Wednesday, May 28, 2025

Aku dan Semangat Setiakawan

 Assalamu'alaikum 

Banyak betul ye aku nak membebel. Puas dapat membebel sini.

Oh ya aku kononnya nak deactivate FB, tak berjaya

Sebab aku nak tengok perkembangan kawan-kawan aku , life diorang

Aku suka tengok kawan-kawan aku & perkembangan diorang 

Tapiii.. jangan lupa, aku dah berjaya untuk disiplin kan diri aku dari membebel tak habis -habis dekat wall post Facebook aku!itu satu pencapaian yang sangat membanggakan okeh! (tepuk bahu sendiri)

kalau tak, tak sah aku ulas sesuatu topik tu dekat 1000 patah perkataan. aku rasa aku boleh dapat A1 kalau SPM. eh memang aku BM SPM A1 tau. bangga jap

Bagaimana aku dapat mencapai KPI dan kejayaan ini? Semuanya sebab aku dah channelkan bebelan aku dekat Blog ni laaa. lega weh dapat menulis bebel bebel cakap sorang-sorang. Satu terapi untuk aku.

Aku dah pesan siap-siap dekat laki aku, abang jangan baca naa dan jangan tengok blog ni! 

aku nak berada di dunia healing aku sendiri tanpa ada orang yang aku kenali .

__________________________________

Ok berbalik semula pada topik seperti yang tertera di atas, dalam adik beradik aku, rasanya aku ni menduduki tangga kedua yang suka jumpa kawan dan keep in touch dengan kawan-kawan lama.

Tangga pertama aku hadiahkan mahkota Queen of Friendship, jatuh pada kakak aku no 2. Aku rasa macam setiap pelusuk dekat Malaysia ni mesti wujud kawan dia. hahahhahaa. dia memang mesra alam banding aku. Aku ni mesra alam dengan orang yg betul2 aku dah rapat dan selesa berkawan ja dari dulu. 

Dekat tempat kerja aku dengan rakan sekerja lelaki memang letak boundaries siap2, kita friendly ja dengan semua tapi tak over. yang berkaitan kerja sahaja. kita kena profesional, dan paling utama kena fikir dosa pahala syurga neraka dan kesan kalau kita tak jaga bab ni. 

__________________________________

Aku dan Semangat Setiakawan. (dah macam tajuk cerpen untuk Antologi sekolah)

Aku ni sebab kurang kasih sayang agaknya dekat rumah dulu2 hahah. jadi kawan-kawan adalah orang yang paling aku hargai dan ingat.especially yang aku rapat . aku bahagikan lah kategori kawan-kawan aku dalam kamus hidup aku. 

Kawan Sekolah Rendah

Aku ada beberapa BFF dari sekolah rendah. sampai sekarang aku rajin contact. sapa yang mula contact?dengan tak malunya, akulah orang yang sentiasa terhegeh-hegeh mula kan dulu hahahaha. tapi aku tak kesah pun sebab aku sayang depa

Kawan Sekolah Menengah

Aku Form 1-Form 4 sekolah budak2 pandai yg terpilih (Tapi aku biasa ja sebab form4 aku dah ke laut habis akademik).Form 5 aku pindah sekolah lain yg jauh dr sekolah asal. Jadi budak baru

jadi dari dua sekolah ni, aku ada la ramai kawan. tapi sekolah kedua yg Form5 tu aku hanya kenal budak2 hostel dan beberapa bdk kelas lain. sebab aku bdk baru dan tak berapa kenal bdk kelas lain selain kelas aku. dan ya aku still keep in touch dgn kwn2 yang aku rasa mcm selalu ada dlm memori kenangan bersama dulu. sapa mula dulu?cuba tekaa. ya semestinya aku jugak yang tak malu akan tanya dulu kahkahkahkah. dulu pernah jgk terasa kawan mana tak layan sgt dh. tp takpala kita contact kawan yg rajin layan kita ja 

Kawan Internet/Online/Friendster

Aku start ada kawan internet/online ni start Form3 aku rasa. Mula kenal sorang ni dkt Friendster, lepastu kenal kawan dia punya kawan,lepastu kawan dia punya kpd kawan kpd kawan kpd kawan. dah mcm MLM dah aku rasa hahahah. tapi mmg aku kawan dengan diorang online dari form 3-form 5. lepas SPM ada yg aku tak contact sgt dh sebab depa pun mcm takmau contact dh. tapi ada yang contact aku jugak lah. 

owh ya lupa nak habaq kawan online ni campoq, laki ada perempuan ada. yg perempuan tu sorang tu aku still keep in touch sampai sekarang. yang laki? sorang pun dah lost contact. cuma baru ni aku tertengok dkt tiktok sorang kawan laki online ni dkt content pemaju perumahan. aku pun tak sangka aku boleh cam lagi sebab kawan internet ja tak pernah jumpa hahaha. 

mesti korang curious dah aku sembang apa dgn kawan2 laki perempuan online ni? aku sebenaqnya agak stress setiap hari dok rumah. especially Form1-Form4. jadi kawan-kawan online ni la penghibur hati aku .sembang lawak-lawak, sembang kosong. sembang pasal artis2 kesukaan emo punk rock haha.best jgk sebenarnya kawan dgn diorang. ada memori2 indah jugak dengan diorang. macam nak contact semula sebagai kawan tapi macam tak sesuai la pulak sebab masing2 dah kawin ye dak. tapi aku ni kalau kawan laki mmg aku anggap kawan, boundaries had tu aku mmg jaga betul . sebab aku takut malaikat kanan kiri dok perati ja aku setiap masa.

tapi takpalah, dah tahu diorang keje elok2, perangai pun dah berjenis tak macam zaman remaja dulu pun aku dah tumpang gembira dah utk diorang. dan sentiasa doakan yang terbaik buat kawan-kawan online ku walaupun tak pernah pun jumpa. thanks ye korang menghiburkan aku di zaman remaja aku.seriously aku hargai sangat persahabatan online kita. aku syok berkawan dgn lawak2 tak kering gusi korang tu.

Kawan Maktab/IPG

dekat maktab, kitorang akan stick pada satu kelas yang sama selama 5 tahun setengah. so memang macam adik beradik la semua ada gaduh ada baik semula. kelas aku ada laki 3 orang ,perempuan 17-18org lupa dah aku. yg laki tu 2 orang tua setahun aku dah anggap macam abang-abang aku dah. yang sorang lagi tu sama umoq tu pun anggap macam adik beradik dh. 

tapi kawan2 IPG memang special jugak di hati aku. banyak sgt kenangan bersama. rinduuu dengan suasana IPG yang tenang indah damai. "Di tepi pantai yang indah permai, tersergam institut yang megah..." arghh rinduuu tiada penghujung. aku banyak menimba ilmu di sini. ilmu dunia dan ilmu akhirat.

kitorang satu batch pun tak ramai. so memang semua kenal satu sama lain satu batch tu. hihi. 

Kawan sekerja

Yang ni aku dah slowdown sikit buat kawan. sebab aku nk privacy. tak suka hidup geng geng dekat sekolah. so aku kawannn je semua. dengan semua aku masuk je hahaha. senang bila sorang-sorang. bebas aku nk pi makan ka, nak pi sana ka sini ka. takdak yang terasa "laa awat tak ajak makan sama?" " laa tak habaqq pun".  haa kan senang sorang-sorang tak ada geng. aku bahagia ja cara mcm ni sebab aku dapat kawan semua orang. tak ada puak2. 

__________________________________________________________________________

Begitulah sedikit sebanyak kisah aku dan semangat setiakawan

Aku memang hargai kawan-kawan aku. So kalau aku rindu kawan-kawan dan memori indah

Harap tak ada yang meluattt hahaha

ok sekian wassalam

1 comment:

Anonymous said...

tak ramai yang menghargai kawan kawan pada zaman sekarang. tahniah anak muda (yang dah tua sikit)