Monday, February 23, 2026

Down Memory Lane

 Assalamu’alaikum 

Balik kampung baru ni seminggu,

banyak memberi kesan kepada aku.

Aku rasa macam aku, melawat kembali 

Secebis memori-memori tersisa

Daripada barang, tempat dan suasana yang aku kemas..

Satu proses yang sangat beremosi sebenarnya

Aku terjumpa sekeping gambar aku masa Form 2 dengan kawan-kawan dekat KFC, dari segi riak wajah dan pemakaian, aku dapat rasa kekurangan keyakinan diri aku masa tu, pemalu, pendiam, rendah diri, people pleaser

Aku dulu pakai tudung, muka ni macam nak katup

Tudung tu nampak separuh mata&kening ja

Kedepan betul tudung aku. entahla kenapa pakai gitu 

Aku jumpa buku biodata kawan sekolah rendah dan menengah, aku teringat balik zaman tu. ya aku suka berkawan, masa sekolah rendah ramai kawan aku dari kelas belakang sampai depan. 

sekolah menengah aku kawan dengan perempuan ja, laki aku segan kecuali geng lembut. best betul geng lembut jadi kawan. depa lawak hahaha terhiburr

aku jumpa surat kawan baik aku post masa lepas SPM, dia dok Aloq Staq, aku jumpa buku kawan baik aku bagi dan aku siap buat catatan given by Siti pasa tarikh sekian sekian. hm rupanya aku dari dulu sayang betul persahabatan dengan kawan-kawan. 

Bilik aku share dengan adik aku, dulu situ port aku duduk sepanjang masa selepas SPM. aku akan berganjak untuk masak tengah hari dan time mak aku balik kerja-isya’. lepastu aku masuk balik bilik hadap PC. YM chatting apa semua haha. best betul zaman SPM tu. 

Kalau loteng atas pulak, masa dok kemas-kemaa barang tu, aku teringat situ dulı ada kerusi 1 set yg kayu mcm zaman dulu tu. aku selalu lepak situ curi-curi SMS hahaha. atau call ke ek? entah lupa dah. tp situ mmg port fav jgk la. 

satu lagi bilik rahsia ayah aku. situ ada laptop ayah aku dan tmpt dia buat kerja dia dan main forex dlu2 aku rs hahaha. best kecik je ada aircond. situ aku rajin duduk main FS YM masa lepas PMR. dkt situ sejarah aku dapat kawan-kawan internet for the 1st time yang aku sampai rajin SMS. perempuan ada laki pn ada. kawan syok2 ja mengisi masa lapang. melawak bodo2 gitu. ramai kawan aku dapat start masa lepas PMR tu. 

hm lepastu jejalan kawasan pekan pulak. adoii banyak ya tempat aku teringat dengan kawan sekolah dulu. rinduuuunyaa

aku rasa, part of aku macam agak healing jugak balik baru ni. aku macam merasai balik semua kenangan tu, aku teringat, aku ziarah memori tu. ada yang buatkan aku aku sedih, seronok, terhibur, kecewa, dalam setiap memori yang aku throwback semula tu.

hm.. mungkin aku dah betul-betul ready untuk move on kali ni? 

atau mungkin blog ni pun aku akan melabuhkan tirainya bila aku rasa betul betul dah .. bersedia?





No comments: