Assalamu'alaikum wbt
Apa beza yang aku rasa dengan diri aku umur 35 tahun dengan umur aku 17 tahun?
35 tahun = Tua
17 tahun = Muda
Okay la tu paling ketara la kan.
Tapii. anak murid aku selalu cakap
"Ingatkan cikgu baru 20 tahun"
"Ala ingatkan cikgu tak kahwin lagi" kahkahkah. kembang la sikit hidung
Mungkin sebab aku cikgu sekolah rendah, memang kekal perangai budak-budak, dan aku jaga skincare rutin aku utk kulit maintain sihat. Haa korang nak nampak muda, please jangan tinggal basic skincare, cleanser, toner,mosturizer,sunscreen. aku tambah lagi beberapa serum. nanti free2 aku buat sharing pasal skincare rutin aku okeh. dan aku tak pakai makeup, sebab renyah dan leceh lagi2 nak solat.
Berbalik pada soalan aku awal tadi, apa beza paling ketara yang aku rasa perangai aku banding
umur 17 tahun dan 35 tahun?
orang yang kenal aku dari zaman sekolah dan IPG,mesti kenal kan aku macam mana. Antara perangai aku yang aku sedarrrr:
masa 17 tahun-23 tahun
1. People pleaser- sebab bapak aku garang ya amat jadi aku automatik jadi people pleaser. takut nk cakap 'NO'
2. Tak konfiden - ye aku tiada konfiden dan sangat pemalu
3. Empathy - empati aku sgt tinggi, bukan acah-acah tapi mgkin aku dah biasa tersakiti emosi dari zaman kanak-kanak, so aku sangat aware dgn emosi orang lain
4. Krisis Identiti - aku fasa cari diri aku. aku asalnya gila-gila, masuk umoq 20 tahun join usrohh pulak, tiber aku jadi alim skema cakap pun mende baik-baik je (korang baca la post aku dkt blog ni zmn 2010-2013. gayanya sungguhlah skema) 😂😂 aku nk berubah tapi macam tak balance. masih cari diri sendiri yang gila-gila tu. tapi jadi skema sangat pulekk. so aku fasa gila-gila tiber jadi skema . masih krisis identiti sebab aku nak balik diri asal aku tapi pada masa sama nak berubah ke arah baik. haa gituu betapa rumitnya diri aku waktu tu
24 tahun-30 tahun
aku start posting kerja 2014 di kala umur aku 24 tahun. ni fasa kenal dunia kerja yang sebenar. aku stress sebab posting dkt bandar dan sekolah bdk laki semua. lpstu umoq 25 tahun aku kawin. bila kawin , baru nak kenal dunia rumah tangga, ada anak pulak. hm aku pun lupa macam mana aku masa zaman ni. tapi aku rasa macam sama ja people pleaser, takde konfiden
30-34 tahun
Dalam tempoh ni aku mula slowly bina keyakinan diri, develop utk betul-betul stand for myself. ni jugak start aku dah mula jarakkan diri dari contact ayah aku (ada krisis keluarga Dan this is for my own mental health).
aku tak sangka slowly aku berubah menjadi seorang lebih konfiden, lebih berani perjuangkan hak sendiri, aku lebih jd strong character sejak aku jarakkan diri dari ayah aku. maaf aku bukan anak derhaka, tapi aku terpaksa sebab mental aku dah tak boleh terima dah layanan mcm tu Dr ayah aku. maaf kan aku ayah.ku berdoa agar ayah dilembutkan hati drp ego dan segala yg tak baik.
seriously aku slowly mula balik cari diri aku dan passion aku yang aku memang teringin dari dulu aku nak buat. aku ada beberapa Impian yang aku simpan rapi dalam diri aku. aku dari dulu niat nk belajar Psikologi. tapi lepas SPM masuk UIA PJ tak Dapat bidang aku nak tu. so 2008 tu la terkubur habis Impian aku nak belajar Psikologi.
So umur aku genap 34 tahun (2024) pada 6 Oktober . aku terus tekad, tak kira macam mana aku kena kejar Impian aku nak smbung belajar bidang Psikologi!!
oh my aku tak tau Apa jadi dekat aku tiba-tiba ada kekuatan Dan semangat luar biasa nak capai Apa aku impikan. jadi hujung tahun Dis 2024 aku mula ready untuk mohon HLP, biasiswa untuk penjawat awam smbung belajar. aku pun pernah otak berminggu cari Tajuk kajian sesuai Dan mula menulis sinopsis proposal aku.
35 tahun
Tahun 2025 aku dah 35 tahun. aku rasa tahun ni tahun kemuncak aku betul-betul rasa macam aku dah temui diri aku dan passion aku. Aku tekad apply untuk smbung belajaq.
Alhamdulillah bulan Ramadan aku Dapat panggilan temuduga Dr Bahagian Tajaan. syukur diberi peluang. aku pun pergilah temuduga tu April lepas, inshaAllah bulan Julai nanti akan keluar keputusan sama ada aku lulus atau tidak temuduga tempoh hari.
Aku tak letakkan harapan tinggi, aku 50-50
Kalau Dapat sambung belajar, Alhamdulillah syukurr
Kalau tak Dapat sambung belajar pun, Alhamdulillah syukur aku diberi peluang sehingga di panggil ke temuduga
So itulah kisah aku punya perangai dari lepas SPM sampai 35 tahun.
35 tahun baru rasa agak matang sikit Dan rajin,
mesti aku golongan late bloomers kan? kann? kahkah
Tapi perangai kanak-kanak ribena aku masih ada sebab aku setiap Hari hadap budak darjah 1. ajar PJ ,Muzik pulak tu.
memang keje aku setiap Hari nyanyi-nyanyi dengan budak-budak Tahun 1, lompat sana lompat sini lari sana sini sampai aku pengsan bila balik rumah
Penaattt weihhh tapi aku tetap seronok jumpa murid aku yg comel2 ni.
Penat tapi aku enjoy tengok muka budak2 happy
Okeh itu sajalah perkongsian aku harini
Tidak terlambat utk kita capai Impian kita.
Yang penting kena ada semangat, usaha, doa tawakal
Redahhhhh jaaaaa
No comments:
Post a Comment