Tuesday, February 24, 2026

Ramadhan Kali Ini

 Assalamu'alaikum

Salam Ramadhan buat semua pembaca blog ku

Ada dari Amerika eropah afrika pun ada. so internasional u olls

Kot dapat hidayah dari blog ni mana tau kan


Untuk Ramadhan 2026 ni, harapan aku supaya bulan ni dapat menjadi tempat aku belajar

Mendidik diri, bermuhasabah, mendekatkan diri padaNya dan berubah ke arah lebih baik.

Ameen.

Syaitan dah kena ikat dah ni, aku rasala kan, selama ni memang syaitan mainkan peranan penting

Dalam menghasut aku. Sebab start Ramadhan ni aku rasa macam ringan sedikit emosi aku ni

Aku rasa agak tenang dan lapang daripada memikirkan perkara yang aku kerap fikir sebelum ni

Lebih kepada tak terlalu intense, tak kacau bilau rollercoaster, 

Pendek kata, tak terlalu kacau bilau lah emosi aku ni 

Kalau tak, dia macam time tak okay tu, dia macam perumpamaannya

Macam gunung berapi nak meletup tapi taktau lava nak meletus tu nak keluaqkan dekat mana

Macam kena tahan setahan boleh letupan tu. 

Bukan emosi marah sahaja, tapi emosi yang bercampur sedih, rindu, kecewa, gembira

Yang mana aku pun tak faham pun sebenaqnya kenapa aku macam tu.

Dia macam orang tak berapa betui pun ada. Hahahaha. 

Aku andaikan semua perasaan aku rasa tu sebenarnya proses aku untuk merasai emosi, belajar rasai sendiri emosi tu, yang aku dah pendam dan supress dia dari berpuluh tahun ,masa aku banyak jadi people pleaser. It was a part of healing and it is messy. messy serabut bergelodak macam ombak besar di lautan. 

Dan inshaAllah moga kita sama-sama menadah tangan memohon ampun daripadaNya.

Aku berazam nak jadi lebih baik daripada tahun sebelum ni.

Insan yang baik. isteri yang baik, ibu yang baik, anak yang baik.

Hope kita semua dapat good closure dalam hidup kita.

Dan aku nak mohon maaf pada sahabat sahabat jika aku ada kesalahan dan dosa pada korang

Aku minta maaf ehh. Salah aku pun .....

Ok. selamat berpuasa semua dan semoga Ramadhan tahun ni lebih bermakna. 


No comments: