Assalamu'alaikum wbt
Korang tau tak apa dia koir?Koir ni ala yang nyanyi ramai-ramai tu. ala jap la aku google kan utk korang, kot ada yang tak berapa jelass lagi. cikgu kan, mesti la nak anak-anak murid faham konsep tajuk utama dulu haha.
Koir = satu penghimpunan penyanyi vokal mahupun muzik membentuk suatu ensembel yang menyanyi dengan suara yang seiring dan harmoni; pemaduan sebegini lazim terdiri daripada beberapa bahagian nyanyian (bahasa Inggeris: part, Jerman: Stimme) yang diketuai oleh seorang konduktor yang mengarahkan kelompok-kelompok ini menyanyi ikut cara, nada atau masa tertentu lalu segerak atau serentak.
Perjalanan aku join Koir ni bermula aku Form 4. Miss Mimi chinese music teacher (bukan nama sebenar), adalah guru muzik di sekolah ku. Sekolah nak wujudkan satu pasukan koir, jadi sapa berminat , kena la pi ujibakat. aku pun pergi la saja test sebab aku tak aktif pun apa-apa dekat sekolah. tengok2 aku antara yg terpilih. Asalnya aku bukan pandai nyanyi pun, no idea mcm mana nk nyanyi. saja try cuba nasib haha.
Banyak aku belajar la daripada join team ni, cara pernafasan breathing yang betul time nyanyi, cara control vokal, cara keluarkan suara dari perut , pitching, intonansi,tempo etc2. koir sekolah aku ada 4 je yang basic, lelaki ada 2 suara, perempuan 2 suara
Lelaki
Tenor = The highest male voice, often characterized by its strong, resonant sound.
Bass = The lowest male voice, often characterized by its deep, powerful sound.
Perempuan
Soprano =The highest female voice, often characterized by its agility and ability to reach high notes.
Alto = A lower female voice, often characterized by its rich, warm tone.
____________________________________
aku kategori soprano. jadi part aku suara tinggi tu yang haluihh background lagu tu. takde dah
video zaman koir. kalau ada kan best boleh tgk balikk. team kitorang sampai ke peringkat
negeri dan dpt tempat kedua peringkat negeri. lawan dengan SMJKC okeh, mmg kalah la.
suara depa mmg power gilaaa. depa nyanyi lagu Bohemian Rhapsody. memang layak menang
aku dengar pun meremang bulu roma aku.
satu lagi, korang jgn ingat koir ni sama mcm nyanyi karaoke ye. tak.sama sekali berbeza.
mcm aku, aku suara biasa ja kalau tgh nyanyi healing sorang sorang dalam kereta. tak sedap
so begitulah kisah macam mana aku boleh terjebak dengan dunia koir.
sekian itu sahaja. terima kasih sudi membaca
No comments:
Post a Comment