dan chatgpt. ada webinar berbayar, ada free. semua tu memang kena usaha cari sendiri.

Kira gaji aku dapat tu tiap bulan, invest la utk murid2 aku jugak. bukti guru ibarat lilin . memang jadi guru ni hang kena bakaq duit sendiri demi murid

2. Nak ikut tema ke idokk

Aku ni jenis pemalas nak habiskan duit semata-mata nak ikut tema contohnya Hari Guru hang kena cari baju tema silang budaya, tema negeri kelahiran etc2. Aku akan sesuaikan tema dengan baju apa yang aku ada, kalau warna senang. ni tema yang kena beli hat baru, semata-mata nak ikut tema. Lepastu sekali tu ja pakai, tak pakai terus lepas tu. rugi kann?rugi dakk?sangatlah rugi duit aku membaziaq!

Bukan tak sporting, tapi aku bab2 tema ni aku tak letak sebagai keperluan utama aku habiskan duit. Aku bukan berkira, tapi aku sanggup habiskan duit kalau ia memanfaatkan murid-murid aku. Biaq la duit aku habis dekat murid2 banding diri aku sendiri. tu ha aku cita tadi aku sanggup bayaq ansuran LCD semata2 utk murid aku naaa. ni bukan bangga tapi sebagai guru aku rasa, duit tu aku takmau perabih semata-mata nak ikut tema dan puaskan hati semua orang. sebab lepastu aku konfem dah tak pakaii .membaziaqq sungguh !!

3. Parents bukan untuk dimanja tapi untuk sama-sama berganding bahu demi anak didik

Aku tau ada parents ngade-ngade. Tapi aku senang ja, parents yang baik aku layan baik friendly. Selagi dia hormat aku aku pun hormat. Aku memang friendly dgn parents sebab aku pun ada anak. Kita pun nak cikgu2 anak kita layan anak kita helok ye dak. Parents minta tolong apa-apa aku layankan aje dan cuba tunaikan mana yang aku mampu. Kalau tak boleh aku habaq maaf tak boleh. Murid lupa bawa duit ka, apa ka, aku layan ja. Sebab apa? Bukan manjakan parents. Tapi aku harap dengan memudahkan urusan parents dan murid aku, nanti suatu hari Allah memudahkan jugak urusan aku. Ni bukan nak tunjuk baik okeh,hahha. tapi ni ja cara kita boleh cari pahala, nak bgn tahajud ka,berdakwah ka,pi masjid selalu ka , jaaauuhhhhhhh sekali. ni tggu aku pencen baru boleh fokus betul2 aku rasa. Aku sayang parents2 murid aku depa baik baikk. hat tak baik pun ada tapi takpa aku dah siap bergaduh dah hahha.

4. Kawan ja dengan semua, dan belajaq sesuaikan diri

Aku zaman sekolah dan zaman maktab/IPG dulu aku ada geng. tapi hujung2 belajaq tu kadang aku lone ranger. entah la aku selesa sorang-sorang sambil banyak berfikir. Lepastu  sejak reja ni , sejak tahun 2014 aku reja, aku tak ada geng yang betul geng pi sana sini sama-sama. Aku kawan ja dengan semua orang. Senang , tak terikat dengan sapa-sapa hahah.

Setakat ni aku sangat selesa mcm ni. Tak payah pikiaq gosip2, etc2. Aku ok ja boleh blend ini dgn semua. Tadak masa nak bergeng2 dkt tempat reja ni dah tua2. Tapi kawan2 baik aku still keep in touch still org sama aku baik dr zmn sekolah dan IPG. tu xboleh ubah dah. depa kawan terbaikk pernah aku ada .

5. Set you boundaries !

Bila alam kerja alam dewasa ni. Dah masing-masing dah kawin. Tapi jangan terkejut ye ada orang dah kawin pun gataiii nak mampuihh. Aku pun tak faham sampai sekarang. Aku bini orang dia pun laki orang, melebih2 mcm nak rapat kawan dgn kita. Tapi ni bukan kawan sekerja aku dkt sekolah, ni kawan sama2 jaga UPSR. aku tak layan pun tapi entah tak faham bahasa kot. aku ignore je wasap dia masuk archive. aku habaq dekat laki aku jugak, 

Bukan tak boleh berkawan dgn rakan sekerja lelaki, aku setakat 2 sekolah ni dgn kawan2 sekerja lelaki ok ja aku friendly ja. Tapi kita set boundaries la takkan tu pun hangpa tak reti. Alhamdulillah kawan2 sekerja aku lelaki 2 buah sekolah dah aku ni, semua macam faham batas pergaulan lelaki dan perempuan. Tolong ye adik-adik yang tak posting lagi guru, ingat ni, Hang kena set batasan dalam pergaulan jgn over gedik2 terlebih mesra dgn lelaki.

Aku warning sebab ada beberapa kes sekolah lain yang cikgu laki orang bercinta dgn anak dara dkt sekolah. kalau laki orang bini orang aku pernah dgr tp aku taktau kesahihannya. Yang 1st tu aku mmg konfem sbb aku tau. 

6. Kalau burn out rasa sangat stress yang melibatkan mental, tolong berehat 

Jadi guru bukan mudah. Dan setiap guru otak depa tak sama ketahanan nak hadap stress. Jadi korang sendiri je boleh kenal pasti diri korang punya kemampuan. Macam aku ada satu tahun aku rasa sangat burn out sebab murid aku sangat la nakal lelaki semua, dan aku rasa setelah 5 tahun aku dkt situ aku dah sampai tahap yang aku tak boleh nk go dah. hahaha. aku rasa mcm nk berhenti kerja teruihhh

Tapi aku kan bijak hahaha. aku ambik cuti tanpa gaji kebetulan time tu aku pregnant anak kedua. So aku cuti tanpa gaji sambung lps aku habis cuti bersalin. Tenanggg betull dah tak sekolah yehuu. tapi tak tenang mana sebab tak dapat pegang duit sendiri kahkahakah. tapi oklah ada hikmahnya. daripada aku gila atau sakit mental sbb stress, baikla aku tarik handbrake jap.

pastu sekarang aku dah ngajar sekolah lain, selepas 5 tahun dkt sekolah ni pun aku rasa mcm nak tukaq angin. tu yang aku apply nak sambung belajaqq dan kebetulan memang impian dari dulu nak sambung belajaq full time. doakan la aku nohhhhhhhhhhhhhhhhh.ameen ameen. tapi akau takmau konpiden sangat, kang tak dapat maluuu.wkaakkakak. takpa kalau tak dapat, aku apply lagi hujung tahun ni. aku kan tengah hadapi midlife crisis ni, dia punya semangat takmau mengalah tu lain macam. nak capai target juga tak kira la gagal beberapa kali pun, aku nak cuba jugak tak kira. this is my era utk diri aku sendiri .


Apa lagi ek aku nak taip, ada banyak lagi tapi cukuplah aku rasa. 

Selamat Hari Guru semuaaa

cikgu sayangg semuaaa anak murid cikgu hat nakai ka hat nerd ka semua la sayangg

love u allllsssssss . thanks sentiasa doakan cikgu .

No comments: