Aku sekarang ni suka share pasal Palestin. Aku kan jenis semangat pahlawan lain macam sikit. Memang since Okt 2023 aku tak pernah stop post share pasal Palestin
Tapiii. Pada masa yang sama, aku suka share apa-apa isu lepastu aku (tanpa sedar yaa. yaa tanpa sedarr)
Aku akan taip post yang punya la berjela jela macam tulis karangan 1000 patah perkataan. Aku kadang tak sedar yang aku jadi oversharing overwhelming macam tu.
sampai la raya baru ni ada kenalan aku lama tak jumpa (tp friend FB aku), aku jumpa dia salam-salam. lepastu dia kata. lama la tak jumpa awak.jumpa dalam FB je. rajin baca post awak ,kdg2 post marah marah.
Aku kan sengeh je, tapi apa dia cakap tu sampai sekarang aku fikir semula utk muhasabah diri.
Aku bukan marah. Tapi aku memang suka share luahan dan pendapat aku, sebab bila semua tu aku rasa legaaa. Tapi memangla post aku pasal isu semasa,isu sejarah, aku komen la sekali. Kalau pasal Palestin mesti la aku marah.marah dkt Israel la weyhh.
Tapi apa dia cakap tu buatkan aku terus buat satu keputusan drastik. Dan mungkin buat aku sedar jugak yang aku terlalu banyak taip panjang-panjang post wall FB aku.
So why not aku try detox FB, deactivate FB, menulis semula dekat blog aku ni. Kan kan?
Dah alang-alang aku memang suka membebel dalam internet ni.
Aku tak kisah pun ada pembaca ka takdak ka dekat blog ni, sebab tujuan aku tulis ni untuk macam buat jurnal harian hidup aku ja. Bukan nak semua tengok dan dapat like.
Haa tu la start idea aku nak aktif blogspot semula. Walaupun blog dah tak femes macam dulu, tapi aku still suka blog dan sayang blog aku ni. banyak kenangan dekat blog ni. Cuma kali ni aku delete-delete dah la personal details aku, aku taknak orang kenal aku, tapi kalau yg mmg dari berbelas tahun dah memang kenal aku tu, tak pa la aku biaq ja hampa kenal aku.
So yeah. welcome back untuk diri aku untuk teruskan membebel di blog
No comments:
Post a Comment