Wednesday, May 28, 2025

I Love My Cute student

 Assalamu'alaikum wbt

Aku akhir-akhir ni rasa penat ya amat dan asyik mengeluh je selepas balik dari kerja

Tahun ni aku ajar Tahun 1 full. Ya FULL TIME

Tiada Tahun 3 mahupun Tahun 2.

Dia punya penat tu ya Allah aku kadang rasa nak buat-buat pengsan terus dalam kelas

Tahun 1 energy diorang lain macam, sekelas purata 47 orang. suara tu memang aku kena volume paling semaksima mungkin. Dengan tak reti beradab dengan cikgunya, ramai okay tak ada adab

Beza sangat zaman kita dulu, Tahun 1 la paling takut dengan cikgu huhuu.

Tapi bila setiap kali balik murid-murid ni berebut nak salam tangan cium tangan cikgu dengan wajah ceria dan ikhlas, terus rasa hilang penat tu. huhu. sayu weh tengok muka setiap murid ni. setiap murid ada kisah hidup berbeza. ada yang mungkin lebih kurang dengan aku masa kecil dulu mungkin?yang dekat rumah asyik kena marah walaupun tak buat salah . masa kecilku,setiap hari rasa takut nak bangun tidur fikirkan apa pulak la nak kena hadap harini huhu.

Aku rasa aku tak akan tinggalkan kerjaya aku dkt SK. sebab aku rasa jiwa aku memang dgn budak2. bila dgn budak2 kadang terhibur, kadang geram tp mostly aku suka dengan kanak-kanak.memang jiwa ni rasa ngam, mungkin sebab perangai aku pun macam kanak-kanak juga,hahahhaa

__________________________________________

Baru ni aku pi pejabat, akak pejabat tanya aku tiba-tiba "apa Impian awak?", sebab masa tu dia suruj aku sign surat cuti yang aku apply untuk pergi temuduga April lepas. soalan dia terlalu pendek tetapi buatkan aku terfikir panjang.

Ya aku faham kenapa dia soal macam tu. Mungkin dia ingat aku nak sambung belajar ni sebab aku ada target nak jadi pensyarah IPG, atau masuk ke PPD, JPN atau KPM. Tapi aku sebenarnya tak ada plan nak masuk mana-mana IPG atau jadi pegawai dkt pejabat. Yang aku tau, aku teringin sangat nak sambung belajar sebab aku nakkkk sangat belajar psikologi untuk aku memahami diri sendiri dan murid aku.

___________________________________________

Kesimpulan di sini, aku buat masa ni tak ada perancangan nak keluar dari environment sekolah

tapi mungkin umur 45 thn ke atas aku dah tua nanti, kot la aku dah penat nak handle budak2

nanti kita tgk lg 10 tahun lg apa keputusan aku. 

kot tiber kena rasuk kerajinan lain macam nak smbung PHD pulak ke kan?muahauhaauaua

okla tu je nk sembang membebel sorang-sorang melepaskan gian nak menulis panjang panjang

wslm

No comments: