Thursday, August 19, 2010

Aman Palestin


بسم الله الرحمن الرحيم

Salam kawan-kawan semua :D
Apa habaq?sehat dak suma? kalau tak sihat, makan obat ya
(ada gaya cikgu dedikasi dak?)hakhak
DIsini, cikgu maya nak ajak kawan-kawan semua join program aman palestin sabtu ni.
sabtu cuti kan.mesti semua tak pergi mana :) jom kawan-kawan kita pi program ni, tak lama pun kejap ja 3 jam ja korbankan waktu pagi kita. kalau ngantuk sangat pun, pukul 12 tengah hari nanti tido la ekk.

lagipun bila lagi kita nak korbankan masa untuk program-program bagus macam ni, lebih-lebih lagi bulan Ramadhan yang mulia ni, kalau kita gi program ni niat kerana Allah dan nak tambah ilmu, insyaAllah kita semua dapat pahala berganda-ganda :)

soal assignment? tolak ke tepi dulu, pukul 12 tengah hari lepas tu boleh buat lagi, tak lewat kan kan :D lagipun assignment kita tak bergerak mana pun kalau tak diizinkan olehNya. Semua kita lakukan tiap hari, semua dengan kehendak Allah. kalau dia takmau bagi kita semangat buat assignment, haa.tadak semangat la kita.

mungkin InsyaAllah kita korbankan masa kita 3 jam, dengan usaha kita dan tawakal, Allah akan balas dengan idea-idea melimpah ruah dalam otak kita bila buat assignment lepas tu. Kita korban masa utk agama Allah, mesti Allah balas balik, betul tak ? macam kita la orang wat baik kat kita, mesti kita rasa nak balas balikk kan kan ? :D

"Jika kamu menolong agama Allah, maka Allah akan menolongmu" (47:7)

Cikgu tengok ramai kawan-kawan gi tarawih tiap malam. Kawan-kawan dari kelas Rbt1,rbt2,rbt3,rbt4,sains,pemulihan,ks1,ks2. semua ada. :) semoga pengorbanan masa kawan-kawan pergi tarawih akan dibalas pahala berlipat ganda. Allah dah janji bila hampa suma korbankan masa utk agama Allah, dia akan tolong hampa suma.sayang betoi Dia kat kita semua. rajin kawan- kawan cikgu ni .:) tak ramai yang sanggup korbankan masa untuk tarawih ni.

walaupun sekecil zarah usaha kita,Allah tetap memandang usaha kita. Yang penting bukan Hasilnya, tapi Usaha kita. Bisrpun sedikit tetapi berhasil :)
Aha,ke situ plak cikgu ni. ok di bawah ni maklumat program

Tempat: Dewan Al Khindi, IPG Sultan Mizan
Hari: Sabtu
Tarikh: 21 Ogos 2010
Waktu: 8.15- 11.15 pagi
Penceramah: Ustaz dari Aman Palestin

Jom kawan-kawan kita piii!
kepada kawan-kawan berminat nak join, bg nama kat saya deh, sebab demi keselesaan kawan-kawan, kalau ramai penyertaan mungkin buat kat dewan besar. wallahu'alam.

Sekian, wassalam

No comments: