Dia terus membuka aplikasi wasap di telefon bimbitnya, harap ini kali terakhir dia menghubungi Shafiq. Selepas ini, dia tekad tidak mahu langsung menghubunginya.
Assalamu’alaikum Shafiq. Maaf menganggu kau. Aku ada perkara sikit nak cakap dengan kau.
Aku harap selepas ni, kau jangan post apa-apa yang akan membuatkan aku tertanya-tanya dan risaukan kau. Kau tahu kan apa antara kelemahan aku ? Aku tak perlu sebut sini sebab aku tau kau sendiri tahu jawapannya. Kau tahu apa yang akan triggered emosi aku jadi tak tentu arah. Lepas tu kau tinggal aku. Aku tau terpaksa tinggal tapi moment contact kau balik, bertanya khabar then kau tinggal aku, aku tak suka moment tu berulang lagi.
Jadi aku harap selepas ni kau tak lagi post apa-apa yang akan membuatkan aku jadi macam tu lagi. Post sahaja kebahagiaan hidup kau sekarang, tak perlu gunakan ayat yang akan mempermainkan perasaan aku. Dan aku harap kau dah tak muncul dalam hidup aku selepas ini.
Semoga berjaya dalam hidup kau. Bahagiakan semua orang yang kau sayang selagi kau masih bernafas.
Terima kasih atas segalanya ..dan selamat tinggal Shafiq..
Ros pun terus klik butang send.
Delivered. Bluetick. Block number “Shafiq”.
Ros meneruskan perjalanan hidupnya tanpa menoleh ke belakang lagi. Kerana dia tahu , walau apa sekalipun, dia tetap tidak boleh bersama Shafiq di dunia ini. Biarlah sebagai memori sahaja untuk dikenang. Ros kembali menjalani hidupnya sebagai versi dirinya yang dia kurang suka. Tapi apakan daya,inilah lumrah kehidupan.
Tiada apa yang dapat menidakkan takdirNya.
- TAMAT-
No comments:
Post a Comment