Thursday, May 22, 2025

Pengkid itu Muridku

 Assalamu'alaikum wbt

Aku nak cerita pasal kisah ex murid ku.

Murid aku ni aku kenai zaman aku praktikum di sebuah sekolah .

Aku cikgu praktikal kan. muda lagi, aku memang rapat dengan semua murid aku.

Antaranya Minah (err..bukan nama sebenar). Minah ni kadang aku lebihhh la sikit bagi perhatian sebab dia anak yatim. Pak dia dah meninggal dan dia dok rumah anak yatim. Mak dia ada lagi tapi taktau la mungkin org susah agaknya.

Minah ni agak manja dgn aku. Dia berdua dgn kwn baik dia nama Ana (bukan nama sebenar jugak)

Minah dgn Ana ni suka la ngikut aku pi sana sini mcm anak ayam hahaha. Si Minah ni rajin berutus surat bagi dkt aku. Aku pun layan la sebab dia ni anak yatim kesian tgk dia.

Minah ni kasaq jugak la, jenis kasaq mcm laki , berani ,tinggi.

So dah habis praktikum aku pun dah macam lost contact dgn dia.

Tapi lepastu keep in touch dkt FB. aku pun jarang contact dia, dok tengok perkembangan dia dkt FB ja.

yg last aku tahu beberapa tahun lepas dia kerja sebagai polis bantuan. penampilan dia?

sebijik macam laki. kira tomboy la kot . tapi tak lama tu ada awek perempuan pulak. aduhhh sedih tgk. aku nak tegoq serba salah sebab dah tak rapat macam dulu. 

sampai lah satu waktu ni entahla aku rasa teringin sangat nak jumpa Minah tu, aku rasa nak bantu dia at least dia tahu ada cikgu yang masih ambik berat tentang dia. nak dipendekkan cerita satu hari sorang lagi anak murid aku nama Ana (BFF si Minah ni)

dia mesej aku awal tahun ni. dia bagi gambaq dan kata cikgu kenaiii tak saya?dulu saya kecik macam keychain hahahaha. aku dok tengok gambaq dia sekarang. weyh aku tak kenaiii laaa sapa diaaa niiiiiiiiii

lama2 baru aku teringat si Ana ni la yg ke hulur ke hilir dengan Minah masa dkt sekolah dulu. dia memang kecik dan aku meluat sikit sebab perangai dia dulu agak annoying hahaha. 

satu hari Ana ni turun KL(odw balik Johor belajaq sana). Ana ajak Minah jumpa aku dekat Aeon Shah Alam. Aku pulak kebetulan masa tu memang nak pi library Shah Alam nak siapkan sinopsis proposal master (baru nak apply, tak dapat lagi pun haha) . So aku pun cakap la, haa jomla jumpa cikgu belanja!

So kami pun berjumpa laa. 1st time jumpa Minah & Ana, aku peluk depa . Rindduu la budak2 ni dah besaq dulu kecik2 mcm anak ayam ikut aku pi mana2 dkt sekolah hahahha.

Minah dah rupa macam pengkid+tomboy, tapi kemas penampilan dia walaupun gitu. tapi aku takmau cakap pengkid sangat sebab pengkid selalu selekeh macam mat rempit, tapi Minah ni kemas aku tengok haha. so aku prefer cakap dia lebih kepada tomboy. tapi ada awek perempuan 😓😓 sedih la aku part ni. tapi takpe aku ada plan nak cuba sikit2 slow2 menyelami hati Minah utk nasihat dia one day.

Ana ni pulak tinggi lampai sekarang dengan braces nya. mmg lain sungguh la dari zmn sekolah yg kecik pendek mcm keychain katanya kahkahkah.

Aku ajak depa makan dekat Super Saigon . dan aku belanja depa makan. sambil makan tu sambil sembang sembang. banyak rupanya aku terlepas cerita pasal dua orang budak ni

Minah ni dulu rupanya dpt tawaran masuk ke SMK sukan tapi mak tak bagi pi. dia punya la sedih memberontak tak mau pi sekolah. 2-3 bulan dia tak sekolah. entah la aku sedih sangat dengar kisah si Minah ni. dah la pak meninggal masa kecik. dok rumah anak yatim. dia rupanya da 4 orang mak dan dia anak drp mak ke 4. aku rasa dia ni kurang perhatian dan kasih syg sebab tu dia cari sesuatu untuk ubati hati dia. sekarang dia keje polis bantuan dekat mall. waktu free dia pi racing motor besaq dia tu, aku tengok moto dia tu, fuh cantik gilo.helmet dia pun smart weh. haritu dia racing accident sampai terkoyak2 kulit

kesiannya hidup Minah, aku tak boleh la teringat dia masa sekolah dulu dengan wajah polos naif.😢😢😢uwaaaaaaaaaaaaaaaaa. 

Ana ni aku rasa family dia jenis berduit . Memang orang kampung tapi org kampung yg humble, duit berkepuk2 dlm bank. sebab dia dah ada kereta sendiri Myvi walaupun tak habis belajar lagi. dengar dia cerita pun dia beli kasut beratus2 apa semua tu, aku boleh tahu dah lifestyle dia mcm mana. beli barang branded2. dia ni jenis konfiden, dan berani aku tgk. bagus2. aku suka tgk murid aku ada konfiden dgn apa yg diorang buat dalam hidup. yang pastinya konfiden yang baik baik la

begitulah kisah murid kesayanganku Minah dan Ana.

aku masih keep in touch dgn diorang. kadang2 aku tanya khabar diorang.especially Minah

aku risau dekat Minah ni. haritu aku pernah sekali sembang curhat. cuba menyelami hati si Minah ni.

aku tahu hati dia tengah memberontak dengan masalah hidup dia, dan dia try escape tapi jalan dia pilih tu agak menyimpang dr agama. ya la, bercinta dgn perempuan tu kira menyimpang la kan

aku taktau , mungkin ada sesuatu berlaku pada masa lampau yg membuatkan dia mcmtu. aku tak berani nak korek2 lebih melainkan Minah ni cerita dkt aku satu hari nanti

apa yang aku harapkan, suatu hari Minah dapat menemui sesuatu yang dapat mendorong dia berubah ke arah kebaikan. aku nk bantu  pun, bantu ikut kemampuan aku . sembang2 hati ke hati dan nasihat sikit psl agama tanpa cuba judge dia. 

dah macam guru bimbingan kaunseling dah aku ni ekk hahahaha

tapi tula,aku sayang semua murid aku walaupun mungkin ada yg tersasar dari jalan yang lurus, 

aku hanya mendoakan yang terbaik buat murid-muridku supaya membesar menjadi lelaki yang berguna pada agama bangsa dan negara dan keluarga, dan yang perempuan menjadi wanita yang kuat jati diri dan berjasa pada agama bangsa negara dan keluarga juga.

aduh pedih sayu sedih pulak aku bila cakap pasal kisah murid

_____________________________________________________________

KESIMPULANNYA

Wahai ibu bapa, anak-anak tu amanah kita tau. 

Sangat berat. ya. sangat sangat berat AMANAH yang Allah kurniakan untuk kita

kita kena bekerja keras untuk cari ilmu berkaitan agama, perkembangan kanak-kanak,psikologi etc2 ilmu yang kita perlu tahu untuk membesarkan anak-anak dengan kasih sayang perhatian dan tunjuk ajar dan didikan yang betul.

jangan rosakkan anak kita dengan sikap endah tak endah kita

kawal gajet jangan bagi anak seawal usia 1 tahun hadap gajet

effect otak depa weh. ni darjah 1 pun dah ada HP sendiri. Allahu aku tak tauuu la nak kata apa.tlg jangan rosakkan anak2 kita


Kita lah yang mencorak mereka. 

Mereka ibarat kain putih semasa lahir.

No comments: